Bab 21 Wahyu untuk Menetap di Missouri Mei–Jun 1831 Joseph Smith telah berpindah dari New York ke Kirtland, Ohio. Dia meminta para Orang Suci yang masih tinggal di New York untuk berpindah ke Ohio, dan mereka mematuhinya. Yesus berfirman kepada Joseph bahawa para Orang Suci di Ohio harus berkongsi tanah mereka dengan para Orang Suci dari New York. Leman Copley memiliki banyak tanah, dan dia berjanji untuk berkongsi. Beberapa Orang Suci dari New York berpindah ke tanah itu. Ajaran dan Perjanjian 48:2 Tetapi Leman Copley tidak menepati janjinya. Dia memutuskan bahawa dia tidak mahu para Orang Suci dari New York untuk memiliki tanahnya. Dia menyuruh mereka berpindah, dan mereka tidak mempunyai tempat lain untuk tinggal. Ajaran dan Perjanjian 54, pengenalan bahagian Newel Knight adalah pemimpin kumpulan Orang Suci ini. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan, jadi dia meminta bantuan Joseph Smith. Ajaran dan Perjanjian 54, pengenalan bahagian Joseph berdoa, dan Tuhan berfirman bahawa kumpulan Orang Suci ini harus pergi ke Missouri. Ajaran dan Perjanjian 54:7–9 Sebelum Orang Suci ini meninggalkan Kirtland, satu persidangan diadakan. Ia berlangsung selama tiga hari. Tuhan memberikan beberapa wahyu penting kepada Joseph Smith. Tuhan memfirmankan Joseph untuk mentahbiskan imam tinggi yang pertama di Gereja. Imam tinggi memiliki Imamat Melkisedek. Banyak pemimpin Gereja ditahbiskan sebagai imam tinggi. Ajaran dan Perjanjian 52, pengenalan bahagian Yesus berfirman beberapa lelaki harus pergi melayani misi di Missouri. Mereka harus mengkhutbahkan injil dalam perjalanan. Apabila persidangan tamat, para penginjil pergi ke Missouri. Ajaran dan Perjanjian 52:9–10 Tuhan berfirman kepada Joseph bahawa persidangan Gereja seterusnya akan diadakan di Missouri. Dia berfirman kepada Joseph dan kawan-kawannya untuk pergi ke sana. Yesus berjanji untuk menunjukkan kepada mereka tempat kota Sion harus dibina. Ajaran dan Perjanjian 52:1–5 (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 42:62)