Ajaran dan Perjanjian 2021
4–10 Januari. Joseph Smith—Sejarah 1:1–26: “Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya”


“4–10 Januari. Joseph Smith—Sejarah 1:1–26: ‘Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“4–10 Januari. Joseph Smith—Sejarah 1:1–26,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Hutan Kudus

Sacred Grove (Hutan Kudus), oleh Greg K. Olsen

4–10 Januari

Joseph Smith—Sejarah 1:1–26

“Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya”

Semasa anda mengkaji tulisan suci, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Roh Kudus dapat mengilhami anda, melalui tanggapan yang anda terima, untuk mengetahui apa yang harus difokuskan di dalam kelas.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Joseph Smith dan doanya di Sacred Grove (Hutan Kudus) (menunjukkan gambar Penglihatan Pertama dapat membantu). Tanya mereka bagaimana perasaan mereka apabila mereka mendengar bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengunjung Joseph Smith. Jika Joseph Smith mengunjung kelas kita, apakah yang kita akan tanya kepada dia tentang pengalamannya?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Joseph Smith—Sejarah 1:3–20

Joseph Smith telah bersedia untuk menjadi nabi Tuhan.

Belajar tentang remaja Joseph Smith boleh membantu kanak-kanak mencari kaitan dengannya dan bersedia untuk belajar dari pengalamannya. Mungkin anda boleh membantu mereka melihat bagaimana pengalaman Joseph ketika dia masih budak telah menyediakannya untuk menjadi nabi Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak-kanak memegang gambar Joseph Smith (lihat Buku Seni Injil, no. 87) semasa anda berkongsi beberapa fakta tentang Joseph yang terdapat dalam Joseph Smith—Sejarah 1:3–14 (lihat juga “Chapter 1: Joseph Smith and His Family,” Doctrine and Covenants Stories, 6–8, atau video yang berkaitan ChurchofJesusChrist.org). Bantu mereka membandingkan butiran tentang keluarganya dan hidupnya kepada mereka sendiri. Kongsi kesaksian anda bahawa Joseph dipilih oleh Tuhan dan bersedia untuk menjadi nabi (lihat “Suara-suara Pemulihan: Keluarga Joseph Smith,” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jika perlu, ajar kanak-kanak bahawa seorang nabi adalah seseorang yang bercakap untuk Tuhan.

  • Jemput seorang remaja putera dalam bahagian untuk mengunjung kelas anda, berpura-pura menjadi Joseph Smith. Sediakan beberapa soalan untuk kanak-kanak tanya kepadanya yang dijawab dalam Joseph Smith—Sejarah 1:3–20 (anda mungkin ingin berkongsi soalan ini dengan remaja putera itu terlebih dahulu). Kemudian jemput remaja putera itu untuk membaca beberapa kata-kata Joseph Smith sendiri mengenai Penglihatan Pertama (contohnya, Joseph Smith—Sejarah 1:25).

Joseph Smith—Sejarah 1:10–17

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Pengalaman Joseph Smith dapat mengilhami kanak-kanak untuk berdoa dengan iman bahawa Tuhan akan mendengarnya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak mengenai soalan-soalan Joseph Smith ada (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:10). Apakah yang kita boleh lakukan apabila kita mempunyai soalan mengenai Tuhan? Tunjukkan kepada kanak-kanak satu salinan Alkitab, dan jelaskan bahawa apabila Joseph membaca Alkitab, dia mempelajari bahawa dia boleh “berdoa kepada Tuhan” (Yakobus 1:5; lihat juga Buku Seni Injil, no. 89). Berikan kesaksian anda bahawa kita boleh bertanya kepada Tuhan melalui doa.

  • Ceritakan tentang satu pengalaman ketika anda keliru, meminta bantuan Tuhan, dan menerima jawapan. Bantu kanak-kanak memikirkan masa ketika doa mereka dijawab. Anda juga boleh berkongsi cerita dari majalah Gereja tentang doa kanak-kanak yang dijawab.

Joseph Smith—Sejarah 1:17–19

Joseph Smith nampak Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

Anda boleh membantu kanak-kanak membina landasan untuk kesaksian yang kuat tentang Penglihatan Pertama Joseph Smith. Kongsi dengan mereka bagaimana anda mendapat kesaksian anda mengenai peristiwa penting ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Penglihatan Pertama dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan kongsi dalam kata-kata anda sendiri tentang apa yang berlaku ketika Joseph berdoa. Jemput kanak-kanak melukis gambar mereka sendiri tentang cerita itu.

  • Jemput kanak-kanak untuk mewarna halaman aktiviti minggu ini dan gunakannya untuk menceritakan Penglihatan Pertama (lihat juga “Chapter 2: Joseph Smith’s First Vision,” Doctrine and Covenants Stories, 9–12, atau video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist.org).

  • Baca Joseph Smith—Sejarah 1:17, dan tunjukkan kepada kanak-kanak kata-kata yang Bapa Syurgawi katakan kepada Joseph Smith.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Joseph Smith—Sejarah 1:10–13

Tuhan boleh menjawab soalan saya melalui tulisan suci.

Joseph Smith diilhami oleh satu petikan yang dia baca dalam Alkitab, dan ini membawa kepada Penglihatan Pertama dan Pemulihan Gereja Kristus. Bantu kanak-kanak melihat bagaimana kajian tulisan suci dapat membantu mereka mencari jawapan kepada soalan rohani mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak buku yang berbeza (seperti ensiklopedia atau buku masakan), dan bantu mereka memikirkan soalan yang boleh dijawab oleh buku-buku ini. Kemudian tunjukkan kepada mereka satu salinan kitab suci. Apakah soalan yang boleh dijawab oleh buku-buku ini? Anda boleh memberikan contoh soalan yang dijawab dalam kitab suci. Baca bersama Joseph Smith—Sejarah 1:10–11 untuk mengetahui apa soalan yang Joseph Smith ada dan apa jawapan yang dia dapati dalam kitab suci.

  • Bantu kanak-kanak mencari perkataan dalam ayat 12 yang menggambarkan bagaimana membaca Yakobus 1:5 memberi kesan kepada Joseph Smith. Kongsi pengalaman yang anda miliki dengan kitab suci—contohnya, apabila anda mendapat jawapan kepada salah satu soalan anda dengan membaca kitab suci. Nyanyi bersama “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-anak, 66).

Joseph Smith—Sejarah 1:10–19

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Tuhan mengenal Joseph Smith, dan ketika Joseph berdoa, Tuhan mendengarnya. Walaupun pengalaman kanak-kanak yang anda ajar mungkin berbeza daripada Joseph, anda dapat membantu mereka merasakan bahawa Tuhan mengenali mereka dan mendengar mereka ketika mereka berdoa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk berdiri di luar kelas dan menjawab soalan daripada kanak-kanak menggunakan kaedah seperti menghantar sms, membuat panggilan telefon, menulis nota, atau menghantar utusan. Apakah beberapa cara Bapa Syurgawi berkomunikasi dengan kita? (lihat “Wahyu,” Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Menurut Joseph Smith—Sejarah 1:16–19, bagaimana Bapa Syurgawi menjawab doa Joseph Smith? Bagaimanakah Dia menjawab doa kita?

  • Nyanyi bersama “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-anak, 6–7).

    Imej
    wanita muda berdoa

    Tuhan mendengar dan menjawab doa kita.

Joseph Smith—Sejarah 1:14–19, 25

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus muncul kepada Joseph Smith.

Setiap kanak-kanak yang anda ajar memerlukan kesaksian pengalaman Joseph Smith di Sacred Grove (Hutan Kudus). Bagaimana anda boleh membantu mereka memperoleh atau menguatkan kesaksian mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk mengkaji semula laporan Penglihatan Pertama, tulis ringkasan setiap ayat dari Joseph Smith—Sejarah 1:14–19 pada kertas yang berasingan. Letakkan kertas dalam bekas, dan jemput kanak-kanak untuk memilihnya satu persatu dan letakkannya di papan tulis dalam urutan yang betul.

  • Jemput kanak-kanak untuk menutup mata mereka dan membayangkan apa perasaan menjadi seperti Joseph ketika anda membaca bahagian yang dipilih dari Joseph Smith—Sejarah 1:14–17. Minta mereka untuk berkongsi pendapat dan perasaan mereka tentang pengalaman Joseph.

  • Baca bersama kesaksian Joseph dalam Joseph Smith—Sejarah 1:25. Minta kanak-kanak mencari perkataan dan frasa yang menunjukkan iman Joseph. Bagaimanakah kita boleh kekal setia kepada Tuhan dan kesaksian kita apabila orang lain tidak bersetuju dengan kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita Penglihatan Pertama Joseph Smith dengan seseorang—jika boleh, dengan seseorang yang tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Mereka boleh menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu mereka menceritakannya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan ketakziman. Untuk mengingatkan kanak-kanak untuk menunjukkan ketakziman, anda boleh menyanyi atau mendengung lagu, memaparkan gambar Yesus, atau menggunakan isyarat tangan yang dikenali oleh kanak-kanak.

Cetak