Bab 45
Semakin Banyak Perusuh di Missouri
1838–1839
Banyak Orang Suci tinggal di Far West, Missouri, termasuk Joseph Smith. Mereka membina rumah serta sekolah dan berasa gembira.
Tetapi para Orang Suci tidak menikmati kedamaian terlalu lama. Sekali lagi, penduduk lain di Missouri mula menimbulkan masalah untuk mereka.
Kumpulan perusuh bertemu untuk merancang cara-cara untuk mencederakan para Orang Suci.
Para perusuh melakukan banyak perkara jahat. Mereka mengusir para Orang suci dari rumah mereka.
Mereka membakar rumah-rumah dan memusnahkan ladang-ladang mereka.
Mereka memukul para lelaki dan meletakkan beberapa dari mereka dalam penjara.
Para perusuh mencederakan beberapa para wanita.
Para Orang Suci meminta bantuan Gabenor Boggs dari Missouri. Tetapi orang lain memberitahu gabenor kebohongan tentang para Orang Suci, dan dia tidak mahu membantu.
Masalah-masalah di antara para Orang Suci dan para perusuh menjadi lebih teruk. Kerana Gabenor Boggs beranggapan para Orang Suci yang menyebabkan masalah-masalah ini, dia memerintahkan beberapa askar untuk membunuh para Orang Suci jika mereka tidak meninggalkan Missouri.
Beberapa Orang Suci tinggal di kota bernama Haun’s Mill. Suatu hari seorang perusuh datang dan menyerang mereka.
Beberapa Orang Suci berlari ke dalam hutan. Yang lainnya berlari ke dalam satu bangunan balak untuk perlindungan. Para perusuh menembak melalui celah-celah dinding. Kemudian para perusuh memasuki bangunan dan melepaskan lebih banyak tembakan.
Para perusuh membunuh 17 orang di Haun’s Mill dan mencederakan 13 orang yang lain. Beberapa kanak-kanak ditembak dan terbunuh.
Kemudian para perusuh merompak rumah dan gerabak para Orang Suci.
Kemudiannya beberapa askar menangkap Joseph Smith dan pemimpin Gereja yang lain. Para askar diperintahkan untuk menembak Joseph dan kawan-kawannya.
Tetapi seorang pemimpin askar ingkar. Dia berkata ia satu pembunuhan untuk menembak Joseph dan yang lain.
Satu perbicaraan dijadualkan untuk Joseph dan kawan-kawannya. Sebelum dan semasa perbicaraan, mereka dipenjarakan di kota Richmond, Missouri. Para pengawal merantaikan mereka. Joseph dan kawan-kawannya tidur di lantai sejuk.
Para pengawal sangat jahat terhadap para banduan. Mereka mengumpat dan menceritakan kisah-kisah buruk. Mereka menceritakan bagaimana mereka telah merompak dan membunuh para Orang Suci. Mereka menceritakan bagaimana mereka telah mencederakan para wanita dan kanak-kanak. Suatu malam mereka ketawa dan bercakap besar selama beberapa jam.
Joseph benci apa yang mereka sedang katakan. Dia tidak mahu mendengarnya lagi, jadi dia berdiri dan memerintahkan mereka untuk berhenti. “Diam,” dia berkata. “Dalam nama Yesus Kristus saya … mengarah kamu untuk diam; saya tidak ingin hidup satu minit lagi untuk mendengar bahasa sebegitu. Berhenti berbahasa demikian, atau kamu atau saya akan mati di saat ini.” Para pengawal menjadi takut dan meminta maaf daripada Joseph. Mereka duduk di satu sudut dengan diam sepanjang malam itu.