Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 2: Penglihatan Pertama Joseph Smith: 1820


Bab 2

Penglihatan Pertama Joseph Smith

1820

Joseph muda berlutut
Joseph Smith Sr.

Joseph Smith dan keluarganya mempercayai Tuhan. Mereka membaca Alkitab bersama. Ibu bapa Joseph mengajar anak-anak mereka untuk menjadi orang yang baik.

Joseph menghadiri gereja

Terdapat banyak gereja di tempat Joseph tinggal. Semua orang berdebat tentang gereja mana yang benar. Joseph tidak tahu gereja mana yang harus diikutinya. Dia ingin tahu yang mana adalah Gereja benar Yesus Kristus.

Joseph membaca Alkitab

Pada suatu hari ketika Joseph berumur 14 tahun, dia membaca dalam Alkitab bahawa kita harus bertanya Tuhan jika kita ingin mengetahui sesuatu. Joseph memutuskan untuk berdoa dan bertanya Tuhan gereja manakah yang harus dia ikuti.

Joseph berlutut

Pada hari indah musim bunga, Joseph pergi ke hutan berhampiran rumahnya. Dia berlutut dan berdoa dengan kuat. Dia mempunyai iman bahawa Bapa Syurgawi akan menjawab doanya.

Joseph memegang kepalanya

Setan tidak mahu Joseph berdoa. Dia cuba menghalang Joseph dan membuat sekitarnya gelap. Joseph takut dan tidak boleh bercakap.

Joseph berlutut dalam doa

Tetapi Joseph tidak berhenti berdoa Setan tidak boleh membuatnya berhenti.

Bapa Syurgawi dan Yesus

Kemudian Joseph melihat suatu penglihatan. Dia melihat suatu cahaya yang indah dan terang di sekelilingnya. Dia melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus berdiri di atasnya di udara. Bapa Syurgawi menunjuk kepada Yesus dan berkata: “Inilah Putera-Ku yang Ku-kasihi. Dengarkanlah Dia!”

Jesus

Joseph bertanya Yesus gereja yang mana dia harus ikuti. Yesus memfirmankan Joseph supaya tidak menyertai semuanya kerana mereka semuanya salah. Tiada satu pun daripada mereka adalah Gereja-Nya. Dia memfirmankan kepada Joseph banyak hal yang lain. Kemudian penglihatan itu berakhir.

Joseph dan ibunya

Ketika Joseph pulang ke rumah, ibunya bertanya jika dia okey. Joseph berkata ya. Kemudian dia memberitahu ibunya bahawa dia telah melihat suatu penglihatan. Dia memberitahu ibunya apa yang dia telah belajar dalam penglihatannya.

menteri mengecam Joseph

Joseph juga memberitahu beberapa orang di kota tentang penglihatannya. Orang ramai tidak mempercayainya. Mereka berkata dia sedang menipu, dan mereka menjadi marah dan bersikap kasar terhadapnya.

Joseph diejek

Joseph selalu menceritakan kebenaran tentang penglihatannya. Dia tahu dia telah melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Dia tahu bahawa tiada ada satu pun gereja di bumi yang benar.