Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1: “Dengarlah, Wahai Kamu”


“28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1: “Dengarlah, Wahai Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Keluarga membaca kitab suci

28 Disember–3 Januari

Ajaran dan Perjanjian 1

“Dengarlah, Wahai Kamu”

Langkah pertama anda dalam penyediaan untuk mengajar adalah mengkaji dengan doa Ajaran dan Perjanjian 1. Semasa anda lakukannya, dengar dorongan tentang keperluan kanak-kanak, dan cari asas-asas yang akan menjadi bermakna kepada mereka. Tanggapan ini akan membantu anda merancang aktiviti yang bermakna untuk mengajarkan asas-asas ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pegang Ajaran dan Perjanjian, dan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu mengenai buku ini. Siapakah yang menulisnya? Apakah kandungannya? Mengapakah ia penting? Untuk bantuan, anda boleh merujuk kepada “Chapter 23: The Doctrine and Covenants” (Doctrine and Covenants Stories, 90–92). Kongsi kasih anda terhadap Ajaran dan Perjanjian dan keinginan anda untuk belajar daripadanya tahun ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 1:4

Melalui para nabi-Nya, Tuhan memberi peringatan kepada kita tentang bahaya rohani.

Tuhan mengisytiharkan bahawa suaranya adalah “suara peringatan.” Bagaimanakah anda akan mengilhami kanak-kanak untuk mendengar dan mematuhi peringatan yang diberikannya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Biarkan kanak-kanak memegang gambar tanda-tanda peringatan—seperti bahaya lalu lintas, cuaca buruk, atau racun—dan bercakap tentang bagaimana ini memberi peringatan kepada kita tentang bahaya. Atau ceritakan tentang masa apabila anda mematuhi suatu peringatan. Bandingkan peringatan ini kepada peringatan yang Tuhan berikan kepada kita melalui para nabi-Nya. Bersaksi bahawa Dia memberi peringatan kepada kita kerana Dia mengasihi kita dan ingin kita selamat (lihat juga halaman aktiviti minggu ini).

  • Baca kepada kanak-kanak dari Ajaran dan Perjanjian 1:4: Dan suara peringatan adalah kepada semua orang.” Kongsi sesuatu yang telah diajar oleh nabi baru-baru ini yang dapat memastikan kita selamat. Tunjukkan gambar yang berkaitan, jika boleh. Bercakap tentang cara anda mengikuti nasihat nabi.

Ajaran dan Perjanjian 1:17, 29

Joseph Smith adalah nabi Tuhan.

Ketika anda dan kanak-kanak mula mengkaji Ajaran dan Perjanjian, bantu mereka membina kesaksian mereka tentang panggilan ilahi Joseph Smith.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Nabi Joseph Smith (lihat Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga; lihat juga Buku Seni Injil, no. 87). Minta kanak-kanak untuk berdiri di sebelah gambar dan kongsi apa yang mereka tahu mengenai Joseph Smith.

  • Biarkan kanak-kanak memegang gambar Juruselamat dan gambar Joseph Smith. Bercakap kepada mereka tentang apa yang Juruselamat berikan kepada kita melalui Joseph Smith, seperti perintah (lihat ayat 17) dan Kitab Mormon (lihat ayat 29). Beritahu kanak-kanak bahawa dalam Ajaran dan Perjanjian mereka akan belajar tentang perintah-perintah yang Tuhan berikan kepada Gereja melalui Joseph Smith.

  • Kongsi perasaan anda tentang Joseph Smith, dan bersaksi bahawa Tuhan “memanggil hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan berfirman kepadanya dari syurga” (ayat 17).

Ajaran dan Perjanjian 1:38

Kata-kata nabi adalah firman Tuhan.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin telah pernah mendengar Presiden Gereja bercakap, tetapi mereka mungkin tidak menyedari bahawa kata-katanya berasal daripada Tuhan. Bantu mereka belajar untuk mengenali kata-kata nabi sebagai firman Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Main satu permainan mudah dengan memberi arahan kepada seorang kanak-kanak dan minta dia mengulangi arahan itu untuk kanak-kanak lain. Bantu mereka melihat bahawa mengikuti arahan kanak-kanak adalah sama dengan mengikuti arahan anda dan bahawa mengikuti nabi adalah sama seperti mengikuti Tuhan. Baca kepada mereka barisan terakhir dari Ajaran dan Perjanjian 1:38: “Sama ada melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, ia adalah sama.”

  • Nyanyi bersama lagu tentang nabi, seperti ayat terakhir “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-anak, 58). Kongsi kesaksian anda bahawa nabi berucap firman Tuhan.

  • Berkongsi gambar, rakaman, atau klip video nabi yang hidup. Berikan kesaksian anda bahawa nabi memberitahu kita apa yang Tuhan mahu kita ketahui. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang nabi.

    Imej
    sesi persidangan umum

    Nabi mengajarkan kita apa yang Tuhan mahu kita ketahui.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 1:15–17, 29–30

Tuhan tahu cabaran yang kita akan hadapi, maka Dia memulihkan injil melalui Joseph Smith.

Anda boleh membantu kanak-kanak bersedia untuk cabaran masa depan dengan mengajar mereka bagaimana Pemulihan injil menyediakan perlindungan rohani.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa masalah di dunia hari ini. Kaji semula Ajaran dan Perjanjian 1:15–16 dengan mereka, dan bantu mereka mengenal pasti beberapa masalah yang Tuhan menubuatkan akan berlaku. Jemput mereka untuk mencari dalam ayat 17 dan 29–30 apa yang Tuhan telah lakukan untuk membantu kita menghadapi cabaran masa kita.

  • Minta kanak-kanak membayangkan yang mereka sedang bersiap untuk satu perjalanan. Apakah yang akan mereka bawa? Bagaimanakah ia dapat membantu mereka untuk mengetahui bahawa hujan akan turun semasa perjalanan mereka atau tayar kereta mereka akan pancit? Baca bersama ayat 17, dan bincangkan apa yang Tuhan tahu akan berlaku kepada kita dan bagaimana Dia bersedia untuknya. (Jika perlu, jelaskan bahawa “malapetaka” adalah bencana atau perkara yang dahsyat.) Bagaimanakah perintah-perintah Tuhan membantu kita menangani cabaran masa kita?

Ajaran dan Perjanjian 1:30

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah “satu-satunya gereja yang benar dan hidup.”

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak menghargai berkat-berkat besar menjadi ahli “satu-satunya gereja benar dan hidup”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa benda yang hidup dan beberapa benda yang tidak (jika boleh, bawa gambar atau contoh). Apakah perbezaan antara benda hidup dan benda yang tidak hidup? Baca bersama ayat 30. Apakah maksudnya bahawa Gereja adalah “benar”? bahawa ia “hidup”?

  • Paparkan gambar, seperti lukisan Juruselamat, dan minta kanak-kanak menggambarkannya dengan menutup lampu di dalam bilik. Gunakan aktiviti ini untuk membantu kanak-kanak melihat bahawa untuk ramai orang, Gereja benar Juruselamat berada dalam “keadaan yang tidak dikenali” dan “kegelapan.” Bagaimanakah kita boleh membantu orang lain belajar tentang Gereja?

Ajaran dan Perjanjian 1:37–38

Firman Tuhan kekal selama-lamanya.

Anda boleh membantu kanak-kanak membina iman mereka kepada Yesus Kristus dengan mengajar mereka bahawa firman-Nya pasti dan boleh dipercayai.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membandingkan perkara-perkara yang bersifat sementara, seperti buih atau emping salji, dengan perkara-perkara yang kelihatannya kekal, seperti gunung atau matahari. Minta mereka untuk cari dalam ayat 37–38 sesuatu yang Tuhan katakan adalah kekal. Mengapakah ia satu berkat untuk mengetahui bahawa firman Tuhan “tidak akan berlalu”?

  • Bantu kanak-kanak memahami bahawa “suara para hamba-Ku” merangkumi suara para rasul dan nabi kita. Bantu kanak-kanak mencari “nubuat dan janji” dalam satu pesanan persidangan umum oleh salah seorang hamba Tuhan. Berikan kesaksian anda bahawa kata-kata ini diilhami oleh Tuhan dan “semuanya akan digenapi.”

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kaji semula dengan kanak-kanak apa yang mereka pelajari hari ini, dan jemput mereka untuk memilih satu perkara yang mereka rasa semua orang harus ketahui. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak belajar dalam banyak cara. “Tidak semua kanak-kanak sama, dan setiap kanak-kanak berkembang pesat. Usaha anda untuk mengajar kanak-kanak akan menjadi lebih berkesan apabila anda menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, “termasuk cerita, alat bantuan visual, dan muzik (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak