Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28: “Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur”


“15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28: ‘Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Joseph Smith

15–21 Mac

Ajaran dan Perjanjian 27–28

“Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur”

Kebenaran-kebenaran yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 27–28 boleh menguatkan kesaksian kanak-kanak yang anda ajar. Semasa anda mempertimbangkan keperluan kanak-kanak, apakah kebenaran yang anda diilhami untuk fokus dalam kelas?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Nabi Joseph Smith dan gambar nabi terkini. Jemput kanak-kanak menamakan orang-orang dalam gambar dan berkongsi perkara yang dilakukan oleh para nabi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 27:1–2

Sakramen membantu saya mengingati Yesus Kristus.

Kanak-kanak kecil boleh belajar kepentingan sakramen dan mencari cara untuk mengingati Juruselamat semasa tatacara kudus ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Yesus memberi sakramen kepada para Rasul-Nya (lihat Buku Seni Injil, no. 54). Apakah perasaannya untuk mengambil sakramen dengan Juruselamat? (lihat Ajaran dan Perjanjian 27:5). Baca Ajaran dan Perjanjian 27:2, bermula dengan “mengingati kepada Bapa,” dan minta kanak-kanak mendengar apa yang Juruselamat ingin kita mengingati ketika kita mengambil sakramen.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa roti dan air dan gambar Juruselamat. Biarkan kanak-kanak memegang gambar itu semasa anda mengajar mereka bahawa sakramen membantu kita mengingati Yesus Kristus.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka boleh lakukan untuk mengingati Yesus semasa sakramen. Apakah yang dilakukan oleh keluarga mereka untuk membantu satu sama lain menjadi takzim? Jemput kanak-kanak melukis gambar yang mereka boleh lihat selama sakramen untuk membantu mereka mengingati Juruselamat.

Ajaran dan Perjanjian 27:15–18

Perlengkapan perang Tuhan boleh melindungi saya.

Fikirkan cara anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar melihat bagaimana mematuhi perintah seperti seperti memakai perlengkapan perang Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak satu gambar perlengkapan perang (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 27:15–18, bantu kanak-kanak mencari kepingan perisai pada gambar. Beritahu kanak-kanak bagaimana perlengkapan perang Tuhan telah membantu anda “menghadapi hari yang jahat,” (ayat 15).

  • Rangka panduan untuk Efesus dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 mempunyai halaman aktiviti mengenai perlengkapan perang Tuhan. Potong perlengkapan perang, dan biarkan kanak-kanak menyusunnya semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 27:15–18. Bantu kanak-kanak memahami perkara yang mereka boleh lakukan untuk memakai perlengkapan perang Tuhan, seperti berdoa, memilih yang benar, melayani orang lain, dan sebagainya.

    Imej
    kanak-kanak sedang berdoa

    Saya boleh memakai perlengkapan perang Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 28:2, 6–7

Nabi memimpin Gereja.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu mengapa kita mempunyai nabi? Gunakan Ajaran dan Perjanjian 28 untuk membantu mereka mengetahui bahawa nabi adalah satu-satunya yang boleh memimpin Gereja.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca atau ceritakan dalam kata-kata anda sendiri laporan Hiram Page (lihat “Chapter 14: The Prophet and Revelations for the Church,” Doctrine and Covenants Stories, 56–57). Kongsi kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus memilih Joseph Smith untuk memimpin Gereja pada zamannya (lihat Ajaran dan Perjanjian 28:2). Kongsi kesaksian anda bahawa nabi sekarang dipanggil untuk membantu Tuhan memimpin Gereja-Nya pada zaman kita.

  • Minta kanak-kanak bermain “mengikuti pemimpin”—seorang kanak-kanak boleh berdiri di depan bilik, dan kanak-kanak lain boleh meniru apa yang dia lakukan. Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang mengapa kita mengikuti nabi. Anda boleh menunjukkan gambar Yesus Kristus dan menekankan bahawa kita mengikuti nabi kerana dia mengikuti Juruselamat dan bercakap kata-kata Juruselamat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 27:1–2

Sakramen membantu saya mengingati Yesus Kristus.

Bagaimanakah pembelajaran tentang asas dalam Ajaran dan Perjanjian 27:1–2 membantu kanak-kanak yang anda ajar mempunyai pengalaman yang lebih bermakna dalam mengambil sakramen?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk menuliskan perkara yang mereka fikir Juruselamat ingin mereka tahu tentang sakramen. Jika perlu, mereka boleh baca “Sakramen” di Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Biarkan mereka berkongsi beberapa perkara yang mereka tulis, dan minta mereka tambahkan kepada senarai mereka selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 27:1–2. Bagaimanakah perkara-perkara dalam senarai mereka mempengaruhi bagaimana mereka mengambil sakramen setiap hari Ahad?

  • Bantu kanak-kanak berfikir tentang apa yang dimaksudkan untuk mengambil sakramen “dengan suatu tumpuan mata yang satu pada kemuliaan [Tuhan]” (ayat 2). Bincangkan soalan-soalan seperti berikut: Apakah beberapa gangguan mata atau fikiran yang mengganggu tumpuan kita pada waktu sakramen? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menumpukan perhatian kita pada Juruselamat ketika kita mengambil sakramen? Bagaimanakah ini akan membantu kita mengikuti Dia setiap hari?

Ajaran dan Perjanjian 27:15–18

Perlengkapan perang Tuhan membantu saya menahan kejahatan.

Kanak-kanak yang anda ajar akan menghadapi banyak pengaruh jahat sepanjang hidup mereka. Bapa Syurgawi mahu membantu mereka menahan kejahatan. Bagaimana anda boleh mengilhami mereka untuk memakai perlengkapan perang Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 27:15–18 dan lukiskan bahagian perlengkapan perang yang disebutkan (jika perlu, mereka boleh merujuk kepada gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Apakah perkataan yang menggambarkan setiap perlengkapan perang ajar kita tentang apa yang kita perlukan untuk melawan kejahatan di sekeliling kita (contohnya, kesolehan, iman, keselamatan, dan sebagainya)?

  • Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang perkara yang mereka boleh lakukan untuk menahan godaan di sekeliling mereka. Minta mereka untuk menyelesaikan ayat “Kita memakai perlengkapan perang Tuhan setiap hari dengan …” dengan idea mereka. Bantu mereka melihat bagaimana usaha mereka untuk datang kepada Kristus membantu mereka memakai perlengkapan perang Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 28:1–7, 15

Bapa Syurgawi membimbing saya melalui Roh Kudus.

Ajaran dan Perjanjian 28:1–7, 15 boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa setiap orang boleh dibimbing oleh Roh Kudus, tetapi wahyu untuk Gereja akan selalu diberikan melalui nabi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menanya ibu bapa mereka jika mereka dapat mengajar pelajaran malam keluarga tentang sesuatu yang mereka pelajari di kelas.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan musik. Lagu Sekolah Primer dan lagu rohani dapat membantu kanak-kanak dari semua peringkat umur memahami dan menghayati kebenaran injil dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Ia juga boleh membuat kanak-kanak melibatkan diri dalam pembelajaran dengan aktif.

Cetak