Scripture Stories
Bab 18: Hukum Gereja: 9 Februari 1831


Bab 18

Hukum Gereja

9 Februari 1831

Imej
pembaptisan
Imej
Joseph menulis wahyu

Di Kirtland, Ohio, Tuhan memberi satu wahyu yang sangat penting kepada Joseph Smith. Ia dipanggil hukum Gereja.

Ajaran dan Perjanjian 42, pengenalan bahagian

Imej
seorang lelaki sedang ditahbiskan

Tuhan berfirman bahawa para Orang Suci harus mengajarkan injil kepada semua orang. Para lelaki yang pergi melayani misi harus ditahbiskan kepada imamat oleh para pemimpin Gereja.

Imej
para penginjil mengajar keluarga

Dua orang penginjil harus bekerja bersama. Mereka harus mengajar dari Alkitab dan Kitab Mormon. Mereka harus berdoa untuk mempunyai Roh Kudus bersama mereka. Roh Kudus.akan memberitahu mereka apa yang harus diajarkan.

Imej
penginjil membaptiskan seorang kanak-kanak lelaki

Para penginjil harus membaptiskan orang-orang yang mempercayai injil.

Imej
para ahli Gereja saling bertegur sapa

Yesus berfirman bahawa para ahli Gereja harus mematuhi Sepuluh Perintah. Mereka tidak harus membunuh. Mereka tidak harus berbohong. Mereka tidak harus bercakap buruk tentang orang lain. Mereka tidak harus melakukan perkara jahat yang lain.

Imej
Para Orang Suci berkongsi makanan

Para Orang Suci harus berkongsi apa yang mereka ada dengan orang lain. Berkongsi dengan orang lain adalah seperti berkongsi dengan Yesus.

Imej
Para Orang Suci bekerja

Yesus memberi para Orang Suci perintah-perintah lain. Para Orang Suci tidak harus beranggapan dia lebih baik daripada orang lain. Para Orang Suci haruslah bersih. Mereka harus bekerja keras.

Imej
para penatua memberkati gadis yang sakit

Para Orang Suci harus menjaga ahli yang sakit. Para lelaki yang memegang imamat harus memberkati orang yang sakit. Mereka yang mempunyai iman akan disembuhkan. Mereka tidak akan mati jika ia bukan waktu untuk mereka mati.

Imej
roh lelaki meninggalkan tubuh

Para Orang Suci yang soleh tidak harus takut untuk mati. Kematian adalah indah untuk orang-orang yang soleh.

Imej
Joseph mengajar para Orang Suci

Yesus berfirman bahawa Dia akan mewahyukan banyak hal kepada para ahli yang soleh. Wahyu-wahyu ini akan membawa kegembiraan. Tuhan memfirmankan para Orang Suci untuk mematuhi hukum-hukum Gereja.

Cetak