Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 40: Penglihatan di Bait Suci Kirtland: April 1836


Bab 40

Penglihatan di Bait Suci Kirtland

April 1836

pasangan dalam gerabak
Para Rasul memberkati sakramen

Satu minggu selepas Bait Suci Kirtland dibaktikan, para Orang Suci mengadakan satu lagi pertemuan di sana. Para Rasul memberkati sakramen, dan Joseph Smith dan para penasihatnya mengedarkan sakramen kepada para Orang Suci.

Ajaran dan Perjanjian 110, pengenalan bahagian

Yesus menampakkan diri kepada Joseph dan Oliver

Kemudian Joseph Smith dan Oliver Cowdery berdua pergi ke satu tempat di dalam bait suci, lalu berlutut dan berdoa. Selepas doa mereka, mereka menerima sebuah penglihatan yang indah. Mereka melihat Tuhan Yesus Kristus. Mata-Nya terang, seperti api. Rambut-Nya putih seperti salji dan muka-Nya lebih terang daripada matahari.

Yesus menerima bait suci

Yesus memberitahu Joseph dan Oliver banyak hal yang indah. Dia memberitahu mereka untuk bergembira kerana dosa-dosa mereka diampuni. Dia gembira dengan bait suci dan berkata para Orang Suci yang membinanya harus bergembira juga. Dia menerima bait suci sebagai rumah kudus-Nya. Yesus berkata Dia akan kerap datang ke bait suci. Tetapi jika orang-orang tidak menjaga kekudusan bait suci, Dia tidak akan datang.

Musa menampakkan diri kepada Joseph dan Oliver

Kemudian Joseph dan Oliver melihat Musa dalam bait suci. Musa adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu. Dia kembali ke bumi untuk memulihkan kuasa imamat khusus kepada Joseph dan Oliver. Kuasa ini boleh membantu pengumpulan anak-anak Israel ke dalam Gereja dari seluruh bahagian bumi. Kuasa ini juga memberi nabi wewenang untuk menghantar para penginjil untuk mengkhutbahkan injil ke seluruh dunia.

Elias menampakkan diri kepada Joseph dan Oliver

Seterusnya, Joseph dan Oliver melihat Elias. Elias memulihkan kuasa imamat khusus yang telah diberikan kepada Abraham kepada mereka. Abraham juga adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu. Dengan kuasa ini, para Orang Suci boleh memiliki berkat-berkat khusus yang sama seperti yang Tuhan telah janjikan kepada Abraham.

Elia menampakkan diri kepada Joseph dan Oliver

Kemudian Joseph dan Oliver melihat Elia, seorang lagi nabi yang hidup lama dahulu. Elia memulihkan kuasa imamat khusus untuk membantu keluarga soleh. Kuasa ini membolehkan keluarga dimeteraikan bersama di bait suci agar mereka boleh hidup bersama selamanya.