Bab 54 Tuhan dan Para Malaikat Februari–April 1843 Suatu hari seorang lelaki yang mendakwa dia telah melihat seorang malaikat, datang bertemu Joseph Smith. Lelaki itu memberitahu cara pemakaian malaikat itu. Joseph berkata itu bukan malaikat kerana malaikat tidak berpakaian seperti yang lelaki itu gambarkan. Lelaki itu sangat marah. Dia memerintahkan api turun dari syurga dan membakar Nabi dan rumahnya. Tetapi lelaki itu tidak memiliki kuasa Tuhan dan tidak ada api datang dari syurga. Yesus memberi Joseph Smith satu wahyu tentang malaikat. Yesus berkata malaikat adalah orang-orang yang pernah tinggal di bumi, dan telah dibangkitkan. Mereka mempunyai tubuh daging dan tulang. Ajaran dan Perjanjian 129:1 Yesus berkata Setan cuba menipu orang. Kadangkala dia membuat orang fikir dia seorang malaikat. Dia cuba mempengaruhi orang untuk membuat perkara-perkara buruk. Tetapi orang-orang soleh boleh tahu apabila Setan cuba menipu mereka. Ajaran dan Perjanjian 50:3; 129:8 Kemudian, Joseph Smith memberitahu para Orang Suci kebenaran lain tentang syurga. Dia berkata malaikat tidak tinggal di sebuah planet seperti bumi. Sebaliknya, mereka tinggal bersama Tuhan. Joseph juga berkata orang-orang di syurga akan tahu semua hal yang mereka pelajari di bumi. Ajaran dan Perjanjian 130:6–7, 18 Joseph Smith berkata semua hukum Tuhan dibuat di syurga sebelum kita datang ke bumi. Terdapat berkat untuk setiap hukum. Kita mesti mematuhi hukum itu untuk menerima berkat. Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 Joseph Smith memberitahu para Orang Suci tentang Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi. Yesus kelihatan seperti manusia dan mempunyai tubuh daging dan tulang. Ajaran dan Perjanjian 130:22 Bapa Syurgawi juga memiliki tubuh daging dan tulang Dia tinggal di suatu tempat yang bersinar dan indah. Ajaran dan Perjanjian 130:7, 22 Joseph Smith juga berkata Roh Kudus adalah roh. Roh Kudus tidak mempunyai tubuh daging dan tulang. Ajaran dan Perjanjian 130:22