Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 26: Tiga Kerajaan Syurga: 16 Februari 1832


Bab 26

Tiga Kerajaan Syurga

16 Februari 1832

gerabak
Joseph dan Sidney

Pada suatu hari Joseph Smith dan Sidney Rigdon sedang membaca Perjanjian Baru. Perjanjian Baru mengajar bahawa orang-orang baik akan pergi ke syurga selepas mereka dibangkitkan. Joseph ingin tahu jika semua orang pergi ke tempat yang sama di syurga.

Ajaran dan Perjanjian 76, pengenalan bahagian

Bapa Syurgawi dan Yesus

Ketika Joseph dan Sidney sedang memikirkan ini, Bapa Syurgawi memberi mereka sebuah penglihatan yang indah. Dalam penglihatan ini mereka melihat syurga. Mereka melihat Bapa Syurgawi dan Yesus dengan cahaya di sekitar Mereka. Kemudian mereka melihat para malaikat menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus.

Joseph dan Sidney

Ketika Joseph dan Sidney menulis tentang penglihatan ini, mereka bersaksi bahawa Yesus hidup. Mereka telah melihat-Nya! Dan mereka telah mendengar satu suara yang mengatakan bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Suara itu juga memberitahu mereka bahawa Yesus telah datang ke bumi untuk membolehkan semua orang kembali hidup bersama Bapa Syurgawi lagi.

Bapa Syurgawi dan Yesus

Dalam bahagian penglihatan seterusnya, Joseph dan Sidney melihat tempat yang orang-orang pergi selepas mereka dibangkitkan. Terdapat tiga tempat, atau kerajaan, untuk orang-orang pergi di syurga. Para Orang Suci yang soleh pergi ke kerajaan syurga selestial selepas mereka dibangkitkan. Kerajaan selestial adalah tempat tinggal Bapa Syurgawi dan Yesus.

seorang lelaki membaptiskan seorang wanita

Mereka yang berada dalam kerajaan selestial mempercayai Yesus Kristus semasa mereka berada di bumi. Mereka dibaptiskan dan menerima Roh Kudus.

ancaman para perusuh

Mereka yang dalam kerajaan selestial mempunyai banyak cabaran semasa berada di bumi, tetapi mereka mengatasinya melalui iman dalam Yesus Kristus. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan mereka bertaubat apabila mereka tidak mematuhi.

para Orang Suci beriman bersama Yesus dan Bapa Syurgawi

Para Orang Suci yang soleh akan menjadi seperti Bapa Syurgawi dan Yesus. Semua perkara akan menjadi milik mereka. Mereka akan hidup bersama Bapa Syurgawi dan Yesus selamanya.

orang-orang di kerajaan terestrial

Seterusnya Joseph dan Sidney melihat kerajaan syurga terestrial.

orang-orang di gerabak

Orang-orang di kerajaan terestrial adalah orang baik di bumi, tetapi mereka telah ditipu oleh orang jahat. Mereka mematuhi beberapa perintah-perintah tetapi tidak berani dalam kesaksian mereka kepada Yesus.

orang-orang menolak para penginjil

Kerajaan terestrial juga termasuk orang-orang yang tidak mempercayai injil ketika mereka mendengarnya di bumi dan kemudian mempercayainya apabila mereka mendengarnya selepas mereka mati.

lelaki dan isteri menjangkau kepada Yesus

Orang-orang di kerajaan terestrial akan melihat Yesus. Tetapi mereka tidak boleh hidup bersama Bapa Syurgawi dan Yesus.

orang-orang di kerajaan terestrial

Seterusnya Joseph dan Sidney melihat kerajaan syurga telestial. Orang-orang yang pergi ke kerajaan telestial adalah orang tidak soleh semasa di bumi.

para perusuh mengelilingi Joseph

Orang-orang ini tidak mempercayai Yesus atau injil-Nya. Mereka tidak mempercayai para nabi dan tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan.

para malaikat melawat kerajaan telestial

Orang-orang di kerajaan telestial tidak akan melihat Yesus atau Bapa Syurgawi dan tidak boleh hidup bersama Mereka. Walau bagaimanapun, para malaikat akan melawat orang-orang ini, dan Roh Kudus akan mengajar mereka.

Yesus datang ke bumi

Orang-orang yang pergi ke kerajaan selestial dan terestrial akan dibangkitkan apabila Yesus datang ke bumi lagi. Orang-orang yang pergi ke kerajaan telestial tidak akan dibangkitkan sehingga 1,000 tahun selepas Yesus datang lagi.

orang-orang menderita

Dalam penglihatan ini, Joseph dan Sidney juga melihat tempat orang-orang yang paling jahat akan pergi. Mereka akan bersama Setan. Mereka tidak boleh bersama Bapa Syurgawi, Yesus atau Roh Kudus.

para ahli menafikan Roh Kudus

Orang-orang yang akan bersama Setan belajar tentang Yesus dan injil-Nya ketika mereka berada di bumi. Roh Kudus memberi kesaksian kepada mereka tentang Yesus Kristus. Mereka tahu bahawa Dia hidup dan bahawa Dia mati untuk kita.

seorang lelaki memukul lelaki yang lain dengan belantan

Tetapi orang-orang ini melakukan perkara-perkara yang sangat jahat. Mereka menafikan kebenaran dan menentang kuasa Tuhan. Mereka menafikan Roh Kudus. Mereka berkata mereka tidak lagi mempercayai Yesus. Orang-orang ini akan menderita selamanya.

Joseph dan Sidney bersyukur kepada Tuhan

Joseph dan Sidney melihat hal-hal lain dalam penglihatan mereka, tetapi Yesus memerintahkan mereka untuk tidak menulis semua yang mereka lihat. Melalui kuasa Roh Kudus, para Orang Suci soleh boleh melihat dan mengetahui hal-hal ini untuk diri mereka sendiri. Joseph dan Sidney bersyukur kepada Tuhan untuk penglihatan indah ini.