Bab 50
Para Orang Suci di Nauvoo
Januari–Julai 1841
Para Orang Suci membina Nauvoo menjadi kota yang indah. Kota itu berkembang dengan cepat apabila ahli-ahli Gereja baharu dari England dan tempat-tempat lain berkumpul di situ. Yesus memberi Joseph Smith satu wahyu penting tentang apa yang para Orang Suci harus buat di Nauvoo.
Yesus memfirmankan Joseph Smith untuk menulis surat kepada semua raja dan para pemimpin di dunia dan memberitahu mereka tentang injil yang dipulihkan. Yesus juga berfirman bahawa para Orang Suci harus membina bait suci di Nauvoo. Dia mahu mereka membawa emas, perak, dan logam-logam lain, dan pelbagai kayu cantik untuk membina bait suci.
Yesus berkata Dia akan datang ke bait suci. Di sana Dia akan memberikan wahyu tentang imamat. Dia juga akan memulihkan tatacara dan mengungkapkan lebih banyak pengetahuan.
Yesus berfirman kepada Joseph bahawa para Orang Suci boleh dibaptiskan bagi pihak orang mati. Yesus berfirman bahawa para Orang Suci harus membina kolam pembaptisan di bait suci agar mereka boleh dibaptiskan bagi pihak orang mati.
Yesus juga mengungkapkan bahawa Hyrum Smith, abang Joseph, harus menjadi bapa bangsa Gereja. Sebagai bapa bangsa, Hyrum akan memberi berkat-berkat khusus kepada para ahli Gereja.
Yesus juga memberikan Joseph Smith wahyu tentang Brigham Young. Yesus berkata Dia tahu bahawa Brigham telah bekerja keras untuk Gereja. Dia telah meninggalkan rumah dan keluarganya banyak kali untuk melayani misi.
Yesus berfirman kepada Brigham Young bahawa dia harus tinggal bersama keluarganya dan menjaga mereka.