Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29: “Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya”


“22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29: ‘Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Imej
Yesus berdiri di hadapan orang ramai yang sedang berlutut

Setiap Lutut Akan Bertekuk, oleh J. Kirk Richards

22–28 Mac

Ajaran dan Perjanjian 29

Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya

Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajar, dan terdapat banyak kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 29 yang boleh memberkati mereka. Ikuti ilham Roh semasa anda mengkaji bahagian 29, dan catatkan tanggapan tentang bagaimana anda akan mengajar kanak-kanak kebenaran ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk menjemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi beberapa cara mereka belajar injil di rumah—secara individu atau dengan keluarga mereka. Jemput satu atau lebih kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka tentang sesuatu yang mereka pelajari di rumah minggu ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 29:1–2

Yesus Kristus akan mengumpulkan umat-Nya sebelum Dia datang lagi.

Kita dikumpulkan oleh Juruselamat apabila kita menerima dan mengikuti ajaran-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Biarkan kanak-kanak mewarna halaman aktiviti minggu ini.  

  • Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 29:1–2, lakonkan analogi Kristus mengumpulkan umat-Nya “bagaikan seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya.” Seorang kanak-kanak boleh berpura-pura menjadi ayam betina dan memilih sudut bilik untuk berdiri. Apabila dia “berketak-ketak,” minta semua kanak-kanak berkumpul di sekeliling dia. Kanak-kanak boleh mengambil giliran menjadi ayam betina. Pegang gambar Juruselamat dan jemput kanak-kanak untuk berkumpul kepada-Nya. Kongsi dengan kanak-kanak bagaimana Yesus membantu kita ketika kita berkumpul kepada-Nya.

    Imej
    ayam betina dan anak ayam

    Sudah Berapa Kali, oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 29:2–11

Saya boleh bersedia untuk berjumpa dengan Juruselamat.

Suatu hari nanti, setiap daripada kita akan berada di hadapan Yesus Kristus. Walaupun hari itu mungkin jauh di masa depan, kanak-kanak masih boleh berfikir tentang apakah perasaannya dan bagaimana mereka boleh bersedia untuknya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Kedatangan Kedua (lihat Buku Seni Injil, no. 66), dan bantu seorang kanak-kanak membaca Ajaran dan Perjanjian 29:11. Bantu kanak-kanak mengenali frasa dalam tulisan suci yang menggambarkan apa yang mereka lihat dalam gambar. Konsgi dengan kanak-kanak bagaimana perasaan anda tentang Yesus Kristus yang datang ke bumi lagi.

  • Sebagai kelas, nyanyikan lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-anak, 46). Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar perkara yang mereka boleh lakukan untuk menyediakan diri untuk berjumpa dengan Juruselamat dan hidup bersama Dia selamanya (lihat Buku Seni Injil untuk beberapa idea). Bantu mereka mencari cara lain untuk bersedia dalam Ajaran dan Perjanjian 29:2–10.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 29

Bapa Syurgawi menyediakan rancangan keselamatan untuk saya.

Lebih banyak kanak-kanak tahu tentang rancangan keselamatan Tuhan, semakin dia dapat beriman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk mengikuti rancangan itu. Apakah bahagian rancangan yang anda rasa diilhami untuk fokuskan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta beberapa kanak-kanak untuk berkongsi contoh masa ketika mereka mempunyai rancangan, seperti untuk perjalanan atau untuk menyelesaikan tugas. Anda juga boleh berkongsi contoh rancangan, seperti kalendar dengan aktiviti yang ditulis di atasnya atau arahan untuk membuat sesuatu. Mengapakah rancangan adalah berguna? Kongsi dengan kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi mempunyai rancangan yang akan membolehkan kita menjadi seperti Dia.

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami rancangan Tuhan, buat tanda-tanda dengan istilah ini: kehidupan pra-fana, Penciptaan, Kejatuhan, hidup di bumi, dan Kedatangan Kedua. Selepas menjelaskan setiap istilah (lihat Ajaran dan Perjanjian 29:9–45), berikan setiap tanda kepada kanak-kanak yang berbeza, dan minta mereka berdiri dalam urutan yang betul untuk menunjukkan bila setiap peristiwa berlaku dalam rancangan Bapa Syurgawi. Setiap kanak-kanak boleh berkongsi apa yang dia tahu tentang apa yang ada pada tandanya. Bantu kanak-kanak melihat bagaimana mengetahui tentang rancangan Bapa Syurgawi membantu kita menjadi lebih seperti Dia dan Juruselamat.

  • Gunakan satu atau lebih dari aktiviti-aktiviti di bawah untuk mengajar kebenaran tentang rancangan dan bagaimana ini berkaitan dengan kita. Pertimbangkan untuk meminta beberapa kanak-kanak untuk bersiap sedia membantu anda mengajar.

    • Hak pilihan. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi telah memberikan kita kurnia hak pilihan—kebebasan untuk memilih—dan kita bertanggungjawab ke atas pilihan kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 29:39–40). Buat dua tanda untuk setiap kanak-kanak: satu mewakili membuat pilihan yang baik (contohnya, wajah tersenyum) dan satu mewakili membuat pilihan yang tidak baik (contohnya, wajah sedih). Kongsi contoh pilihan yang baik dan pilihan yang tidak baik, dan minta kanak-kanak menaikkan tanda yang betul. Minta kanak-kanak untuk berkongsi berkat yang datang ketika kita mengikuti Yesus Kristus. Mengapakah Bapa Syurgawi membenarkan kita membuat pilihan kita sendiri?

    • Perintah-perintah. Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai di papan tulis beberapa perintah. (Contohnya, mereka boleh mencari Keluaran 20:3–17 dan Buku Seni Injil, 103–15.) Mengapakah Bapa Syurgawi memberi kita perintah? Apakah yang kita pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 29:35 mengenai perintah Bapa Syurgawi?

    • Korban Tebusan Yesus Kristus. Bantu kanak-kanak melihat bahawa Bapa Syurgawi menyediakan jalan bagi kita untuk diampuni apabila kita membuat pilihan yang salah. Minta setiap kanak-kanak membaca salah satu ayat dalam Ajaran dan Perjanjian 29:1, 42–43 dan berkongsi apa yang diajar tentang Korban tebusan Juruselamat. Cari cara yang kreatif untuk menjemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka jumpa, seperti dalam urutan hari lahir mereka, atau yang paling pendek hingga paling tinggi, dan sebagainya.

Ajaran dan Perjanjian 29:1–2

Yesus Kristus akan mengumpulkan umat-Nya sebelum Dia datang lagi.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar teruja tentang membantu pengumpulan Israel?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 29:1–2 dan cari apakah yang Tuhan bandingkan diri-Nya. Apakah yang dibayangkan oleh kanak-kanak apabila mereka membaca perbandingan ini? Apakah yang Tuhan katakan yang kita mesti lakukan untuk dikumpulkan oleh-Nya?

  • Salah satu cara untuk membuat kanak-kanak teruja dengan pengumpulan ini adalah untuk berkongsi cerita seseorang yang menyertai Gereja. Contohnya, siapakah yang memperkenalkan keluarga anda kepada Gereja? Pertimbangkan untuk meminta kanak-kanak terlebih dahulu untuk mengetahui tentang ahli Gereja yang pertama dalam keluarga mereka dan berkongsi ceritanya dengan kelas.

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai cara mereka dapat membantu orang berkumpul kepada Juruselamat. Contohnya, mereka boleh menjemput kawan-kawan atau ahli keluarga ke aktiviti Sekolah Primer atau ke malam keluarga mereka.

  • Fasal-Fasal Kepercayaan yang ke-sepuluh bercakap mengenai pengumpulan Israel. Adakah mana-mana kanak-kanak menghafal Fasal-Fasal Kepercayaan ini? Sekiranya ada, jemput dia untuk membacanya untuk kelas. Jika tiada, bantu mereka menetapkan matlamat untuk menghafalnya.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menuliskan kebenaran yang mereka pelajari di kelas. Minta beberapa idea tentang apa yang mereka akan lakukan untuk berkongsi kebenaran ini dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tumpukan perhatian. Perhatikan bagaimana kanak-kanak di kelas anda bertindak balas terhadap aktiviti pembelajaran. Jika mereka menjadi resah, ia mungkin masa untuk bergerak ke aktiviti lain atau berjalan-jalan. Jika anda mendapati bahawa kanak-kanak sedang melibatkan diri dan belajar, jangan rasa tertekan untuk bergerak ke aktiviti lain.

Cetak