Bab 30 Wahyu tentang Peperangan 25 Disember 1832 Banyak orang dibaptiskan ke dalam Gereja. Injil membuat mereka gembira, tetapi mereka risau tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di dunia. Gempa bumi dan peperangan sedang berlaku di banyak tempat. Perkara-perkara sedih juga sedang berlaku di Amerika Syarikat. Sesetengah orang tidak mahu menjadi sebahagian daripada negara itu. Mereka mahukan pemimpin mereka sendiri. Pada Hari Krismas 1832, Yesus memberi Joseph Smith satu wahyu tentang peperangan. Ajaran dan Perjanjian 87 Yesus berkata orang-orang di Amerika Syarikat akan bertempur dengan satu sama lain dalam satu peperangan. Nubuat ini digenapi apabila Perang Saudara Amerika bermula lebih kurang 30 tahun kemudian. Ajaran dan Perjanjian 87:1–3 Yesus juga memperlihatkan bahawa akan terdapat peperangan di semua bahagian lain dunia. Banyak orang akan mati, dan akan terdapat kesedihan yang melampau. Yesus berkata para Orang Suci harus beriman dalam masa-masa kesukaran ini. Ajaran dan Perjanjian 87:3–8 Joseph Smith sedih kerana mengetahui akan terdapat banyak peperangan. Dia tahu jika orang-orang akan mematuhi perintah-perintah Tuhan, mereka tidak akan bertempur dan berperang.