Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 37: Para Pemimpin Imamat: Februari–Mac 1835


Bab 37

Para Pemimpin Imamat

Februari–Mac 1835

Imej
rumah musim sejuk
Imej
Joseph berucap

Joseph Smith meminta para lelaki Perkhemahan Sion dan orang lain untuk datang ke satu pertemuan penting di Kirtland, Ohio. Joseph memberitahu mereka bahawa Yesus mahu memanggil dua belas Rasul untuk membantu memimpin Gereja.

Imej
Oliver Cowdery, David Whitmer, dan Martin Harris

Tuhan telah memberitahu Oliver Cowdery, David Whitmer, dan Martin Harris untuk memilih para Rasul. Di pertemuan itu, Oliver, David dan Martin diberkati oleh Presidensi Utama Gereja. Kemudian mereka berdoa bersama dan memilih dua belas para lelaki yang baik.

Imej
Presidensi Utama mentahbiskan Rasul

Dua belas lelaki ditahbiskan sebagai para Rasul. Pemanggilan para Rasul adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam pemulihan Gereja Tuhan.

Imej
Dua Belas Rasul

Para Rasul adalah pemimpin yang sangat penting dalam Gereja. Mereka tahu bahawa Yesus adalah Juruselamat kita. Mereka mengajarkan injil kepada seluruh dunia.

Imej
para ahli Tujuh Puluh

Selepas beberapa hari, beberapa lelaki lain dipilih sebagai pemimpin Gereja. Mereka dipanggil Tujuh Puluh. Tujuh Puluh membantu Para Rasul.

Imej
Dua Belas Rasul di pertemuan

Pada suatu hari Dua Belas Rasul berada dalam satu pertemuan. Mereka sedang bersedia untuk pergi melayani misi dan mereka perlukan bantuan Bapa Syurgawi.

Imej
Joseph dan para Rasul berlutut dalam doa

Para Rasul meminta Joseph Smith berdoa untuk wahyu bagi membantu mereka dalam misi mereka. Yesus memberi Joseph dan para Rasul satu wahyu besar di mana Dia memberitahu mereka tentang imamat.

Ajaran dan Perjanjian 107, pengenalan bahagian

Imej
para saudara imamat memberi berkat

Imamat adalah kuasa Tuhan. Ia adalah kuasa paling besar di bumi. Tuhan memberi imamat kepada para lelaki yang soleh. Para lelaki yang memegang imamat diberi kuasa untuk mengkhutbahkan injil, melaksanakan tatacara dan menjadi pemimpin Gereja.

Imej
Para pemegang Imamat Melkisedek

Terdapat dua jenis imamat dalam Gereja. Satu adalah Imamat Melkisedek, juga dipanggil imamat yang lebih tinggi. Presiden Gereja, para penasihat-Nya, Dua Belas Rasul dan Tujuh Puluh semua memiliki Imamat Melkisedek.

Imej
Joseph berbicara dengan Presidensi Utama

Presiden Gereja adalah seorang nabi Tuhan. Dia memberitahu orang-orang apa yang Yesus mahu mereka lakukan. Nabi mempunyai penasihat untuk membantunya. Nabi dan para penasihatnya adalah Presidensi Utama Gereja.

Imej
Imam Tinggi dalam Imamat Melkisedek

Imam tinggi juga memiliki Imamat Melkisedek. Banyak pemimpin di pancang dan bahagian adalah imam tinggi. Ini termasuk para presiden pancang, para uskup dan para anggota majlis tinggi.

Imej
para penatua dalam Imamat Melkisedek

Para lelaki yang ditahbiskan sebagai penatua juga memiliki Imamat Melkisedek. Para penatua bertanggungjawab untuk mengajar ahli Gereja dan menjaga mereka.

Imej
para penatua pergi ke misi

Para penatua juga dipanggil melayani misi untuk mengajarkan injil kepada orang-orang di seluruh dunia.

Imej
para pemegang Imamat Melkisedek memberi berkat

Semua lelaki yang memiliki Imamat Melkisedek boleh memberkati orang. Mereka juga boleh memberi orang kurnia Roh Kudus.

Imej
Para pemegang Imamat Harun memberkati sakramen

Imamat yang lain adalah Imamat Harun, juga dipanggil imamat yang lebih rendah. Imamat Harun termasuk jawatan-jawatan uskup, imam, pengajar, dan diaken. Para imam boleh membaptiskan orang, memberkati sakramen dan membantu para penatua.

Imej
para pengajar keluarga melawat ahli

Para pengajar menyediakan sakramen. Mereka pergi melawat keluarga di rumah dan membantu ahli Gereja menjalani kehidupan yang baik.

Imej
diaken mengedar sakramen

Para diaken mengedar sakramen. Mereka juga mengumpulkan sumbangan puasa dan membantu uskup.

Imej
Joseph mengajar

Yesus berkata semua lelaki yang memiliki imamat harus belajar apa yang Tuhan mahu mereka lakukan. Jika mereka bekerja keras, Bapa Syurgawi akan memberkati mereka.

Cetak