Ajaran dan Perjanjian 2021
18–24 Januari. Ajaran dan Perjanjian 3–5: “Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas”


“18–24 Januari. Ajaran dan Perjanjian 3–5: ‘Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“18–24 Januari. Ajaran dan Perjanjian 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
orang ramai bekerja di ladang

Harvest Time in France, oleh James Taylor Harwood

18–24 Januari

Ajaran dan Perjanjian 3–5

“Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas”

Apabila anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 3–5, anda mungkin menerima tanggapan mengenai apa yang kanak-kanak yang anda ajar perlu fahami. Aktiviti-aktiviti dalam rangka panduan ini juga boleh memberi anda idea.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Joseph Smith dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan bantu kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita yang digambarkan. Bantu mereka mengingati cerita Martin Harris kehilangan halaman pertama terjemahan Kitab Mormon (lihat “Chapter 4: Martin Harris and the Lost Pages,” Doctrine and Covenants Stories, 18–21).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 3:7–10

Saya boleh memilih yang betul apabila orang lain cuba membuat saya melakukan kesalahan.

Bantu kanak-kanak mempelajari apa yang dipelajari oleh Joseph Smith: jika mereka mempercayai Bapa Syurgawi, Dia akan “berserta [mereka] dalam setiap waktu kesusahan.” (Ajaran dan Perjanjian 3:8).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kaji semula cerita Martin Harris dan halaman manuskrip yang hilang (lihat Doctrine and Covenants Stories, 18–21, atau video yang berkaitan dalam ChurchofJesusChrist.org). Kongsi dengan kanak-kanak beberapa situasi yang mungkin akan berlaku apabila mereka tergoda untuk melakukan sesuatu yang mereka tahu tidak betul. Bagaimanakah Bapa Syurgawi dapat membantu kita memilih yang benar? (lihat Ajaran dan Perjanjian 3:8).

    Imej
    Martin Harris

    Martin Harris, oleh Lewis A. Ramsey

  • Baca kata-kata ini dari Ajaran dan Perjanjian 3:8: “Dia akan menghulurkan lengan-Nya dan mendukungmu.” Jemput kanak-kanak untuk berdiri dan menghulurkan tangan mereka semasa anda membaca frasa itu sekali lagi. Kongsi dengan mereka beberapa cara Tuhan boleh menghulurkan lengan-Nya untuk membantu mereka apabila orang lain cuba membuat mereka melakukan perkara-perkara yang salah. Biarkan mereka bergilir menghulurkan lengan mereka ketika mereka menceritakan tentang cara lain Tuhan menghulurkan lengan-Nya untuk membantu kita.

Ajaran dan Perjanjian 4

Tuhan memerlukan saya untuk melakukan pekerjaan-Nya.

Kanak-kanak boleh “bermula dalam pelayanan Tuhan,” (Ajaran dan Perjanjian 4:2) dalam banyak cara, dan mereka boleh bersedia sekarang untuk peluang tambahan di masa depan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 4:1 kepada kanak-kanak. Bawa beberapa gambar yang menggambarkan kerja-kerja zaman akhir Tuhan yang “menakjubkan” (seperti gambar penginjil, bait suci, dan Kitab Mormon). Biarkan kanak-kanak mengambil giliran memilih gambar dan bercakap mengenainya. Kongsikan mengapa kerja Tuhan menakjubkan kepada anda.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan tindakan atau lukis gambar yang menggambarkan frasa “melayani-Nya dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu,” (Ajaran dan Perjanjian 4:2). Kongsi satu contoh seseorang yang anda kenali yang melayani Tuhan dengan cara ini.

  • Nyanyi bersama lagu tentang kerja penginjil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 90). Bincangkan apa diajar oleh lagu ini tentang bagaimana kita boleh membantu Tuhan melakukan kerja-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 5:10

Kita telah menerima firman Tuhan melalui Joseph Smith.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak menguatkan kesaksian mereka bahawa Joseph Smith dan nabi-nabi lain mengajarkan firman Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sembunyikan gambar Joseph Smith di dalam bilik (lihat Buku Seni Injil, no. 87). Baca Ajaran dan Perjanjian 5:10, dan jemput kanak-kanak mencari gambar untuk mengetahui siapakah “kamu”. Berikan kesaksian anda bahawa kita telah menerima firman Tuhan melalui Joseph Smith.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak salinan Kitab Mormon dan Ajaran dan Perjanjian. Jelaskan bahawa Tuhan memberi kita kitab suci ini melalui Joseph Smith. Kongsi beberapa ayat kegemaran anda dari kitab suci ini, dan beritahu mengapa anda bersyukur untuknya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 3:5–10; 5:21–22

Saya harus lebih peduli tentang menyenangkan Tuhan daripada menyenangkan orang lain.

Ketika kanak-kanak belajar tentang pengalaman Joseph Smith dengan halaman terjemahan Kitab Mormon yang hilang, mereka dapat diilhami untuk kekal setia ketika orang lain menggoda mereka untuk ingkar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beberapa hari lebih awal, jemput salah seorang kanak-kanak untuk bersedia datang ke kelas untuk berkongsi cerita Joseph Smith dan Martin Harris yang kehilangan halaman pertama terjemahan Kitab Mormon (lihat Doctrine and Covenants Stories, 18–21; atau Saints, 1:51–56). Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 3:5–8; 5:21–22, dan cari berkat-berkat yang datang ketika kita kekal setia kepada Tuhan.

  • Berikan masa kanak-kanak masa untuk memikirkan satu situasi di mana kawan mungkin cuba untuk membuat mereka melakukan sesuatu yang salah. Jemput mereka untuk mencari satu petikan dalam Ajaran dan Perjanjian 3:5–8; 5:21–22 yang boleh membantu mereka semasa situasi tersebut. Lakonkan peranan beberapa contoh.

Ajaran dan Perjanjian 4

Tuhan memerlukan saya untuk melakukan pekerjaan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 4 boleh mengilhami kanak-kanak untuk menjadi sebahagian daripada “pekerjaan yang menakjubkan” Tuhan (ayat 1).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan tulis Melayani Tuhan. Jemput kanak-kanak untuk mencari Ajaran dan Perjanjian 4 dan membuat senarai perkara yang mereka pelajari tentang apa yang dimaksudkan untuk melayani Tuhan. Minta mereka untuk menambah kepada senarai perkara yang mereka pelajari dari lagu “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-anak, 85) atau lagu lain tentang melayani Tuhan.

  • Bawa alat (atau gambar alat) yang seseorang mungkin gunakan untuk bekerja di ladang. Bagaimanakah alat-alat ini membantu kita? Bantu kanak-kanak mencari perkara dalam Ajaran dan Perjanjian 4:5–6 yang boleh menjadi seperti alat untuk melakukan pekerjaan Tuhan.

  • Jemput penginjil sepenuh masa atau penginjil bahagian untuk berkongsi sesuatu dari Ajaran dan Perjanjian 4 yang telah mengilhami mereka untuk melakukan pekerjaan Tuhan. Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu pekerjaan Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 5:1–7, 11, 16, 23–24

Saya boleh menjadi saksi bahawa Kitab Mormon adalah benar.

Martin Harris dijanjikan bahawa dia boleh menjadi salah satu saksi kepingan-kepingan emas jika dia setia. Kita tidak akan melihat kepingan-kepingan seperti Martin, tetapi kita dapat menerima kesaksian rohani dari Kitab Mormon. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengembangkan dan berkongsi kesaksian mereka sendiri tentang Kitab Mormon?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis soalan seperti yang berikut di papan tulis, dan bantu kanak-kanak mencari jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 5:1–3, 7, 11: Apakah yang Martin Harris ingin ketahui ? Kepada siapakah Joseph Smith boleh tunjukkan kepingan-kepingan emas? Mengapakah melihat kepingan-kepingan mungkin tidak mencukupi untuk meyakinkan seseorang bahawa Kitab Mormon adalah benar?

  • Tanya kanak-kanak apakah itu saksi dan mengapa saksi penting. Apakah yang Martin Harris perlu lakukan untuk menjadi saksi kepingan-kepingan emas? (lihat Ajaran dan Perjanjian 5:23–24). Walaupun kita belum melihat kepingan-kepingan, apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadi saksi Kitab Mormon? (lihat Ajaran dan Perjanjian 5:16; Moroni 10:3–5).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk menulis kesaksian mereka tentang Kitab Mormon dan berkongsi dengan seseorang yang mereka kenali.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sesuaikan aktiviti untuk kanak-kanak kurang upaya. Penyesuaian kecil kepada aktiviti dapat memastikan semua kanak-kanak dapat belajar darinya. Contohnya, jika aktiviti mencadangkan menunjukkan gambar, anda boleh menyanyi lagu untuk melibatkan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

Cetak