Tempat-tempat untuk Diketahui
-
Adam-ondi-AhmanAdam-ondi-Ahman adalah sebuah tempat di negeri Missouri. Yesus melawat Adam di sana lama dahulu.
-
AmerikaAmerika adalah tanah di mana orang-orang dalam Kitab Mormon tinggal lama dahulu.
-
ArizonaArizona adalah negeri di barat Amerika Syarikat. Brigham Young menghantar para Orang Suci untuk membina kota-kota di Arizona.
-
CaliforniaCalifornia adalah negeri di barat Amerika Syarikat. Brigham Young menghantar para Orang Suci untuk membina kota-kota di California.
-
CarthageCarthage adalah kota di Illinois. Joseph dan Hyrum Smith dibunuh di Penjara Carthage.
-
kerajaan selestialKerajaan selestial adalah tempat tinggal Bapa Syurgawi dan Yesus. Para Orang Suci yang soleh akan hidup di sana selepas mereka dibangkitkan.
-
ColoradoColorado adalah negeri di barat Amerika Syarikat.
-
Council BluffsCouncil Bluffs adalah satu kota di dataran Amerika Syarikat. Ia terletak di Iowa.
-
MesirMesir adalah tanah di mana Abraham dan Musa tinggal lama dahulu.
-
Far WestFar West adalah kota di negeri Missouri. Para Orang Suci tinggal di Far West untuk seketika.
-
FayetteFayette adalah kota di negeri New York. Joseph Smith mengorganisasikan Gereja di Fayette.
-
Taman GetsemaniTaman Getsemani terletak berhampiran Yerusalem. Yesus menderita dan berdarah untuk kita di Taman Getsemani
-
Lembah Salt LakeLembah Salt Lake terletak di bahagian barat Amerika Syarikat.
-
HarmonyHarmony adalah kota di Pennsylvania di mana Joseph Smith tinggal.
-
Haun’s MillHaun’s Mill adalah kota di Missouri. Seorang perusuh membunuh banyak Orang Suci di Haun’s Mill.
-
syurgaSyurga adalah tempat di mana Bapa Syurgawi dan Yesus tinggal. Kita tinggal di syurga sebelum kita datang ke bumi.
-
Bukit KumoraBukit Kumora terletak berhampiran rumah Joseph Smith di New York. Kepingan-kepingan emas ditanamkan di Bukit Kumora.
-
IdahoIdaho adalah negeri di barat Amerika Syarikat. Brigham Young menghantar para Orang Suci untuk membina kota-kota di Idaho.
-
IllinoisIllinois adalah negeri di bahagian tengah barat laut Amerika Syarikat. Nauvoo dan Carthage adalah kota-kota di Illinois.
-
IndependenceIndependence adalah kota di Jackson County, Missouri. Yesus berkata kota Sion akan dibina berhampiran Independence.
-
Jackson CountyJackson County terletak di Missouri. Para perusuh memaksa para Orang Suci meninggalkan Jackson County.
-
YerusalemYerusalem adalah kota di Israel. Yesus akan pergi ke Yerusalem apabila Dia kembali ke bumi.
-
KirtlandKirtland adalah kota di Ohio. Para Orang Suci awal tinggal di Kirtland untuk beberapa tahun dan membina bait suci di sana.
-
LibertyLiberty adalah kota di Missouri. Joseph Smith berada di Penjara Liberty untuk beberapa bulan.
-
Sungai MississippiSebahagian Sungai Mississippi terletak berhampiran kota Nauvoo. Para Orang Suci melintasi Sungai Mississippi ketika mereka meninggalkan Nauvoo.
-
MissouriMissouri adalah negeri di bahagian tengah barat Amerika Syarikat. Independence adalah kota di Missouri.
-
NauvooNauvoo adalah kota di Illinois. Para Orang Suci tinggal di Nauvoo dan membina bait suci di sana.
-
New YorkNew York adalah negeri di timur Amerika Syarikat. Bukit Kumora terletak di New York. Palmyra dan Fayette adalah kota-kota di New York.
-
OhioOhio adalah negeri di bahagian tengah barat Amerika Syarikat. Kirtland adalah kota di Ohio.
-
Lautan PasifikLautan Pasifik terletak di bahagian barat Amerika Syarikat. Batalion Mormon berkawat ke Lautan Pasifik.
-
PalmyraPalmyra adalah kota di New York di mana keluarga Joseph Smith tinggal selama bertahun.
-
PennsylvaniaPennsylvania adalah negeri di timur Amerika Syarikat. Keluarga Emma Smith tinggal di Pennsylvania.
-
PuebloPueblo adalah kota di Colorado. Para lelaki di Batalion Mormon meninggalkan keluarga mereka di Pueblo.
-
QuincyQuincy adalah kota di Illinois.
-
Pergunungan RockyPergunungan Rocky terletak di bahagian barat Amerika Syarikat. Para perintis melintasi Pergunungan Rocky dan masuk ke Lembah Salt Lake.
-
Salt Lake CityPara perintis membina Salt Lake City. Ia terletak di dalam Lembah Salt Lake.
-
kerajaan syurga telestialOrang-orang yang tidak baik di bumi akan hidup di kerajaan telestial selepas mereka dibangkitkan.
-
kerajaan syurga terrestrialOrang-orang yang baik tetapi tidak mematuhi semua perintah Tuhan di bumi akan hidup di kerajaan terestrial selepas mereka dibangkitkan.
-
Amerika SyarikatAmerika Syarikat adalah tanah di Amerika Utara. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah dipulihkan di Amerika Syarikat.
-
UtahUtah adalah negeri di barat Amerika Syarikat. Salt Lake City terletak di Utah.
-
VermontVermont adalah negeri di timur Amerika Syarikat. Joseph Smith dilahirkan di Vermont.
-
Winter QuartersWinter Quarters adalah satu kota di dataran Amerika Syarikat.
-
WyomingWyoming adalah negeri di barat Amerika Syarikat. Brigham Young menghantar para Orang Suci untuk membina kota-kota di Wyoming.
-
SionSion adalah kota yang dibina oleh Henokh. Suatu hari nanti akan terdapat satu lagi kota bernama Sion. Ia akan terletak di Jackson County, Missouri.