Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 47: Para Orang Suci Meninggalkan Missouri: Musim Sejuk 1839


Bab 47

Para Orang Suci Meninggalkan Missouri

Musim Sejuk 1839

pasangan dalam gerabak
Brigham Young memimpin Gereja

Ketika Joseph Smith berada di penjara, kebanyakan tanggungjawab untuk memimpin para Orang Suci terletak pada Brigham Young, salah seorang Rasul. Dia mengadakan mesyuarat untuk memberitahu para Orang Suci bahawa mereka harus mula bersedia untuk meninggalkan Missouri. Kebanyakan Orang Suci miskin dan tidak mempunyai gerabak atau kuda. Lelaki-lelaki di mesyuarat berkata mereka akan membantu para Orang Suci yang miskin untuk berpindah.

Para Orang Suci meninggalkan Missouri

Para Orang Suci mula meninggalkan Missouri pada Februari 1839 semasa ia sangat sejuk. Mereka diberitahu bahawa orang-orang di negeri Illinois mungkin ramah terhadap mereka, jadi mereka berjalan lebih kurang 200 batu ke Illinois barat. Kebanyakan mereka pergi ke bandar Quincy, di mana orang ramai adalah berbaik hati dan memberi mereka tempat tinggal, makanan dan pekerjaan.

Gabenor Boggs gembira

Gabenor Boggs dan kawan-kawannya gembira kerana para Orang Suci telah meninggalkan Missouri.