Scripture Stories
Bab 41: Kesukaran di Kirtland: 1837–1838


Bab 41

Kesukaran di Nauvoo

1837–1838

Imej
pasangan dalam gerabak
Imej
keluarga

Para Orang Suci di Kirtland, Ohio, berasa gembira. Tuhan memberkati mereka.

Imej
penatua mengkhutbahkan injil

Beberapa penatua meninggalkan Kirtland dan pergi mengajarkan injil di kawasan lain. Banyak orang mendengarkan para penatua dan menyertai Gereja.

Imej
orang ramai di bank Kirtland

Kemudian masalah bermula di Kirtland. Joseph Smith dan para pemimpin Gereja yang lain memulakan satu bank agar para Orang Suci boleh menyimpan wang mereka.

Imej
seorang lelaki mencuri wang dari bank

Beberapa Orang Suci mahu mendapatkan wang yang banyak. Seorang lelaki yang bekerja di bank tidak jujur. Dia mencuri sebahagian wang itu.

Imej
para lelaki mengalami kesedihan

Joseph Smith menugaskan beberapa lelaki lain untuk menjaga wang itu, tetapi bank masih mempunyai masalah. Tidak lama kemudian ia perlu ditutup kerana semua wang telah lenyap. Ini merupakan masa yang sukar untuk banyak bank di Amerika Syarikat, dan banyak bank yang lain telah ditutup.

Imej
para Orang Suci marah

Banyak Orang Suci marah kerana mereka tidak boleh mendapatkan kembali wang mereka. Beberapa daripada mereka mengatakan ia adalah kesalahan Joseph yang bank ditutup. Beberapa kawan Joseph mengatakan hal-hal buruk tentangnya. Beberapa orang mahu membunuhnya.

Imej
para pemimpin meninggalkan Gereja

Beberapa pemimpin Gereja juga marah. Beberapa daripada mereka tidak mahu menjadi ahli Gereja lagi. Beberapa daripada mereka menjadi musuh-musuh Gereja.

Imej
Brigham Young bercakap dengan orang ramai

Para pemimpin Gereja lain mengasihi Joseph dan membantunya. Brigham Young adalah salah seorang pemimpin yang baik. Dia memberitahu para Orang Suci bahawa dia tahu Joseph seorang nabi Tuhan. Beberapa orang marah terhadap Brigham Young kerana dia menyokong Nabi, dan dia perlu meninggalkan Kirtland supaya mereka tidak boleh mencederakannya.

Imej
para perusuh menyerang para ahli di Kirtland

Musuh-musuh Gereja menyebabkan banyak masalah di Kirtland. Mereka mencuri daripada para Orang Suci dan memusnahkan rumah-rumah mereka. Mereka juga mencederakan para Orang Suci dan mengancam untuk membunuh sebahagian daripada mereka.

Imej
para perusuh bertengkar tentang Joseph

Beberapa penatua Gereja mengadakan pertemuan di Bait Suci Kirtland di mana mereka mengkritik Joseph Smith dan bercakap tentang menggantikannya dengan pemimpin baru. Kemudian beberapa orang menggunakan senapang dan pisau untuk cuba mengambil alih bait suci. Ia mula menjadi tidak selamat untuk Joseph tinggal di Kirtland, jadi dia meninggalkan tempat itu pada Januari 1838 dan pergi ke Missouri.

Imej
para ahli meninggalkan Kirtland

Oleh kerana penganiayaan berterusan di Kirtland, para pemimpin Gereja mula merancangkan untuk para Orang Suci pergi. Pada Julai 1838, lebih daripada 500 ahli Gereja meninggalkan Kirtland. Pada Oktober, selepas perjalanan sukar hampir 1,000 batu, mereka sampai ke Far West, Missouri. Joseph Smith dan banyak pemimpin Gereja lain tinggal di situ.

Cetak