Bab 31
Kata-Kata Bijaksana
Februari 1833
Joseph Smith memulakan sebuah sekolah untuk para lelaki Gereja. Ia dipanggil Sekolah Para Nabi.
Sekolah itu diadakan di sebuah bilik di kedai Newel Whitney di Kirtland, Ohio. Di sekolah ini, Joseph dan pemimpin Gereja yang lain mengajar satu sama lain tentang imamat, kitab suci, dan perkara-perkara lain. Sekolah ini bertujuan untuk membantu para lelaki bersedia bagi kepimpinan Gereja dan pelayanan penginjil.
Kebanyakan lelaki menghisap paip atau cerut, yang memenuhi bilik dengan asap. Beberapa lelaki mengunyah tembakau dan meludah ke lantai, membuatnya sangat kotor.
Emma Smith, isteri Joseph membersihkan bilik selepas setiap pertemuan. Dia dan Joseph menjadi bimbang dengan penggunaan tembakau di kalangan para saudara itu. Joseph tertanya-tanya jika menghisap rokok atau mengunyah tembakau dibenarkan.
Joseph berdoa untuk mengetahui apa yang benar. Yesus memberinya wahyu yang dipanggil Kata-Kata Bijaksana. Yesus berkata sesetengah orang mahu orang lain untuk melakukan perkara-perkara tidak baik untuk tubuh mereka. Dalam Kata-Kata Bijaksana, Yesus memberitahu para Orang Suci tentang bahan-bahan yang tidak baik untuk tubuh mereka. Dia juga memberitahu mereka bahan-bahan yang baik untuk tubuh mereka.
Yesus berkata alkohol tidak baik untuk manusia. Mereka tidak harus minum minuman dengan alkohol. Alkohol harus digunakan hanya di luar badan.
Yesus berkata tembakau tidak baik untuk manusia. Mereka tidak harus hisap rokok, cerut atau paip. Mereka tidak harus mengunyah tembakau.
Yesus berkata para Orang Suci tidak harus minum minuman panas seperti teh dan kopi. Minuman ini tidak baik untuk tubuh.
Yesus berkata banyak tumbuhan dan haiwan adalah baik untuk manusia makan. Manusia harus bersyukur kepada Bapa Syurgawi untuk makanan baik.
Yesus berkata manusia tidak harus makan terlalu banyak daging.
Tuhan berkata bijirin adalah baik untuk tubuh. Sesetengah bijirin adalah gandum, beras, jagung, dan oat. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga baik untuk tubuh.
Yesus menjanjikan berkat-berkat besar kepada mereka yang mematuhi Kata-Kata Bijaksana. Tubuh mereka akan menjadi lebih kuat dan sihat berbanding dengan jika mereka tidak mematuhinya. Minda mereka juga akan menjadi lebih sihat, dan mereka akan menerima kebijaksanaan dan harta pengetahuan.