Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28: “Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur”


“15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28: ‘Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Joseph Smith

15–21 Mac

Ajaran dan Perjanjian 27–28

“Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur”

Elder D. Todd Christofferson berkata semasa anda mengkaji tulisan suci dan mencatat tanggapan, “anda akan memberi tempat dalam hatimu untuk firman Tuhan, dan Dia akan berbicara kepada anda” (“When Thou Art Converted,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 11).

Mencatat Tanggapan Anda

Wahyu masih merupakan konsep yang agak baru bagi Orang suci semasa Pemulihan terus berkembang. Ahli-ahli Gereja awal tahu bahawa Nabi Joseph Smith boleh menerima wahyu untuk Gereja, tetapi bolehkah orang lain? Soalan-soalan seperti ini menjadi kritikal apabila Hiram Page, salah seorang daripada Lapan Saksi kepingan-kepingan emas, percaya bahawa dia telah menerima wahyu untuk Gereja. Banyak Orang suci yang percaya bahawa wahyu-wahyu ini adalah dari Tuhan. Tuhan membalas dengan mengajar bahawa dalam Gereja-Nya “segala hal mesti dilakukan dengan teratur” (Ajaran dan Perjanjian 28:13), yang bermaksud hanya seorang yang “ditetapkan untuk menerima perintah dan wahyu” untuk seluruh Gereja (Ajaran dan Perjanjian 28:2). Walaupun demikian, orang lain boleh menerima wahyu peribadi untuk bahagian mereka dalam pekerjaan Tuhan. Malah, firman Tuhan kepada Oliver Cowdery adalah satu peringatan kepada kita semua: “Ia akan diberikan kepadamu … apa yang engkau harus lakukan” (Ajaran dan Perjanjian 28:15).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 27:1–4

Saya harus mengambil sakramen dengan suatu tumpuan mata yang satu pada kemuliaan Tuhan.

Sally Knight dan Emma Smith dibaptiskan pada bulan Jun 1830, tetapi penetapan mereka telah diganggu oleh perusuh. Dua bulan kemudian, Sally dan suaminya, Newel, datang melawat Emma dan Joseph, dan diputuskan bahawa penetapan perlu dilaksanakan sekarang dan kumpulan itu akan mengambil sakramen bersama. Semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan wain untuk sakramen, Joseph dihentikan oleh seorang malaikat. Apakah yang diajar oleh malaikat tentang sakramen? (lihat Ajaran dan Perjanjian 27:1–4).

Apakah yang ayat-ayat ini mengajar anda tentang bagaimana Juruselamat ingin anda mengambil sakramen? Apakah yang anda rasa diilhami untuk lakukan disebabkan oleh apa yang anda pelajari?

Imej
roti dan cawan sakramen

Sakramen mengingatkan kita tentang pengorbanan Juruselamat.

Ajaran dan Perjanjian 27:15–18

Perlengkapan perang Tuhan akan membantu saya bertahan daripada kejahatan.

Presiden M. Russell Ballard berkata: “Tidak ada satu perkara besar dan hebat yang dapat kita lakukan untuk melindungi diri kita secara rohani. Kekuatan rohani yang sebenar terletak pada pelbagai perbuatan yang lebih kecil yang ditenun bersama dengan bahan benteng rohani yang melindungi dan memperisai semua kejahatan” (“Be Strong in the Lord,” Ensign, Julai 2004, 8).

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 27:15–18, anda boleh membuat sebuah carta seperti yang berikut. Apakah yang anda buat untuk memakai setiap perisai Tuhan?

Bahagian perisai

Bahagian tubuh yang dilindungi

Apakah setiap bahagian tubuh mewakili

Perisai dada kesolehan

Hati

Hasrat dan keinginan kita

Ketopong keselamatan

Hati atau minda

Lihat juga Efesus 6:11–18; 2 Nefi 1:23.

Ajaran dan Perjanjian 28

Nabi yang hidup adalah penyambung lidah Tuhan bagi Gereja-Nya.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika sesiapa pun boleh menerima perintah dan wahyu untuk seluruh Gereja Apabila Hiram Page mendakwa telah menerima wahyu itu, terdapat kekeliruan di kalangan ahli Gereja. Dalam Ajaran dan Perjanjian 28, Tuhan mengungkapkan aturan untuk wahyu di dalam Gereja-Nya. Apakah yang anda pelajari dari bahagian ini tentang peranan khusus Presiden Gereja? Apakah yang anda pelajari dari firman Tuhan kepada Oliver Cowdery dalam ayat 3? Apakah yang anda pelajari dari bahagian ini tentang bagaimana Tuhan boleh mengarahkan anda?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Two Lines of Communication,” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 83–86.

Ajaran dan Perjanjian 28:8–9

Mengapa misi Oliver Cowdery untuk bangsa Laman bermakna?

Satu tujuan Kitab Mormon ialah “agar bangsa Laman boleh datang pada pengetahuan tentang nenek moyang mereka, dan agar mereka boleh mengetahui janji-janji Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 3:20). Ini adalah konsisten dengan janji-janji yang Tuhan buat kepada para nabi Kitab Mormon (lihat, contohnya, 1 Nefi 13:34–41; Enos 1:11–18; Helaman 15:12–13). Para ahli Gereja awal menganggap kaum India Amerika sebagai keturunan orang-orang Kitab Mormon. (Jawapan rasmi Gereja hari ini ialah bahawa bangsa Laman “adalah antara nenek moyang kaum Indian Amerika” [pengenalan kepada Kitab Mormon].)

Untuk membaca lebih lanjut mengenai misi Oliver ke suku Indian Amerika yang berdekatan, lihat “A Mission to the Lamanites” (Revelations in Context, 45–49). Apakah misi ini mengajar anda tentang Tuhan dan pekerjaan-Nya?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 27:1–2.Bagaimanakah kita dapat lebih mengingat pengorbanan Juruselamat bagi kita ketika kita mengambil sakramen?

Ajaran dan Perjanjian 27:5–14.Apakah yang kita ketahui tentang nabi dalam ayat-ayat ini? Anda boleh mencari maklumat mengenainya dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apalkah berkat yang telah dibuka untuk kita melalui kunci yang mereka pegang? Untuk maklumat lanjut tentang beberapa kunci ini, lihat Matius 16:16–19; Ajaran dan Perjanjian 110:11–16.

Ajaran dan Perjanjian 27:15–18.Mungkin keluarga anda akan menikmati pertandingan berpura-pura dengan pakaian tambahan untuk mewakili perisai Tuhan, seperti topi, rompi, apron, atau kasut. Bagaimanakah perisai membantu melindungi kita dalam peperangan? Bincangkan beberapa pengaruh jahat yang dihadapi oleh keluarga anda dan perkara yang anda boleh lakukan untuk memakai perlengkapan rohani.  

Ajaran dan Perjanjian 28:2–7.Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang panggilan seorang nabi? Mungkin ahli keluarga dapat menyemak pesanan lalu dari nabi kita yang hidup dan berkongsi bagaimana nasihatnya membantu kita mengikuti Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 28:11.Apabila kita mahu menawarkan pembetulan kepada seseorang, mengapa penting untuk mengatasinya “di antara dia dan engkau sendiri”?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Mari Dengar Suara Nabi,” Nyanyian Rohani, no. 9.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Kaji kata–kata para nabi dan rasul zaman akhir. Baca apa yang para nabi dan rasul zaman akhir telah mengajar tentang asas-asas yang anda temui dalam tulisan suci. Pertimbangkan mengkaji semula indeks topik persidangan umum di conference.ChurchofJesusChrist.org atau dalam aplikasi Gospel Library.

Cetak