Bab 61
Batalion Mormon
Jun 1846–Julai 1847
Ketika para Orang Suci berada di Iowa, Kapten James Allen dari Angkatan Tentera Amerika Syarikat datang untuk menemui Brigham Young. Kapten Allen berkata presiden Amerika Syarikat mahu 500 orang lelaki dari Gereja untuk menyertai angkatan tentera untuk membantu dalam peperangan dengan Mexico.
Walaupun ini adalah masa yang sukar untuk para Orang Suci, dan para lelaki diperlukan untuk perjalanan ke barat, Brigham Young menggalakkan mereka untuk pergi. Wang yang mereka akan dibayar boleh membantu keluarga mereka, para Orang Suci yang miskin, dan para penginjil. Berkhidmat dalam angkatan tentera juga akan menunjukkan kesetiaan para ahli Gereja kepada negara mereka.
Kapten Allen bercakap dengan para lelaki, dan 541 dari mereka menyertai angkatan tentera. Mereka dipanggil Batalion Mormon.
Brigham Young memberitahu para lelaki untuk menjadi askar-askar terbaik dalam angkatan tentera. Mereka harus membawa Alkitab dan Kitab Mormon bersama mereka. Mereka mesti kemas, bersih, dan sopan. Mereka tidak harus bersumpah atau bermain daun terup. Brigham Young meminta para lelaki untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Jika mereka membuat demikian, mereka tidak akan bertempur.
Pada Julai 1846 para lelaki Batalion Mormon berangkat bersama Kapten Allen. Ia sukar untuk meninggalkan isteri dan anak-anak mereka pada masa yang susah ini. Tetapi Brigham Young berkata keluarga mereka akan dijaga semasa ketiadaan mereka.
Batalion Mormon pergi ke Fort Leavenworth, di mana mereka menerima bekalan. Kemudian mereka melakukan perjalanan ke barat daya menuju ke California. Keluarga beberapa askar datang bersama mereka.
Ia sangat susah untuk batalion melakukan perjalanan. Jalan-jalan sangat buruk, dan kadangkala gerabak-gerabak tersangkut. Ia susah untuk mencari air minum. Kadangkala tidak terdapat pokok untuk para lelaki berehat di kawasan teduh.
Beberapa dari orang itu jatuh sakit. Kapten memutuskan bahawa wanita dan kanak-kanak, dan juga para askar yang sakit, harus pergi ke Colorado dan tinggal di kota Pueblo. Mereka menghabiskan musim sejuk di sana. Mereka bertemu dengan para perintis yang melintasi dataran pada musim panas seterusnya.
Kebanyakan para askar di batalion terus melakukan perjalanan. Kadang-kadang mereka perlu menggali tanah untuk mendapatkan air. Mereka tidak mempunyai makanan yang cukup. Sering kali tidak terdapat kayu untuk menghidupkan api, jadi mereka membakar rumpai.
Para askar bertemu dengan orang asli Amerika dan orang lain yang mempunyai makanan. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, maka mereka dagangkan sesetengah pakaian dengan orang asli Amerika untuk makanan.
Akhirnya Batalion Mormon tiba ke pergunungan yang sangat curam. Mereka ikat tali pada gerabak dan menariknya ke atas pergunungan. Kemudian mereka membiarkan gerabak turun ke sebelah lain.
Suatu hari beberapa lembu liar menyerang para askar ini. Mereka melawan lembu-lembu dan akhirnya dapat mengusirnya. Tiga orang daripada para askar itu cedera.
Akhirnya, selepas melakukan perjalanan lebih dari 2,000 batu, Batalion Mormon tiba ke Lautan Pasifik pada 29 Januari 1847. Para lelaki sangat letih, dan pakaian mereka lusuh. Mereka gembira perjalanan panjang mereka telah berakhir.
Para lelaki ini bekerja di California untuk menyelesaikan tahun perkhidmatan mereka di angkatan tentera. Kemudian mereka dibenarkan untuk bersama semula dengan keluarga mereka. Seperti dijanjikan oleh Brigham Young, para lelaki Batalion Mormon tidak perlu bertempur.
Beberapa lelaki tinggal di California. Kebanyakan mereka pergi ke Pergunungan Rocky untuk bersama-sama keluarga mereka dan para Orang Suci lain yang sampai ke sana. (Lihat peta di halaman 234 untuk jalan Batalion Mormon.)