Ajaran dan Perjanjian 2021
11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65: “Hati Anak-anak Akan Berpaling kepada Nenek Moyang Mereka.”


“11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65: ‘Hati Anak-anak Akan Berpaling kepada Nenek Moyang Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021

Imej
Moroni muncul kepada Joseph Smith

He Called Me by Name (Dia Memanggil Namaku), oleh Michael Malm

11–17 Januari

Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65

“Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka”

Mulakan persediaan anda dengan membaca Ajaran dan Perjanjian 2 dan Joseph Smith—Sejarah 1:27–65. Idea-idea dalam rangka panduan ini dapat membantu anda mengajar kebenaran dalam petikan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh memulakan kelas dengan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu mengenai kunjungan malaikat Moroni kepada Joseph Smith.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Joseph Smith—Sejarah 1:27–54

Bapa Syurgawi memanggil Joseph Smith untuk membantu Dia melakukan pekerjaan-Nya.

Penghargaan kanak-kanak untuk Nabi Joseph Smith dapat diperdalamkan ketika mereka belajar tentang pekerjaan yang Tuhan panggilnya untuk lakukan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Moroni mengunjungi Joseph Smith (lihat Buku Seni Injil, no. 91). Minta kanak-kanak untuk menunjukkan perkara yang mereka perhatikan dalam gambar. Ringkaskan laporan kunjungan Moroni kepada Joseph. Jika perlu, rujuk kepada Joseph Smith—Sejarah 1:27–54 dan “Chapter 3: The Angel Moroni and the Gold Plates” (Doctrine and Covenants Stories, 13–17). Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi Joseph Smith di pelbagai situasi dalam cerita dengan melipat tangan mereka seperti mereka berdoa, berpura-pura memanjat Bukit Kumora, dan sebagainya.

  • Baca Joseph Smith—Sejarah 1:33 dengan kuat, dan minta kanak-kanak berdiri apabila mereka mendengar frasa “Tuhan memiliki suatu pekerjaan untuk aku lakukan.” Apakah yang Tuhan mahu Joseph lakukan? Apakah yang Dia minta kita lakukan? Biarkan kanak-kanak melukis gambar perkara yang Tuhan mahu mereka lakukan, seperti berdoa, melayani, atau membaca tulisan suci.

Ajaran dan Perjanjian 2

Elia memberikan Joseph Smith kuasa untuk memeteraikan keluarga.

Belajar tentang kuasa pemeteraian yang dipulihkan melalui Joseph Smith dapat membantu kanak-kanak menghargai berkat-berkat keluarga abadi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mengatakan nama “Elia” beberapa kali. Minta mereka untuk mendengar nama ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 2:1. Jelaskan bahawa ini adalah kata-kata Moroni kepada Joseph Smith, dan mereka mengajar bahawa Elia akan datang untuk memulihkan wewenang imamat. Elijah kemudiannya muncul kepada Joseph di Bait suci Kirtland dan memberi Nabi kuasa untuk memeteraikan keluarga.

  • Minta kanak-kanak memberitahu anda sesuatu yang mereka suka tentang keluarga mereka. Paparkan satu gambar keluarga di sebelah bait suci—keluarga anda sendiri, jika boleh (atau lihat Buku Seni Injil, no. 120). Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi mahu keluarga bersama selamanya, dan inilah salah satu sebab Dia memberi kita bait suci.

  • Nyanyi bersama “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-anak, 98). Apakah lagu katakan yang kita boleh lakukan untuk bersama dengan keluarga kita selamanya?

Ajaran dan Perjanjian 2

Mempelajari tentang nenek moyang saya boleh membawa saya kegembiraan.

Malah kanak-kanak kecil boleh menjadi teruja dan merasai kegembiraan sejarah keluarga.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk datang ke kelas dan berkongsi cerita mengenai seorang nenek moyang (dan memaparkan gambar jika ada). Bercakap tentang kegembiraan yang anda rasakan apabila anda belajar tentang sejarah keluarga anda.

  • Berikan setiap kanak-kanak satu hati kertas. Bantu mereka menulis nama mereka dan “Saya berjanji untuk mengingat nenek moyang saya” di atasnya. Baca Ajaran dan Perjanjian 2:2, dan jelaskan bahawa Elia datang untuk memalingkan hati kita kepada nenek moyang kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Joseph Smith—Sejarah 1:28–29

Saya boleh berdoa untuk diampuni.

Anak-anak yang anda ajar kadangkala boleh berasa “dihukum kerana kelemahan dan ketidaksempurnaan [mereka];” (Joseph Smith—Sejarah 1:29) seperti Joseph Smith. Bantu mereka belajar bahawa mereka boleh berpaling kepada Bapa Syurgawi untuk keampunan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak Joseph Smith—Sejarah 1:29. Bagaimana perasaan Joseph Smith tentang kesilapannya? Apakah yang dia lakukan tentangnya? Apakah yang kita dapat pelajari daripada contoh Joseph yang dapat membantu kita apabila kita melakukan kesilapan? Tanya kanak-kanak bagaimana perasaan mereka untuk mengetahui bahawa Joseph dipanggil oleh Tuhan walaupun dia tidak sempurna.

  • Kenapa penting untuk berfikir tentang “kedudukan di hadapan [Tuhan]” kita? (Joseph Smith—Sejarah 1:29). Beritahu kanak-kanak apa yang anda lakukan apabila anda tertanya-tanya tentang kedudukan anda di hadapan Tuhan.

Joseph Smith—Sejarah 1:30–54

Joseph Smith dipanggil oleh Tuhan untuk melakukan kerja yang penting.

Mempelajari pesanan Moroni kepada Joseph Smith dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan kesaksian mereka tentang panggilan kudus Joseph.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berlakon atau melukis gambar peristiwa dari Joseph Smith—Sejarah 1:30–54, seperti Moroni muncul kepada Joseph (ayat 30–47), Joseph bercakap kepada ayahnya (ayat 48–50), dan Joseph menjumpai kepingan-kepingan (ayat 51–54). Apakah yang kita pelajari dari laporan ini mengenai kerja yang Joseph dipanggil untuk lakukan?

  • Baca dengan kanak-kanak Joseph Smith—Sejarah 1:33–35, dan minta mereka untuk mendengar apa yang Moroni mahu Joseph tahu tentang kerja yang Joseph dipanggil untuk lakukan. Bagaimana kita telah diberkati kerana Joseph Smith memenuhi kerjanya sebagai penterjemah Kitab Mormon? Jemput kanak-kanak membaca Kitab Mormon dengan kerap.

Ajaran dan Perjanjian 2

Bapa Syurgawi mahu keluarga dimeteraikan dalam bait suci.

Moroni memberitahu Joseph Smith bahawa Elia akan datang “mengungkapkan … Imamat” (ayat 1). Ini merujuk kepada kuasa pemeteraian imamat yang membolehkan keluarga bersatu sevara abadi dan membolehkan kita menerima tatacara untuk nenek moyang kita di bait suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak membaca nubuat dalam Ajaran dan Perjanjian 2:1. Minta mereka untuk mencari siapa yang Tuhan akan hantar pada hari-hari terakhir dan apa yang akan diungkapkan oleh orang ini. Paparkan gambar Elia di Bait suci Kirtland (lihat Buku Seni Injil, no. 95), dan bercakap tentang bagaimana nubuat ini telah dipenuhi 13 tahun selepas kunjungan Moroni (lihat Ajaran dan Perjanjian 110:13–15).

  • Jelaskan bahawa Elia memulihkan kunci-kunci imamat yang membolehkan keluarga dimeteraikan secara abadi. Tunjukkan beberapa objek yang dapat membantu kanak-kanak memahami apa yang dimaksudkan untuk memeteraikan sesuatu, seperti makanan tin atau beg penyimpanan plastik dengan zip. Bagaimanakah objek-objek ini membantu kita memahami apa yang dimaksudkan untuk keluarga dimeteraikan?

  • Paparkan gambar bait suci, dan bantu kanak-kanak nama beberapa perkara yang kita lakukan di bait suci. Jelaskan bahawa pembaptisan untuk orang mati, perkahwinan kekal, dan pemeteraian keluarga dalam bait suci boleh dilakukan kerana kunci imamat Elia yang dipulihkan.

  • Jemput seorang remaja puteri atau remaja putera dalam bahagian untuk berkongsi pengalaman di mana dia menjumpai nama nenek moyang dan dibaptiskan untuk nenek moyang itu dalam bait suci.

    Imej
    Bait suci Palmyra New York

    Keluarga dimeteraikan dalam bait suci dengan kuasa yang dipulihkan melalui Elia.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk meminta ibu bapa mereka memberitahu mereka tentang salah satu daripada nenek moyang mereka atau membantu mereka menyediakan makanan kegemaran nenek moyang dan makan bersama-sama.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar dari tulisan suci. Untuk membantu kanak-kanak belajar dari tulisan suci, tumpukan pada satu ayat tulisan suci atau satu frasa utama. Anda boleh menjemput kanak-kanak untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mendengar perkataan atau frasa itu. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)

Cetak