Scripture Stories
Bab 52: Lembaga Pertolongan: Mac 1842


Bab 52

Lembaga Pertolongan

Mac 1842

Imej
Bait Suci Nauvoo
Imej
para Orang Suci membina bait suci di Nauvoo

Para Orang Suci sedang membina bait suci di Nauvoo. Pakaian para lelaki kelihatan lusuh dan para wanita mahu membantu mereka. Seorang wanita berkata dia akan membuat pakaian untuk para lelaki, tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membeli kain.

Imej
para wanita berkumpul

Sarah Kimball berkata dia akan memberi wanita itu beberapa kain. Sister Kimball juga meminta para wanita lain untuk membantu. Para wanita mengadakan pertemuan di rumah Sister Kimball dan memutuskan untuk memulakan satu lembaga untuk para wanita dalam Gereja.

Imej
Eliza R. Snow menyambut Joseph

Para wanita meminta Eliza R. Snow untuk menulis beberapa peraturan untuk lembaga itu. Dia membawa peraturan-peraturan itu kepada Joseph Smith. Joseph berkata peraturan-peraturan itu baik, tetapi dia juga berkata Tuhan mempunyai rancangan yang lebih baik untuk para wanita.

Imej
Lembaga Pertolongan diorganisasikan

Joseph Smith meminta para wanita untuk datang ke pertemuan. Dia berkata para pemimpin imamat akan membantu para wanita dengan lembaga mereka. Emma Smith dipilih untuk menjadi pemimpin para wanita. Mereka menamakan kumpulan mereka Lembaga Pertolongan.

Imej
Joseph berucap kepada Lembaga Pertolongan

Joseph Smith memberitahu para wanita untuk membantu orang-orang yang sakit atau miskin. Mereka harus memberi apa-apa pertolongan kepada sesiapa yang memerlukannya. Uskup akan membantu para wanita untuk mengetahui apa yang harus dilakukan.

Imej
para wanita bertemu bersama

Para wanita mengadakan pertemuan-pertemuan untuk belajar hal-hal yang harus mereka ketahui. Mereka sangat gembira mereka boleh membantu para ahli Gereja.

Imej
para wanita membuat pakaian

Para wanita membuat pakaian untuk para lelaki yang sedang membina bait suci. Mereka juga membuat barang-barang untuk digunakan dalam bait suci.

Imej
para wanita membawa makanan kepada mereka yang memerlukan

Para wanita membawa makanan kepada orang-orang yang memerlukannya. Mereka menjaga orang-orang yang sakit dan melakukan banyak perkara lain untuk membantu para Orang Suci.

Imej
para wanita melayani dalam Lembaga Pertolongan

Semua wanita dalam Gereja tergolong dalam Lembaga Pertolongan. Mereka membantu orang-orang. Mereka belajar tentang injil. Mereka belajar tentang buku, muzik dan seni yang baik. Mereka belajar bagaimana untuk menguatkan keluarga mereka. (Sumber dari bab ini: History of Relief Society, 1842–1966 [1967].)

Cetak