Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 Februari. Ajaran dan Perjanjian 14–17: “Berdiri sebagai seorang Saksi”


“15–21 Februari. Ajaran dan Perjanjian 14–17: ‘Berdiri sebagai seorang Saksi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 Februari. Ajaran dan Perjanjian 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Joseph Smith dan Tiga Saksi berlutut dalam doa

15–21 Februari

Ajaran dan Perjanjian 14–17

“Berdiri sebagai seorang Saksi”

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak berdiri sebagai saksi injil? Aktiviti-aktiviti dalam rangka panduan ini boleh memberi anda idea.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk menjemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari minggu ini, di rumah atau di Sekolah Primer, yang mereka percaya adalah benar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 14:1–7

Saya boleh membantu Tuhan melakukan pekerjaan-Nya.

Pertimbangkan bagaimana kata-kata Tuhan kepada David Whitmer dapat membantu kanak-kanak memahami bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi secara ringkas beberapa butiran mengenai keluarga Whitmer (lihat Saints, 1:68–71 atau rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Contohnya, kongsi siapakah David Whitmer dan bagaimana dia dan keluarganya membantu Joseph Smith ketika dia menterjemahkan Kitab Mormon.

  • Bantu kanak-kanak memahami perbandingan antara bekerja di ladang dan mengambil bahagian dalam “pekerjaan yang menakjubkan dan agung” Tuhan (ayat 1). Sebagai contoh, menuai tuaian boleh melambangkan membawa jiwa kepada Kristus. Anda boleh menunjukkan gambar seorang petani, membawa pakaian petani untuk kanak-kanak cuba pakai, atau membincangkan tugas harian yang petani lakukan. Jelaskan bahawa David Whitmer adalah petani yang ingin tahu bagaimana dia dapat membantu Tuhan. Baca Ajaran dan Perjanjian 14:3–4 kepada kanak-kanak, dan bantu mereka mengetahui apa yang Tuhan beritahu David Whitmer untuk lakukan. Bagaimanakah kita boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan?

  • Gunakan satu hadiah untuk mengajar kanak-kanak tentang kurnia Tuhan yang kekal. Contohnya, tunjukkan kanak-kanak hadiah dengan kertas di dalam yang ditulis perkataan, “Kehidupan Abadi” (Ajaran dan Perjanjian 14:7). Biarkan seorang kanak-kanak membuka hadiah itu, dan baca Ajaran dan Perjanjian 14:7 dengan kuat. Kongsikan bahawa kehidupan abadi bermaksud hidup selamanya bersama Tuhan dan menjadi seperti Dia. Kongsi kesaksian anda tentang berkat-berkat mematuhi perintah-perintah dan menerima kehidupan abadi.

    Imej
    penginjil sedang mengajar satu keluarga

    Pekerjaan penginjil adalah satu cara kita dapat membantu Tuhan melakukan pekerjaan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 15:6; 16:6

Saya dapat membantu orang lain untuk datang dekat kepada Yesus Kristus.

John Whitmer dan Peter Whitmer Jr ialah adik-beradik David Whitmer. Seperti David, mereka ingin mengetahui bagaimana mereka dapat membantu Tuhan. Dia meminta mereka untuk membantu “membawa jiwa-jiwa kepada” Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk menggambarkan sesuatu yang penting atau berharga kepada mereka (seperti mainan, buku, atau permainan). Baca Ajaran dan Perjanjian 15:6 atau 16:6, dan minta kanak-kanak mengangkat tangan apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Tuhan adalah “paling berharga.”

  • Bersama kanak-kanak, buat satu senarai cara mereka dapat membantu seseorang mengikuti Yesus Kristus, seperti berkawan orang lain, berkongsi tulisan suci dengan kawan, atau berdoa untuk orang yang memerlukannya. Untuk memberikan idea kepada kanak-kanak, anda boleh memaparkan beberapa gambar yang berkaitan dari majalah Gereja atau Buku Seni Injil. Atau kanak-kanak boleh melukis gambar mereka sendiri. Jemput mereka untuk mencuba sesuatu dalam senarai mereka sepanjang minggu.

Ajaran dan Perjanjian 17

Saya boleh menjadi saksi kepada perkara-perkara yang Tuhan telah lakukan untuk saya.

David Whitmer menjadi salah satu daripada Tiga Saksi Kitab Mormon, dan empat daripada adik-beradiknya adalah di antara Lapan Saksi. Seperti David dan adik-beradiknya, setiap kita boleh “berdiri sebagai seorang saksi” kepada kebenaran (Ajaran dan Perjanjian 14:8).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak mengenai Tiga dan Lapan Saksi (lihat “Chapter 7: Witnesses See the Gold Plates” [Doctrine and Covenants Stories, 31–33], atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar saksi-saksi sedang melihat kepingan-kepingan.

  • Jemput kanak-kanak mewarna halaman aktiviti minggu ini, dan gunakannya untuk memberitahu laporan Tiga Saksi.

  • Pegang satu salinan Kitab Mormon, dan baca kepada kanak-kanak barisan terakhir Ajaran dan Perjanjian 17:6: “Seperti mana Tuhanmu dan Rajamu hidup ia adalah benar.” Beritahu kanak-kanak bagaimana anda tahu Kitab Mormon adalah benar. Jemput kanak-kanak untuk menjadi saksi Kitab Mormon dengan membacanya dan berdoa untuk mengetahui adakah ia benar dan kemudian berkongsi kesaksian mereka dengan orang lain.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 14–16

Saya boleh membantu Tuhan melakukan pekerjaan-Nya.

Semasa anda membincangkan wahyu kepada adik-beradik Whitmer, anda boleh berkongsi beberapa cara Tuhan jemput kita masing-masing untuk membantu Dia dalam pekerjaan-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi cerita tentang David Whitmer dan keluarganya yang anda rasa akan mengilhami kanak-kanak (lihat Saints, 1:68–71). Bagaimanakah Tuhan menggunakan Whitmers untuk membantu membina kerajaan-Nya?

  • Pada jalur kertas, tulis soalan mudah dan rujukan tulisan suci yang berkaitan dari Ajaran dan Perjanjian 14–16. Contohnya: Seperti apakah perkataan Tuhan? (14:2). Apakah kurnia Tuhan yang paling besar? (14:7). Apakah yang Tuhan katakan adalah paling berharga? (15:6; 16:6). Jemput setiap kanak-kanak untuk memilih soalan dan mencari jawapan dalam ayat-ayat.

  • Tulis dua tajuk di papan tulis: Pekerjaan Ladang dan Pekerjaan Tuhan. Bantu kanak-kanak mencari Ajaran dan Perjanjian 14:3–4 untuk frasa yang berkaitan dengan pekerjaan ladang, dan tuliskan di bawah tajuk pertama. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang pekerjaan Tuhan? Tulis jawapan kanak-kanak di bawah tajuk kedua Bagaimanakah kita boleh membantu dengan pekerjaan Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 17

Saya boleh menjadi saksi kepada perkara-perkara yang Tuhan telah lakukan untuk saya.

Dalam Ajaran dan Perjanjian 17, Tuhan memberitahu Oliver Cowdery, David Whitmer, dan Martin Harris bahawa mereka akan menjadi Tiga Saksi Kitab Mormon. Bantu kanak-kanak belajar bagaimana mereka boleh menjadi saksi kebenaran juga.

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk datang bersedia untuk berkongsi laporan Tiga Saksi (lihat “Chapter 7: Witnesses See the Gold Plates” [Doctrine and Covenants Stories, 31–33], atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita boleh pelajari dari laporan ini tentang bagaimana untuk menjadi saksi yang berani?

  • Baca bersama janji Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 17:1–3, dan bantu kanak-kanak mencari janji ini ditunaikan dalam “Kesaksian Tiga Saksi” dalam Kitab Mormon

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 17:3–5 untuk mengetahui apa yang Oliver Cowdery, Martin Harris, dan David Whitmer disuruh lakukan selepas melihat kepingan-kepingan emas. Apakah beberapa kebenaran yang kita boleh bersaksi? Beritahu tentang bagaimana anda telah berkongsi kesaksian anda dengan orang lain, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berdiri sebagai saksi sesuatu yang mereka pelajari di kelas hari ini. Minta mereka berkongsi bagaimana mereka melakukannya dalam kelas minggu depan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Biarkan kanak-kanak menjadi aktif. Anda boleh membina sifat-sifat aktif kanak-kanak dengan menjemput mereka untuk melakonkan cerita atau melakukan tindakan yang sesuai dengan lagu atau tulisan suci. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25-26.)

Cetak