Scripture Stories
Bab 25: Joseph Smith dan Sidney Rigdon Pergi Menjalankan Misi: Disember 1831–Januari 1832


Bab 25

Joseph Smith dan Sidney Rigdon Pergi Menjalankan Misi

Disember 1831–Januari 1832

Imej
gerabak
Imej
para ahli menunjuk ke surat khabar

Beberapa orang telah mencetak kebohongan tentang Gereja dalam surat khabar. Yesus memerintahkan Joseph Smith dan Sidney Rigdon untuk pergi menjalankan misi ke kota-kota lain dan memberitahu orang-orang kebenaran tentang Gereja.

Imej
Joseph dan Sidney melakukan perjalanan semasa musim sejuk

Joseph dan Sidney mematuhi Yesus. Mereka meninggalkan rumah mereka dan pergi ke banyak kota. Mereka berucap di pertemuan gereja dan mengajar orang-orang di rumah mereka.

Imej
Sidney Rigdon

Joseph dan Sidney memberitahu orang-orang tentang perintah-perintah Tuhan. Mereka bersaksi tentang Yesus Kristus dan meminta orang-orang untuk bertaubat. Apabila Joseph dan Sidney menyelesaikan misi mereka, mereka pulang kepada keluarga mereka.

Cetak