Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29: “Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat–Nya”


“22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29: ‘Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat–Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Yesus berdiri di depan orang ramai yang sedang berlutut

Every Knee Shall Bow, oleh J. Kirk Richards

22–28 Mac

Ajaran dan Perjanjian 29

Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat–Nya

Salah satu tujuan mengkaji tulisan suci ialah untuk mempelajari ajaran, atau kebenaran injil yang penting untuk keselamatan kita. Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 29 minggu ini, carilah pandangan ajaran yang bermakna untuk anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Meskipun Gereja Yesus Kristus telah ditubuhkan pada tahun 1830, banyak kebenaran Injil masih diungkap, dan beberapa ahli Gereja awal mempunyai pertanyaan. Mereka telah membaca nubuat dalam Kitab Mormon mengenai pengumpulan Israel dan pembinaan Sion (lihat 3 Nefi 21). Bagaimanakah ia berlaku? Wahyu yang Hiram Page dakwa telah menerima menyatakan tentang subjek itu, dan ia meningkatkan rasa ingin tahu para ahli (lihat Ajaran dan Perjanjian 28). Orang lain tertanya-tanya tentang Kejatuhan Adam dan Hawa dan kematian rohani. Tuhan menyambut soalan-soalan ini pada tahun 1830: “Apa pun yang kamu minta dalam iman,” Dia memberitahu para Orang suci, “dipersatukan dalam doa menurut perintah-Ku, akan kamu terima” (Ajaran dan Perjanjian 29:6). Dan Dia menyambut soalan kita hari ini; Dia hanya menunggu kita untuk bertanya kepada-Nya dalam doa. Malah, seperti wahyu ajaran yang kaya dalam Ajaran dan Perjanjian 29 tunjukkan, Dia kadang-kadang bertindak balas dengan menyampaikan kebenaran dan pengetahuan melangkaui soalan-soalan yang kita tanyakan.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 29

Bapa Syurgawi menyediakan rancangan sempurna untuk permuliaan kita.

Ajaran dan Perjanjian 29 mengajar banyak kebenaran tentang rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya. Semasa anda membaca, cari kebenaran yang anda pelajari mengenai setiap bahagian rancangan berikut:

Apakah pandangan baru yang anda terima? Bagaimanakah kehidupan anda akan berbeza jika anda tidak tahu akan kebenaran-kebenaran ini?

Anda boleh mengkaji lebih lanjut tentang rancangan Bapa Syurgawi di dalam “Rancangan Keselamatan” (Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Pelayanan Penginjilan, rev. ed. [2018], ChurchofJesusChrist.org/manual/missionary).

Ajaran dan Perjanjian 29:1–8

Yesus Kristus akan mengumpulkan umat-Nya sebelum Kedatangan Kedua-Nya.

Yesus Kristus berbicara tentang mengumpul umat-Nya “seperti seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya” (Ajaran dan Perjanjian 29:2). Apakah yang gambaran ini ajarkan anda tentang hasrat Juruselamat untuk mengumpulkan anda? Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 29:1–8, carilah pandangan tentang mengapa kita dikumpulkan, siapa yang akan mengumpulkan, dan bagaimana kita dapat membantu mengumpulkan “umat pilihan” (ayat 7).

Pada zaman kita, berkumpul di Sion bermaksud bersatu di dalam pancang-pancang Sion di seluruh dunia. Bagaimanakah berkumpul sebagai Orang suci membantu kita “bersedia dalam segala hal” untuk kesengsaraan yang akan datang sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat? (ayat 8; lihat juga ayat 14–28).

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:10; Russell M. Nelson dan Wendy W. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018, ChurchofJesusChrist.org).

Imej
ayam betina dan anak-anak ayam

Betapa Kerap Kali, oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 29:31–35

“Segala sesuatu bagi-Ku adalah rohani.”

Dalam erti kata apakah semua perintah-perintah adalah rohani? Apakah yang mengetahui bahawa semua perintah adalah rohani mengajar anda tentang tujuan perintah-perintah? Anda mungkin boleh menyenaraikan beberapa perintah dan mempertimbangkan asas-asas rohani yang berkaitan dengan setiap satu.

Apakah yang mungkin berubah jika anda mencari maksud atau tujuan rohani dalam tugasan harian anda, bahkan yang kelihatan duniawi atau biasa?

Lihat juga Roma 8:6; 1 Nefi 15:30–32.

Ajaran dan Perjanjian 29:36–50

Yesus Kristus menebus kita dari Kejatuhan.

Wahyu ini dibuka dengan Tuhan memperkenalkan diri-Nya sebagai Penebus kita, yang telah “menebus dosa-dosa [kita]” (ayat 1). Wahyu ini menerangkan beberapa sebab mengapa kita memerlukan seorang Penebus. Pertimbangkan bagaimana anda menggunakan ayat 36–50 untuk menjelaskan mengapa kita memerlukan penebusan melalui Juruselamat Yesus Kristus. Dalam banyak tradisi agama, Kejatuhan dilihat sebagai suatu yang tragedi; apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang mengajar hasil positif Kejatuhan? (Lihat juga 1 Korintus 15:22; 2 Nefi 2:6–8, 15–29; Mosia 3:1–19; Musa 5:9–12.)

Imej
Ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 29.Anda boleh menggunakan gambaran pada akhir garis panduan ini bersama Ajaran dan Perjanjian 29 untuk mengajar keluarga anda mengenai rancangan keselamatan. Sebagai contoh, ahli keluarga dapat mengetahui bahagian-bahagian rancangan yang berlainan dengan membaca dan membincangkan ayat-ayat yang dicadangkan. Mereka boleh mencari kebenaran tambahan dalam Gospel Topics (topics.ChurchofJesusChrist.org) atau Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Tuliskan apa yang anda pelajari. Mengapakah kita bersyukur kerana mengetahui tentang rancangan keselamatan? Bagaimanakah mengetahui tentangnya mempengaruhi kehidupan harian kita?

Ajaran dan Perjanjian 29:2, 7–8.Apakah maksud dikumpulkan oleh Juruselamat? Bagaimanakah kita dapat membantu-Nya untuk mengumpulkan umat pilihan?

Ajaran dan Perjanjian 29:3–5.Apakah yang kita pelajari mengenai Juruselamat dalam ayat-ayat ini yang membantu kita “angkatlah hati [kita] dan bergembiralah”? (ayat 5).  

Ajaran dan Perjanjian 29:34–35.Membaca ayat-ayat ini boleh memberi peluang kepada keluarga anda untuk bercakap tentang sebab-sebab rohani di sebalik beberapa perintah atau nasihat nabi yang anda cuba ikuti. Contohnya, mengapakah Tuhan hendak kita membaca tulisan suci sebagai sebuah keluarga? Apakah manfaat rohani yang telah kita lihat dari mematuhi perintah?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Israel, Tuhanmu Memanggil,” Nyanyian Rohani, no. 7.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Carikan Yesus Kristus. Tulisan suci mengajarkan kita bahawa semua ciptaan Tuhan bersaksi tentang Yesus Kristus (lihat Musa 6:62–63), carilah Dia semasa anda membaca tulisan suci. Pertimbangkan untuk mencatat atau menandakan ayat yang mengajar tentang-Nya.

Cetak