Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75: “Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”


“8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75: ‘Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku,’” Ikutlah—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75,” Ikutlah—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Sungai Susquehanna

8–14 Februari

Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

“Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”

Kanak-kanak yang anda ajar datang dari pelbagai situasi dan mempunyai keperluan yang berbeza. Semasa anda bersedia, fikirkan bagaimana anda boleh membantu mereka untuk mempelajari kebenaran yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 12–13 dan Joseph Smith—Sejarah 1:66–75.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa ketika mereka melihat seseorang dibaptiskan atau menerima berkat imamat. Bagaimanakah Joseph Smith dan Oliver Cowdery menerima imamat?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 13

Yohanes Pembaptis memulihkan Imamat Harun.

Pada 15 Mei 1829, Yohanes Pembaptis muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery dan memberi mereka Imamat Harun. Bagaimanakah pengetahuan tentang peristiwa ini memberkati kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana Imamat Harun telah dipulihkan (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:68–70; lihat juga “Chapter 6: Joseph and Oliver Are Given the Priesthood,” Doctrine and Covenants Stories, 26–27). Atau jemput seorang lelaki di bahagian untuk datang ke kelas dan bercerita seolah-olah dia adalah Yohanes Pembaptis, membaca kepada kanak-kanak apa yang Yohanes katakan kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery.

  • Paparkan gambar Yohanes Pembaptis membaptiskan Juruselamat dan memulihkan Imamat Harun (Buku Seni Injil, 35, 93; lihat juga gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu Keluarga). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang apa yang berlaku dalam gambar tersebut (lihat Matius 3:13–17; Ajaran dan Perjanjian 13; Joseph Smith—Sejarah 1:68–70).

  • Bantu kanak-kanak belajar satu lagu tentang imamat, seperti “Imamat T’lah Dipulihkan” (Buku Nyanyian Anak-anak, 60–61). Jemput kanak-kanak untuk berarak di sekeliling bilik sambil menyanyi, mengambil giliran memegang gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu Keluarga.

Ajaran dan Perjanjian 13

Imamat adalah kuasa Tuhan.

Pelajaran mengenai pemulihan Imamat Harun adalah masa yang bagus untuk membantu kanak-kanak lebih memahami apakah itu imamat dan bagaimana ia dapat memberkati mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa beberapa objek ke kelas, termasuk satu kunci. Paparkan objek tersebut, dan minta kanak-kanak mendengar ketika anda membaca Ajaran dan Perjanjian 13 dan untuk mencari objek yang disebutkan dalam tulisan suci. Apakah yang kita boleh lakukan dengan kunci? Tunjukkan gambar perkara yang kita boleh lakukan kerana Imamat Harun telah dipulihkan (lihat halaman aktiviti minggu ini; lihat juga Buku Seni Injil, 103–4, 107–8). Beritahu kanak-kanak bagaimana imamat telah memberkati hidup anda.

  • Untuk membantu kanak-kanak mempelajari frasa Imamat ialah kuasa Tuhan, minta mereka tepuk tangan apabila mereka menyebut setiap suku kata. Tunjukkan satu barang yang memerlukan bateri untuk berfungsi, dan ajarkan bahawa, seperti bateri membawa kuasa kepada barang itu, imamat membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup kita. Kongsi kesaksian anda tentang berkat-berkat yang datang kepada anda kerana imamat.

Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

Saya boleh dibaptiskan.

Joseph Smith dan Oliver Cowdery membaca tentang pembaptisan dalam Kitab Mormon dan mereka mahu mengetahui lebih tentangnya. Anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar menantikan dengan keterujaan pembaptisan mereka dan mempelajari lebih lanjut tentang tatacara kudus ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan video “Restoration of the Aaronic Priesthood” (ChurchofJesusChrist.org). Hentikan video sekali-sekala untuk menanya kanak-kanak soalan seperti “Mengapakah Joseph Smith dan Oliver Cowdery pergi ke hutan?” Dan “Pada pendapat anda, apakah perasaan Joseph Smith dan Oliver Cowdery selepas mereka dibaptiskan?” Minta mereka untuk berkongsi pendapat mereka tentang apakah perasaan mereka apabila mereka dibaptiskan.

  • Beritahu kanak-kanak tentang Joseph Smith dan Oliver Cowdery dibaptiskan (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:68–74; lihat juga “Chapter 6: Joseph and Oliver Are Given the Priesthood,” Doctrine and Covenants Stories, 26–28). Tekankan kegembiraan yang dirasakan oleh Joseph dan Oliver, dan beritahu kanak-kanak tentang pembaptisan anda. Jemput mereka untuk melukis gambar diri mereka dibaptiskan satu hari nanti.

    Imej
    seorang budak lelaki dibaptiskan

    Saya boleh dibaptis kerana imamat telah dipulihkan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–72

Yohanes Pembaptis memulihkan Imamat Harun.

Peristiwa pemulihan Imamat Harun dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami kebenaran penting tentang imamat dan pentahbisan imamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Joseph Smith—Sejarah 1:66–72, dan jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang ayat-ayat ini. Kemudian biarkan kanak-kanak menceritakan cerita itu menggunakan gambar mereka. Jemput seseorang untuk berkongsi pengalaman apabila dia melihat seseorang ditahbiskan ke jawatan imamat. Bagaimanakah peristiwa itu sama dengan cara Joseph dan Oliver ditahbiskan seperti yang digambarkan dalam Joseph Smith—Sejarah 1:66–72?

  • Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk membuat senarai semua yang mereka tahu tentang Yohanes Pembaptis, dan kemudian biarkan mereka berkongsi apa yang mereka tulis. Jemput kanak-kanak bekerja secara berpasangan untuk membaca salah satu petikan berikut dan tambahkannya ke senarai mereka: Matius 3:13–17; Ajaran dan Perjanjian 13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–72.

Ajaran dan Perjanjian 13

Saya menerima berkat melalui Imamat Harun.

Kita menerima banyak berkat melalui Imamat Harun. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa berkat-berkat ini ada kerana imamat telah dipulihkan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Letakkan gambar pembaptisan dan sakramen dalam bekas yang memerlukan kunci untuk dibuka. Bincangkan kenapa kunci penting, dan biarkan kanak-kanak menggunakan kunci untuk membuka bekas. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 13 dan cari perkataan dan frasa yang mengajar mereka apa berkat yang datang dari Imamat Harun.

  • Tunjukkan video “Blessings of the Priesthood” (ChurchofJesusChrist.org), dan minta kanak-kanak mengenal pasti cara orang dalam video itu diberkati kerana imamat.

Joseph Smith—Sejarah 1:73–74

Roh Kudus dapat membantu saya memahami tulisan suci.

Selepas Joseph Smith dan Oliver Cowdery dibaptiskan, Roh Kudus membantu mereka memahami tulisan suci dengan lebih baik. Ini mungkin boleh menggalakkan kanak-kanak yang mungkin mendapati tulisan suci sukar difahami.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa teka-teki mudah ke kelas, dan jemput kanak-kanak untuk menyusunnya bersama. Apabila mereka lakukan ini, tanyakan kepada mereka bagaimana membaca tulisan suci sama dengan menyusun teka-teki. Baca bersama Joseph Smith—Sejarah 1:73–74, dan jemput kanak-kanak untuk kongsi apa yang membantu Joseph dan Oliver memahami tulisan suci. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mencari bantuan Roh Kudus semasa kita belajar tulisan suci?

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat penanda buku yang boleh dimasukkan ke dalam kitab suci mereka untuk mengingatkan mereka untuk mencari bantuan Roh Kudus ketika mereka membaca. Mungkin mereka dapat mencari frasa yang berinspirasi dalam Joseph Smith—Sejarah 1:74 yang mereka boleh tuliskan dalam penanda buku mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melengkapkan halaman aktiviti dalam kelas, pertimbangkan untuk menghantar salinan ke rumah supaya kanak-kanak dapat menyiapkannya dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jadilah fleksibel dan dengarlah Roh. Jangan merasa seperti anda perlu menggunakan idea-idea dalam rangka panduan ini. Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajar; minta Bapa Syurgawi untuk membimbing anda ke cara terbaik untuk membantu mereka belajar ajaran injil dan membina iman mereka.

Cetak