Ajaran dan Perjanjian 2021
25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9: “Inilah Roh Wahyu”


“25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9: ‘Inilah Roh Wahyu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
jurutulis sedang menulis pada kertas

25–31 Januari

Ajaran dan Perjanjian 6–9

“Inilah Roh Wahyu”

Mulakan persiapan untuk mengajar dengan membaca Ajaran dan Perjanjian 6–9. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini dapat mencetuskan idea mengenai cara mengajar kanak-kanak di kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Adakah kanak-kanak tahu tentang cerita Oliver Cowdery menerima jawapan untuk doa? (lihat Saints, 1:58–60). Mungkin mereka juga mempunyai pengalaman dengan doa yang mereka boleh kongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 6:5; 8:2; 9:7–9

Bapa Syurgawi boleh bercakap kepada kita melalui Roh Kudus.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka mempunyai Bapa di Syurga yang mengasihi dan mendengar doa mereka serta menjawab mereka melalui Roh-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan“Chapter 5: Joseph Smith and Oliver Cowdery” (Doctrine and Covenants Stories, 22–25, atau video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist.org) untuk memberitahu kanak-kanak tentang Oliver Cowdery dan apa yang dia telah pelajari tentang bagaimana Bapa Syurgawi bercakap dengan kita. Minta kanak-kanak memberitahu anda bahagian kegemaran mereka dalam cerita, dan biarkan mereka bergilir memberitahu anda tentang Oliver Cowdery.

  • Ceritakan kepada kanak-kanak bahawa Oliver Cowdery cuba menterjemahkan Kitab Mormon tetapi tidak dapat, jadi Joseph bertanya kepada Tuhan mengapa. Baca kepada kanak-kanak jawapan Tuhan: “Kamu mesti mengkajinya dalam fikiranmu; kemudian kamu mesti bertanya kepada-Ku adakah ia benar,” (Ajaran dan Perjanjian 9:8). Jemput mereka untuk berpura-pura mengkaji dan berdoa. Bantu kanak-kanak memahami bahawa ini adalah cara kita dapat menerima jawapan daripada Tuhan juga—dengan mengkaji dan meminta bantuan-Nya.

    Imej
    Oliver Cowdery

    Oliver Cowdery, oleh Lewis A. Ramsey

  • Jemput kanak-kanak menyentuh kepala dan dada mereka semasa anda membaca perkataan “fikiran” dan “hati” dalam Ajaran dan Perjanjian 8:2. Bantu mereka memahami bahawa Bapa Syurgawi bercakap kepada kita melalui Roh Kudus, yang memberi kita pemikiran dan perasaan. Nyanyi bersama lagu tentang Roh Kudus, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 56). Apakah yang diajar oleh lagu tentang bagaimana Roh bercakap kepada kita? Kongsi satu pengalaman ketika anda merasakan Roh Kudus dalam minda dan hati anda.

Ajaran dan Perjanjian 6:33–36

Dengan bantuan Juruselamat, saya tidak perlu takut.

Joseph Smith dan Oliver Cowdery mempunyai banyak sebab untuk menjadi takut—penganiayaan dan kemiskinan adalah beberapa cabaran yang mereka hadapi. Pesanan Tuhan kepada Joseph dan Oliver juga boleh menggalakkan kanak-kanak apabila mereka merasa takut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Mintalah kanak-kanak mengulangi frasa “janganlah takut, kawanan kecil” (Ajaran dan Perjanjian 6:34) beberapa kali. Jelaskan bahawa kawanan adalah kumpulan haiwan, seperti domba. Tunjukkan gambar Juruselamat sebagai gembala (lihat Buku Seni Injil, no. 64), dan bersaksi bahawa Dia mengawasi kita seperti gembala mengawasi domba-domba-Nya. Kerana Dia mengasihi kita, kita tidak perlu takut.

  • Biarkan kanak-kanak berpura-pura menjadi kawanan domba yang ketakutan. Apakah yang mungkin ditakuti oleh domba? Biarkan seorang kanak-kanak berpura-pura menjadi gembala yang menjaga keselamatan domba. Apakah yang kadangkala kita takut? Berikan kesaksian anda bahawa Yesus Kristus adalah seperti gembala kita dan Dia dapat menenangkan ketakutan kita. Nyanyi bersama lagu tentang Juruselamat dan kasih-Nya kepada kita.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 6:36 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk mengulangi frasa “janganlah ragu, janganlah takut.” Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh “lihatlah kepada,” atau mengingati, Juruselamat dalam minggu yang akan datang (lihat juga halaman aktiviti minggu ini).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 6:5, 15–16, 22–23; 8:2; 9:7–9

Roh Kudus bercakap kepada fikiran saya dan hati saya.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin telah menerima kurnia Roh Kudus. Adakah mereka memahami bagaimana untuk mengenali wahyu peribadi daripada Roh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis pada papan tulis kepala dan hati. Bantu kanak-kanak membaca ayat-ayat berikut dan tentukan mana yang menggambarkan Roh Kudus bercakap kepada fikiran kita, kepada hati kita, atau kedua-duanya: Ajaran dan Perjanjian 6:15, 23; 8:2; 9:89:9. Beritahu kanak-kanak, dari pengalaman anda, apakah perasaannya ketika Roh Kudus bercakap kepada fikiran dan hati anda.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 6:5, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka dengan berdoa dan menerima jawapan. Bantu mereka memikirkan contoh-contoh seseorang dalam kitab suci yang berdoa dan menerima jawapan kepada soalan (lihat 1 Nefi 2:16; Enos 1:1–6; Eter 2:18–3:6).

  • Tulis pada papan tulis Bagaimanakah Roh Kudus bercakap kepada kita? Jemput kanak-kanak untuk cari dalam Ajaran dan Perjanjian 6:15–16, 22–23; 8:2; 9:7–9 untuk jawapan kepada soalan itu. Kongsi satu pengalaman di mana anda merasakan Roh Kudus bercakap kepada anda.

Ajaran dan Perjanjian 6:33–37

“Janganlah takut melakukan yang baik.”

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin kadangkala merasa takut untuk mempertahankan apa yang benar. Ajaran dan Perjanjian 6:33–37 boleh mengilhami mereka untuk berani, walaupun dalam keadaan yang sukar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 6:33, dan bincangkan mengapa seseorang mungkin takut melakukan yang baik (lihat juga ayat 28–29). Bantu kanak-kanak mencari perkataan atau frasa dalam ayat 33–37 yang membantu mereka memberi keberanian untuk melakukan yang baik.

  • Bantu kanak-kanak membuat lukisan yang boleh dipaparkan di rumah mereka untuk mengingatkan mereka “lihatlah kepada [Yesus Kristus] dalam setiap pemikiran;” (ayat 36). Semasa mereka membuat lukisan mereka, bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan melihat kepada Juruselamat dan bagaimana ia dapat memastikan mereka selamat.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang keberanian seperti “Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 80) atau “Mari Lakukan Cepat” (Nyanyian Rohani, no. 113). Minta kanak-kanak untuk mencari dalam lagu beberapa sebab mengapa kita perlu “janganlah takut” (ayat 36).

Ajaran dan Perjanjian 8:10

Saya boleh bertanya dengan iman.

Sepanjang kitab suci, Tuhan mengingatkan kita untuk memiliki iman dalam Dia. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk mempunyai iman yang lebih besar dalam Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis Tanpa kamu tidak dapat melakukan apa pun; oleh kerana itu mintalah dalam . Jemput kanak-kanak untuk cuba memikirkan perkataan yang sesuai dalam kedua-dua tempat kosong. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 8:10 untuk mencari jawapan. Apakah beberapa perkara yang kita boleh lakukan jika kita memiliki iman?

  • Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 8:10, bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka boleh meminta Tuhan untuk membantu mereka. Jemput mereka untuk melukis gambar yang mewakili sesuatu yang mereka perlu minta. Semasa mereka menunjukkan kelas gambar mereka, biarkan kanak-kanak lain teka apakah yang diwakili gambar itu.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak memilih frasa pendek dari Ajaran dan Perjanjian 6–9 yang mereka ingin berkongsi dengan seseorang di rumah, seperti “janganlah takut melakukan yang baik,” (6:33), “janganlah ragu, janganlah takut” (6:36), atau “tanpa iman kamu tidak dapat melakukan apa pun” (8:10).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan cerita. Cerita membantu kanak-kanak memahami asas-asas injil kerana mereka menunjukkan bagaimana orang lain menjalankan asas-asas tersebut. Semasa anda mengajar, cari cara untuk memasukkan cerita—dari kitab suci, dari sejarah Gereja, atau dari kehidupan anda sendiri—yang menggambarkan asas-asas dalam kitab suci.

Cetak