Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22: “Kebangkitan Gereja Kristus”


“1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22: ‘Kebangkitan Gereja Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Rumah Peter Whitmer

Rumah Peter Whitmer, oleh Al Rounds

1–7 Mac

Ajaran dan Perjanjian 20–22

“Kebangkitan Gereja Kristus”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 20–22, jadilah peka kepada tanggapan Roh Kudus. Pertimbangkan untuk mencatatnya agar anda boleh merujuk kembali.

Mencatat Tanggapan Anda

Pekerjaan Joseph Smith Smith untuk menterjemahkan Kitab Mormon kini selesai. Tetapi pekerjaan Pemulihan baru sahaja bermula. Jelas dari wahyu-wahyu awal yang sebagai tambahan untuk memulihkan ajaran dan wewenang imamat, Tuhan ingin memulihkan organisasi rasmi—Gereja-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 10:53; 18:5). Jadi, pada 6 April 1830, lebih daripada 40 orang yang percaya berkumpul di rumah kayu keluarga Whitmer di Fayette, New York, untuk menyaksikan penubuhan Gereja Yesus Kristus.

Namun, sesetengah orang tertanya-tanya, mengapa perlu adanya sebuah Gereja yang telah diorganisasi? Jawapannya boleh ditemui, sekurang-kurangnya sebahagian, di wahyu yang berkaitan dengan pertemuan Gereja yang pertama pada tahun 1830. Di sini, berkat yang dijelaskan adalah tidak mungkin jika Gereja Yesus Kristus yang sejati tidak “secara rasmi diorganisasikan dan ditubuhkan” pada zaman akhir (Ajaran dan Perjanjian 20:1).

Lihat juga Saints, 1:84–86, dan “Build Up My Church,” Revelations in Context, 29–32.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 20:1–36

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir didirikan berdasarkan ajaran yang benar.

Bahagian 20 adalah pengenalan “wahyu tentang organisasi dan pengaturan Gereja” (pengenalan bahagian). Tetapi sebelum menggariskan polisi Gereja, pejabat imamat, dan prosedur untuk melaksanakan tatacara, wahyu ini bermula dengan mengajar asas ajaran. Semasa anda membaca 36 ayat pertama wahyu ini, tanyakan kepada diri sendiri mengapa itu mungkin. Anda mungkin juga boleh membuat senarai kebenaran injil yang anda temui. Berikut adalah beberapa contoh:

Mengapa kebenaran ini penting untuk ditekankan ketika Gereja sedang ditubuhkan?

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 75–79

Tatacara kudus adalah bahagian penting dari Gereja yang dipulihkan.

Ketika Gereja diorganisasikan, Tuhan mengajar para Orang suci tentang tatacara kudus, termasuklah baptisan dan sakramen. Semasa anda membaca arahan “tentang cara pembaptisan” dalam ayat 37, fikirkan tentang pembaptisan anda sendiri. Adakah anda mempunyai apa-apa perasaan yang diterangkan dalam ayat ini? Adakah anda mempunyainya sekarang? Perhatikan apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda “suatu keazaman untuk melayani [Yesus Kristus] sampai akhir.”

Semasa anda membaca tentang sakramen dalam Ajaran dan Perjanjian 20:75–79, cuba baca doa-doa kudus ini dari perspektif seseorang yang mendengarnya buat kali pertama. Apakah pandangan anda tentang sakramen? mengenai diri anda? Bagaimana mungkin pandangan ini mempengaruhi cara anda mempersiapkan diri untuk mengambil sakramen minggu ini?

Imej
diaken mengedarkan sakramen

Sakramen adalah tatacara yang kudus.

Ajaran dan Perjanjian 20:38–60

Pelayanan keimamatan memberkati ahli Gereja dan keluarga mereka.

Jika seseorang meminta anda menamakan tugas-tugas pemegang imamat, apakah yang akan anda katakan? Bacalah Ajaran dan Perjanjian 20:38–60, yang menyenaraikan tugas-tugas dari pelbagai pejabat imamat. Adakah apa-apa dalam ayat-ayat ini yang mengubah cara anda berfikir tentang tugas imamat dan bagaimana Juruselamat melakukan pekerjaan-Nya? Bagaimana anda diberkati oleh pekerjaan yang diterangkan dalam ayat-ayat ini?

Untuk mengetahui tentang bagaimana wanita menjalankan wewenang imamat dalam pekerjaan Gereja, lihat Dallin H. Oaks, “The Keys and Authority of the Priesthood,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 49–52.

Ajaran dan Perjanjian 21

Gereja Yesus Kristus dipimpin oleh seorang nabi yang hidup.

Apakah yang anda pelajari daripada Ajaran dan Perjanjian 21:4–9 mengenai kata-kata para nabi Tuhan? Pertimbangkan janji-janji yang dijelaskan dalam ayat 6 untuk mereka yang menerima firman Tuhan melalui nabi-Nya Apakah makna janji-janji ini kepada anda?

Bagaimanakah anda dapat menerima kata-kata nabi yang hidup “seolah-olah daripada mulut [Tuhan] sendiri”? (ayat 5). Nasihat apa yang diberikan oleh nabi hari ini yang boleh membawa kepada berkat-berkat yang dijanjikan dalam ayat 6?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 20.Apa yang akan kita katakan jika seseorang bertanya kepada kita mengapa kita memerlukan Gereja? Apakah jawapan yang kita temui dalam Ajaran dan Perjanjian 20? Lihat juga D. Todd Christofferson, “Apakah Tujuan Gereja,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 108–11.

Ajaran dan Perjanjian 20:69.Apa ertinya “berjalan dalam kekudusan di hadapan Tuhan”? Mungkin menyeronokkan bagi ahli keluarga untuk melukis atau menulis di atas kertas beberapa hal yang dapat membantu mereka berjalan dalam kekudusan atau hal yang dapat mengalih perhatian mereka daripada berbuat demikian. Kemudian mereka boleh membuat jalan menggunakan kertas dan cuba berjalan di atasnya, melangkah hanya pada lukisan yang akan membawa mereka kepada Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 71–74.Sekiranya seseorang dalam keluarga anda belum dibaptiskan, ayat-ayat ini boleh membawa kepada perbincangan tentang cara mempersiapkan untuk pembaptisan (lihat ayat 37) dan bagaimana pembaptisan dilakukan (lihat ayat 71–74). Ahli keluarga boleh berkongsi gambar atau kenangan dari hari pembaptisan mereka.

Ajaran dan Perjanjian 20:75–79.Bagaimanakah keluarga anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk bersedia bagi pengalaman yang bermakna dan penuh takzim dengan sakramen? Ayat-ayat ini mungkin mencadangkan hal-hal yang boleh anda renungkan semasa sakramen, dan ahli keluarga dapat mencari atau melukis gambar hal-hal tersebut. Sebaiknya, anda boleh membawa gambar-gambar tersebut ke pertemuan sakramen anda yang akan datang sebagai peringatan tentang apa yang perlu difikirkan semasa sakramen.

Ajaran dan Perjanjian 21:4–7.Pertimbangkan untuk menjemput ahli keluarga untuk mencari perkataan dan ayat dalam ayat 4–5 yang mengajar kita tentang mengikuti nabi Tuhan. Apakah ertinya untuk menerima kata-kata nabi dalam kesabaran? dalam iman? Bilakah kita telah menerima berkat-berkat yang dijanjikan dalam ayat 6?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 48.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengikut kehidupan Juruselamat. “Kekuatan Juruselamat untuk mengajar dan mengangkat orang lain datang dari cara Dia menjalani hidup dan orang macam apa Dia adanya. Semakin tekun anda berusaha untuk hidup seperti Yesus Kristus, semakin mampu anda mengajar seperti Dia” (Teaching in the Savior’s Way, 13).

Imej
Oliver Cowdery mentahbis Joseph Smith

Oliver Cowdery Mentahbis Joseph Smith, oleh Walter Rane

Cetak