Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11: “Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk”


“1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11: ‘Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Manuskrip Kitab Mormon

Replika manuskrip Kitab Mormon yang asal.

1–7 Februari

Ajaran dan Perjanjian 10–11

“Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk”

Baca dengan penuh doa Ajaran dan Perjanjian 10–11, renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak memahami kebenaran dalam bahagian ini. Idea dalam rangka panduan ini—baik untuk kanak-kanak kecil dan untuk kanak-kanak yang lebih tua—boleh membantu.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat dari pelajaran sebelumnya tentang Martin Harris dan halaman-halaman yang hilang dari terjemahan Kitab Mormon. Kongsi maklumat yang mereka tidak ingat. Anda mungkin ingin merujuk kepada “Chapter 4: Martin Harris and the Lost Pages” (Doctrine and Covenants Stories, 18–21).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 10:5

Apabila saya selalu berdoa, Bapa Syurgawi akan memberkati saya.

Kadangkala kanak-kanak berfikir yang mereka boleh berdoa hanya pada waktu dan tempat tertentu, dan hanya jika mereka berlutut atau menutup mata mereka. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka belajar bagaimana untuk “berdoalah selalu”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar perkara yang kita selalu lakukan, seperti makan, tidur, atau bermain. Bagaimanakah perkara ini membantu kita? Paparkan gambar kanak-kanak berdoa semasa anda membaca kepada kanak-kanak dari Ajaran dan Perjanjian 10:5 perkataan “berdoalah selalu.” Minta kanak-kanak mengulangi perkataan ini beberapa kali. Bagaimanakah sifat berdoa selalu membantu kita?

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak memikirkan banyak tempat dan masa di mana kita boleh berdoa.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar diri mereka atau keluarga mereka berdoa di waktu dan tempat yang berbeza, seperti di gereja, sebelum sekolah, atau pada waktu tidur. Jelaskan bahawa berdoa selalu boleh bermaksud sering berdoa sepanjang hari. Bagaimanakah kita boleh berdoa walaupun kita berada di sekitar orang lain, seperti di sekolah atau dengan rakan-rakan kita?

    Imej
    budak lelaki sedang berdoa

    Tuhan akan membantu kita ketika kita berdoa.

Ajaran dan Perjanjian 11:12–13

Roh Kudus menuntun saya untuk melakukan kebaikan.

Malah pada usia muda, kanak-kanak dapat mula untuk mengenali ketika Roh bercakap kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sembunyikan lampu mentol atau lampu suluh dan gambar wajah gembira di suatu tempat di dalam bilik. Minta kanak-kanak mencari barang-barang ini. Baca Ajaran dan Perjanjian 11:13, dan membantu kanak-kanak mengenal pasti perkataan-perkataan yang berkaitan dengan barang yang mereka jumpa. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan ini tentang bagaimana Roh Kudus membantu kita?

  • Berikan kanak-kanak beberapa situasi di mana mereka perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah—seperti pilihan untuk memberitahu kebenaran atau berbohong, atau pilihan untuk menjadi baik atau menjadi jahat. Bagaimana kita boleh tahu pilihan mana yang betul? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 11:12, dan bersaksi bahawa Roh Kudus akan membantu kita membuat pilihan yang benar jika kita mendengar Dia.

  • Nyanyi satu lagu tentang bimbingan Roh Kudus, seperti “Dengar, Dengar” (Buku Nyanyian Anak-anak, 143). Tanya kanak-kanak apakah yang diajar oleh lagu itu tentang bagaimana Roh Kudus membantu kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 10:5

Apabila saya selalu berdoa, saya dapat mengatasi godaan Setan.

Anda boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa doa yang konsisten memberi mereka kuasa untuk mengatasi godaan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis perkataan atau frasa dari Ajaran dan Perjanjian 10:5 pada jalur kertas, dan minta kanak-kanak meletakkannya dalam urutan yang betul. Galakkan mereka untuk mencari ayat itu jika mereka memerlukan bantuan. Menurut ayat ini, apakah berkat yang datang apabila kita selalu berdoa? Bagaimanakah mengingati untuk berdoa sepanjang hari membantu kita, terutamanya apabila kita tergoda melakukan sesuatu yang salah?

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai beberapa waktu kita boleh berdoa dan tempat-tempat di mana kita boleh berdoa. Untuk idea tambahan, galakkan mereka untuk mencari dalam Alma 34:17–27.

  • Bantu kanak-kanak membuat tanda kecil atau gambar yang akan mengingatkan mereka untuk selalu berdoa. Jemput mereka untuk menggantung tanda-tanda mereka di rumah mereka di mana mereka akan selalu melihatnya.

Ajaran dan Perjanjian 11:12–13

Roh Kudus menuntun saya untuk melakukan kebaikan.

Orang muda sering tertanya-tanya apakah perasaan bimbingan oleh Roh Kudus. Anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 11 untuk mengajar kanak-kanak bagaimana untuk mengenali “Roh itu menuntun untuk melakukan kebaikan” (ayat 12).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membuat senarai orang yang mereka cari apabila mereka memerlukan bantuan atau mempunyai soalan. Mengapakah kita percaya bahawa orang-orang ini akan membantu kita? Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 11:12 dan cari apa yang Hyrum Smith diberitahu untuk percaya. Apakah yang kita pelajari dari ayat ini tentang mengapa kita harus percaya kepada bimbingan Roh Kudus?

  • Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan katakan kepada kawan yang bertanya kepada mereka apakah perasaannya ketika Roh Kudus bercakap kepada mereka. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 11:12–13 untuk mencari beberapa jawapan.

  • Kongsi bersama kanak-kanak beberapa pengalaman yang anda alami dengan Roh Kudus yang membimbing anda untuk melakukan perkara yang baik. Jemput kanak-kanak untuk merenungkan bilakah mereka mungkin pernah mempunyai pengalaman seperti ini dan kemudian berkongsi pengalaman mereka jika mereka rasa selesa berbuat demikian. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi ingin membimbing kita melalui Roh Kudus. Galakkan kanak-kanak untuk perhatikan pada masa minggu yang akan datang apabila mereka mempunyai perasaan seperti yang diterangkan dalam Ajaran dan Perjanjian 11:12–13.

Ajaran dan Perjanjian 11:21, 26

Saya perlu mengenali injil supaya saya dapat membantu orang lain mencari kebenaran.

Kanak-kanak yang anda ajar akan mempunyai banyak peluang untuk berkongsi injil. Ayat-ayat ini dapat mengajar mereka bagaimana untuk bersedia untuk peluang-peluang ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk lakon peranan bagaimana mereka bercakap tentang injil dengan seseorang yang tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Contohnya, bagaimana mereka menjawab soalan mengenai Kitab Mormon? Bagaimana mereka akan menerangkan siapakah Yesus Kristus? Baca dengan kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 11:21, 26. Apakah yang Tuhan katakan kepada Hyrum Smith yang dia perlu lakukan agar dia dapat mengajar injil? Apa maksudnya untuk “mendapatkan” firman Tuhan, dan bagaimana kita boleh melakukan ini? Bagaimanakah kita “simpan baik-baik” firman Tuhan dalam hati kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi tulisan suci yang mereka suka dan terangkan mengapa mereka sukanya. Biarkan mereka bercakap tentang bagaimana tulisan suci memberkati kehidupan mereka dan apa yang mereka lakukan untuk mengkaji firman Tuhan di rumah. Galakkan mereka untuk menetapkan matlamat untuk membaca firman Tuhan dengan lebih kerap.

  • Nyanyi bersama lagu mengenai perkongsian injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 90). Apakah yang diajar oleh lagu ini tentang bagaimana kita boleh menjadi penginjil setiap hari?

  • Kongsi sesuatu dari “Harapan Israel” oleh President Russell M. Nelson dan Sister Wendy W. Nelson (pertemuan rohani sedunia untuk remaja, 3 Jun 2018, ChurchofJesusChrist.org) untuk mengilhami kanak-kanak untuk membantu mengumpulkan anak-anak Tuhan dengan berkongsi injil.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berbual dengan ahli keluarga tentang sesuatu yang mereka pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 10 atau 11 hari ini. Contohnya, mereka boleh berkongsi bagaimana mereka merancang untuk selalu berdoa.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari wahyu setiap hari. Semasa anda bersedia untuk mengajar, berdoa dan merenungkan tulisan suci sepanjang minggu. Anda akan mendapati bahawa Roh akan “menerangi fikiranmu” (Ajaran dan Perjanjian 11:13). Idea dan tanggapan tentang cara mengajar boleh datang kepada anda bila-bila masa dan di mana sahaja—semasa anda pergi bekerja, melakukan kerja rumah, atau bercakap dengan orang lain.

Cetak