Bab 35 Para Orang Suci Meninggalkan Jackson County, Missouri September–Disember 1833 Kerana kumpulan perusuh di Jackson County menyebabkan banyak masalah, para Orang Suci cuba mendapatkan bantuan daripada gabenor Missouri. William Phelps dan Orson Hyde pergi untuk bertemu gabenor. Mereka memberitahunya tentang kumpulan perusuh dan bagaimana rumah-rumah mereka telah dimusnahkan. Gabenor tidak mahu membantu mereka. Dia menyuruh mereka untuk meminta bantuan daripada para hakim. Tetapi para hakim adalah kawan-kawan kepada kumpulan perusuh, dan mereka tidak mahu membantu juga. Kumpulan perusuh menyerang para Orang Suci selama enam hari. Mereka memusnahkan rumah-rumah Orang Suci, mencederakan orang-orang, dan memecah masuk kedai dan melemparkan semua barang ke lantai. Kumpulan perusuh memaksa para Orang Suci meninggalkan rumah mereka. Ia adalah musim sejuk, dan banyak orang mati kerana tidak ada tempat tinggal dalam cuaca sejuk dan basah itu. Para Orang Suci pergi ke bahagian lain di Missouri untuk mengelakkan dari perusuh. Para Orang Suci sedih. Rumah, ladang dan kedai mereka telah dimusnahkan. Ternakan mereka telah dicuri. Gabenor dan para hakim tidak mahu membantu mereka. Tetapi para Orang Suci masih mempunyai iman kepada Tuhan. Mereka tahu Gereja Yesus Kristus adalah benar dan mereka tahu bahawa Joseph Smith adalah seorang nabi Tuhan. Semasa para Orang Suci dianiaya di Missouri, Joseph Smith berada di Kirtland, Ohio. Yesus memberi Joseph satu wahyu menjelaskan mengapa para Orang Suci di Missouri sedang menghadapi masalah. Yesus berkata beberapa Orang Suci tidak mematuhi perintah-perintah. Mereka tidak bersatu, sebagaimana orang-orang Sion harus bersatu. Beberapa daripada mereka bertengkar dan mengatakan hal-hal buruk kepada satu sama lain. Beberapa orang cemburu, dan beberapa tidak mahu berkongsi. Ajaran dan Perjanjian 101:2, 6-8. Walaupun terdapat masalah-masalah ini, Yesus berkata Dia mengasihi para Orang Suci dan tidak akan melupakan mereka. Dia berkata mereka akan dihiburkan kerana mereka yang suci hatinya akan kembali dan membina Sion suatu hari nanti. Yesus memfirmankan para Orang Suci bersedia untuk kedatangan-Nya ke bumi lagi. Apabila Dia datang, orang-orang akan mengasihi satu sama lain dan mempunyai kedamaian. Mereka yang dianiaya kerana mengikuti Yesus akan diberkati. Setan tidak akan memiliki kuasa untuk menggoda orang-orang. Tidak akan ada kematian seperti yang diketahui sekarang. Semua orang akan berasa gembira. Ajaran dan Perjanjian 101:9; 16–19; 22–36