Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 Mac. Ajaran dan Perjanjian 23–26: “Menguatkan Gereja”


“8–14 Mac. Ajaran dan Perjanjian 23–26: ‘Menguatkan Gereja,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 Mac. Ajaran dan Perjanjian 23–26,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Emma Smith

8–14 Mac

Ajaran dan Perjanjian 23–26

“Menguatkan Gereja”

Semasa anda bersedia untuk mengajar, pertimbangkan idea aktiviti dalam kedua-dua bahagian “Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dan “Kanak-kanak yang Lebih Besar.”

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Emma Smith (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu mengenainya, termasuk perkara yang mereka mungkin pelajari dari mengkaji Ajaran dan Perjanjian 25 minggu lalu ini. “Chapter 13: Joseph and Emma” (Doctrine and Covenants Stories, 51–55) boleh membantu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 23:6; 26:1

Tuhan mahu saya berdoa dan belajar dari kitab suci setiap hari.

Tuhan menasihati para pemimpin awal dan kawan-kawan Gereja untuk berdoa (lihat Ajaran dan Perjanjian 23:6) dan mengkaji kitab suci (lihat Ajaran dan Perjanjian 26:1). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak menjadikan doa dan tulisan suci sebahagian dari kehidupan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak dari Ajaran dan Perjanjian 23:6, bermula dengan “kamu mesti berdoa.” Bantu mereka mengenal pasti cara dan tempat yang berbeza yang Tuhan berkata kita harus berdoa. Jemput mereka untuk melukis gambar diri mereka berdoa dalam salah satu cara atau tempat itu.

  • Jika perlu, terangkan kepada kanak-kanak bagaimana berdoa. Nyanyi lagu tentang doa.

  • Baca kepada kanak-kanak, “Membiarkan waktumu diabdikan untuk pengkajian tulisan suci,” (Ajaran dan Perjanjian 26:1). Beritahu mereka mengapa anda mengkaji tulisan suci. Bantu mereka memikirkan cara mereka boleh belajar dari tulisan suci, walaupun mereka belum boleh membaca lagi.

  • Nyanyi bersama “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-anak, 66) atau lagu lain mengenai doa dan kajian tulisan suci. Bantu kanak-kanak mencari berkat yang dijanjikan dalam lagu. Beritahu mereka tentang perasaan rohani yang anda miliki semasa berdoa dan membaca tulisan suci.

Ajaran dan Perjanjian 25:11–12

Yesus menyukai “nyanyian hati.”

Tuhan berkata bahawa muzik kudus “menyenangkan bagi-Ku.” Bantu kanak-kanak melihat nyanyian bukan sahaja aktiviti yang menyeronokkan tetapi juga cara untuk menyembah Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput setiap kanak-kanak untuk berkongsi lagu rohani atau lagu Gereja kegemarannya, dan bernyanyi bersama. Baca Ajaran dan Perjanjian 25:12 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk membayangkan bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus rasa ketika Mereka mendengar kita menyanyikan lagu-lagu ini.

  • Ajar kanak-kanak lagu mengenai nyanyian, seperti “Angkat Suara Dan Nyanyilah” (Buku Nyanyian Anak-anak, 124), atau lagu mengenai Yesus Kristus, seperti “Dia Mengutus PutraNya” (Buku Nyanyian Anak-anak, 20). Jemput mereka menyanyikan lagu itu dengan keluarga mereka minggu ini.

    Imej
    kanak-kanak menyanyi

    Menyanyi adalah salah satu cara kita dapat menunjukkan kasih kita kepada Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 25:13, 15

Saya boleh bersedia untuk membuat perjanjian kudus.

Kanak-kanak yang anda ajar bersedia untuk membuat perjanjian pertama mereka dengan Bapa Syurgawi apabila mereka dibaptiskan. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka melihat betapa bernilainya perjanjian kita?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 25:13 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa perkataan “pautkanlah” dalam ayat ini bermaksud untuk memegang teguh pada sesuatu. Untuk membantu mereka memahami, hulurkan sesuatu yang pepejal, seperti batu (atau batang besi), ke sekeliling bilik dan jemput kanak-kanak untuk memegang objek itu dengan sekuat yang mereka boleh. Jelaskan bahawa berpaut kepada perjanjian kita bermaksud memegang (atau mentaati) janji-janji yang kita buat dengan Bapa Syurgawi dan tidak akan pernah melepaskan (atau tidak akan pernah menyerah).

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak tentang masa-masa ketika kita membuat perjanjian dengan Bapa Syurgawi. Baca Ajaran dan Perjanjian 25:15, dan jelaskan bahawa “mahkota kebenaran” mewakili berkat kembali untuk hidup dengan Tuhan, Raja Syurgawi kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 23:3–7; 25:7

Yesus mahu saya menguatkan orang-orang di sekeliling saya.

Ketika Gereja mula-mula diaturkan, terdapat tidak banyak ahli gereja. Tuhan meminta Orang Suci untuk membangun Gereja dengan berkongsi injil dan menguatkan satu sama lain. Kita boleh melakukan perkara yang sama pada hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk mencari setiap contoh perkataan “mendorong,” dan “dorong” dalam Ajaran dan Perjanjian 23:3–7; 25:7. Bantu mereka mentakrifkan perkataan ini. Bagaimanakah mendorong seseorang menguatkan mereka? Jemput kanak-kanak untuk lakon peranan “mendorong” seseorang tetapi melakukannya dengan kasih.

  • Bagaimanakah kita dapat melakukan lebih baik dalam kerja memperkuatkan ahli-ahli Gereja yang lain? Untuk menggambarkan asas ini, berikan satu kanak-kanak satu tugas yang memerlukan banyak pembantu. Kemudian minta kanak-kanak lain untuk membantu, dan bincangkan bagaimana tugas itu menjadi mudah. Kongsi pengalaman di mana anda diperkuatkan oleh pelayanan ahli Gereja yang lain.

Ajaran dan Perjanjian 24:1, 8

Penyelamat boleh mengangkat saya “keluar dari kesengsaraan [saya].”

Joseph Smith menderita banyak cubaan, tetapi dia dapat “bersabar dalam kesengsaraan” kerana Tuhan berjanji bahawa Dia akan sentiasa bersamanya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menyenaraikan beberapa masalah atau cabaran yang dihadapi oleh Joseph Smith dan Orang Suci awal yang lain (lihat “Chapter 11: More People Join the Church,” Doctrine and Covenants Stories, 46–47, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Kemudian jemput mereka untuk mencari apa yang Tuhan katakan kepada Joseph mengenai kesengsaraannya dalam Ajaran dan Perjanjian 24:1, 8. Bagaimanakah kita boleh mencari bantuan Juruselamat ketika kita mengalami masa yang sukar?

  • Untuk mengajar kanak-kanak yang kadangkala kita perlu “bersabarlah dalam kesengsaraan [kita].” Minta kanak-kanak memikirkan sesuatu yang mereka mahu tetapi perlu menunggu untuknya. Mengapakah Tuhan kadangkala mahu kita bersabar dalam masa-masa yang mencabarkan dalam kehidupan kita? Bagaimanakah Dia memberitahu kita bahawa Dia “bersama [kita]” semasa kesengsaraan kita?

Ajaran dan Perjanjian 25:13

Saya boleh “pautkanlah diri pada perjanjian-perjanjian” saya telah buat.

Tidak lama selepas Emma Smith dibaptiskan, Tuhan memberitahu dia, “Pautkanlah diri pada perjanjian-perjanjian yang telah engkau buat.” Pertimbangkan bagaimana nasihat ini dapat memberkati kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 25:13, dan tanyakan kepada kanak-kanak apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini untuk “pautkanlah diri pada perjanjian-perjanjian” yang kita buat. Untuk menggambarkannya, hulurkan objek yang dipasangkan bersama dengan kuat dan biarkan kanak-kanak cuba mengasingkannya. Mengapakah perkataan “pautkanlah” satu perkataan yang baik untuk menggambarkan bagaimana kita harus rasa tentang perjanjian kita?

  • Jika perlu, kaji semula dengan kanak-kanak perjanjian yang kita buat ketika kita dibaptiskan (lihat Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:37). Apakah maksudnya “pautkanlah” kepada perjanjian-perjanjian ini?

  • Kaji semula bersama beberapa perkara yang anda ketahui tentang kehidupan Emma Smith (lihat “Chapter 13: Joseph and Emma” [Doctrine and Covenants Stories, 51–55], atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Beri setiap kanak-kanak satu atau dua ayat dari bahagian 25, dan jemput mereka untuk berkongsi bagaimana nasihat dan tugas daripada Tuhan membantu Emma “pautkanlah kepada perjanjian-perjanjian” yang dia telah buat. Bagaimanakah kita dapat mengikuti contohnya?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memilih ayat kegemaran yang anda bincangkan bersama, tulis rujukan itu, dan kongsi dengan ahli keluarga atau kawan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan ketakziman. Bantu kanak-kanak memahami bahawa aspek ketakziman yang penting adalah memikirkan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Anda boleh mengingatkan mereka untuk menunjukkan ketakziman dengan menyanyi secara senyap atau memaparkan gambar Yesus.

Cetak