Bab 53 Kesukaran di Nauvoo Mei–Ogos 1842 Ribuan Orang Suci hidup di Nauvoo. Mereka membina sebuah kota yang indah dan mula membina sebuah bait suci. Para Orang Suci memilih John C. Bennett untuk menjadi datuk bandar Nauvoo. Pada mulanya dia seorang datuk bandar yang baik, tetapi dia mula melakukan hal-hal yang tidak baik dan berpaling dari Joseph Smith. Orang-orang di Nauvoo mahukan satu cuti khas, dengan para askar Legion Nauvoo berkawat dalam perbarisan. John Bennett memutuskan para askar harus mengadakan satu pertempuran pura-pura. Itu bermakna ia satu pertempuran lakonan, bukan satu yang benar. Mr. Bennett meminta Joseph Smith untuk memimpin satu kumpulan askar dalam pertempuran, tetapi Joseph tidak mahu. Roh Kudus memberitahu Joseph bahawa John Bennett telah merancang untuk menggunakan pertempuran itu untuk membunuh Joseph. John Bennett marah. Kerana John Bennett telah berpaling daripada Nabi dan melakukan hal-hal yang tidak baik, dia disingkirkan dari Gereja dan bukan lagi datuk bandar Nauvoo. Joseph Smith menjadi datuk bandar baharu. John Bennett menjadi marah. Dia meninggalkan Nauvoo dan mula mengata dan menulis hal-hal buruk tentang Joseph Smith dan Gereja. Dia turut membawa orang-orang lain untuk mengikutinya. Joseph Smith memberitahu beberapa ahli Gereja bahawa para Orang Suci akan menemui lebih banyak kesukaran. Suatu hari nanti mereka perlu meninggalkan Nauvoo. Joseph meramalkan bahawa mereka akan pergi ke Pergunungan Rocky dan membina kota-kota di sana. Mereka akan mematuhi Tuhan dan menjadi bangsa yang kuat.