Bab 49
Para Penginjil di Negeri Lain
Jun 1837–Oktober 1841
Tuhan mahu penduduk di tanah lain untuk belajar tentang injil. Pada 1837, ketika kebanyakan Orang Suci berada di Kirtland, Tuhan memberitahu Joseph Smith bahawa Elder Heber C. Kimball harus melayani misi di England. Elder Kimball adalah salah seorang Dua Belas Rasul, dia dan enam orang penginjil lain belayar dengan kapal ke England.
Para penginjil bertemu dengan seorang pemimpin dari gereja lain yang membenarkan mereka berkhutbah di gerejanya. Kebanyakan orang mempercayai mereka dan mahu dibaptiskan. Pemimpin itu menjadi marah dan berkata para penginjil tidak boleh berkhutbah di gerejanya lagi.
Para penginjil berkhutbah di rumah-rumah orang. Banyak orang menyertai Gereja.
Pada 1839, selepas para Orang Suci mula membina Nauvoo, Dua Belas Rasul dipanggil untuk pergi ke England untuk terus mengkhutbahkan injil di sana. Sebelum mereka pergi, Joseph Smith bertemu dengan mereka dan memberitahu mereka apa yang harus mereka ajarkan.
Joseph memberitahu para penginjil untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Dia bercakap dengan mereka tentang imamat. Dia berkata hanya Gereja Yesus Kristus yang benar mempunyai imamat.
Para lelaki ini bersedia untuk melayani misi mereka. Ia susah untuk meninggalkan rumah kerana mereka tidak mempunyai banyak wang, banyak dari mereka sakit, dan ada yang isteri dan anak-anak mereka sedang sakit. Tetapi para lelaki mempunyai iman bahawa Bapa Syurgawi akan membantu mereka dan memberkati keluarga mereka.
Para penginjil pergi ke England dan berkhutbah di banyak kota. Beribu-ribu orang mempercayai injil dan menyertai Gereja. Banyak daripada mereka yang dibaptiskan datang ke Amerika dan merupakan kekuatan yang besar bagi Gereja.
Orson Hyde adalah salah seorang Rasul. Joseph Smith berkata Orson mempunyai pekerjaan khusus untuk orang Yahudi. Selepas beberapa bulan di Eropah, Elder Hyde pergi ke Tanah Suci, yang merupakan tempat tinggal Yesus semasa Dia berada di bumi. Pada 24 Oktober 1841, Elder Hyde mengucapkan doa untuk membaktikan Tanah Suci.
Dalam doanya, Elder Hyde meminta Tuhan untuk memberkati tanah untuk pengumpulan orang Yahudi. Dia berkata bahawa Tuhan telah memberi tanah ini kepada Abraham dan anak-anaknya, bahawa anak-anak ini dicerai-beraikan, dan mereka menantikan janji-janji Tuhan dipenuhi. Elder Hyde juga memberkati tanah supaya ia mempunyai sumber air untuk makanan bertumbuh.
Pada tahun-tahun sejak doa Elder Hyde, banyak orang Yahudi dan anak-anak Abraham yang lain telah berkumpul di Tanah Suci. Pada 1979, Presiden Spencer W. Kimball mengucapkan doa untuk membaktikan sebuah taman di sana. Ia dipanggil The Orson Hyde Memorial Garden.