Ajaran dan Perjanjian 2021
29 Mac–4 April. Hari Easter: “Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang Dibunuh”


“29 Mac–4 April. Hari Easter: ‘Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang Dibunuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“29 Mac–4 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Patung Kristus

29 Mac–4 April

Hari Easter

“Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang Dibunuh”

Kelas Sekolah Primer pada hari Easter adalah peluang yang sangat baik untuk membantu kanak-kanak menguatkan iman mereka kepada Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya. Cari bimbingan Tuhan tentang cara untuk melakukannya. Anda boleh mendapat beberapa idea yang berguna dalam rangka panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Biarkan kanak-kanak berkongsi dengan anda apa yang mereka tahu tentang sebab-sebab kita meraikan Hari Easter. Tanya kepada mereka apa yang dilakukan oleh keluarga mereka untuk meraikan Kebangkitan Yesus Kristus pada Hari Easter. Atau biarkan mereka berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus di rumah dan dalam tulisan suci.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 138:11–17

Oleh kerana Yesus Kristus, saya akan dibangkitkan.

Semasa anda mengajar kanak-kanak mengenai Kebangkitan Yesus Kristus, Ajaran dan Perjanjian 138:11–17 boleh membantu anda menerangkan apakah yang dimaksudkan untuk dibangkitkan. Ayat-ayat ini juga boleh membantu membina iman mereka bahawa mereka akan dibangkitkan suatu hari nanti.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar kematian, penguburan, dan Kebangkitan Juruselamat (lihat Buku Seni Injil, nos. 57, 58, dan 59). Tanya kanak-kanak apa yang mereka tahu tentang peristiwa-peristiwa ini. Bersaksi bahawa Yesus telah mati untuk kita dan bangkit dari kematian supaya kita semua dapat dibangkitkan selepas kita mati.

  • Fikirkan pelajaran berobjek yang dapat membantu kanak-kanak memahami apa yang berlaku ketika kita mati (roh dan tubuh kita berpisah) dan ketika kita dibangkitkan (roh dan tubuh kita kembali bersama). Contohnya, apa yang berlaku apabila kita mengeluarkan bateri dari lampu suluh atau bekas dakwat dari pen? Apakah yang berlaku apabila perkara-perkara ini bersatu semula?

  • Baca kepada kanak-kanak dari Ajaran dan Perjanjian 138:17: “roh dan tubuh akan disatukan tidak akan dipisahkan lagi, agar mereka boleh menerima suatu kegenapan kebahagiaan.” Mengapakah kita bersyukur atas badan kita? Kongsi kegembiraan yang anda rasa untuk mengetahui bahawa kita semua akan dibangkitkan dan mempunyai badan kita lagi.

  • Nyanyi bersama satu lagu mengenai Kebangkitan, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” atau “Yesus T’lah Bangkit” (Buku Nyanyian Anak-anak, 45, 44). Berikan kanak-kanak gambar yang mewakili perkataan atau frasa dalam lagu (untuk contoh, lihat Buku Seni Injil, no. 59, 60, dan 61), dan jemput mereka untuk memegang gambar mereka apabila mereka menyanyi perkataan itu

Ajaran dan Perjanjian 76:11–24; 110:1–7; Joseph Smith—Sejarah 1:14–17

Nabi Joseph Smith nampak Yesus Kristus.

Satu cara untuk membantu kanak-kanak memperkuatkan iman mereka kepada Juruselamat adalah untuk berkongsi dengan mereka kesaksian Joseph Smith: “Dia hidup! Kerana kami melihat-Nya, bahkan pada tangan kanan Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 76:22–23).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Penglihatan Pertama Joseph Smith (lihat rangka panduan 4–10 Januari dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda apa yang sedang berlaku dalam gambar, dan minta mereka untuk mencari Yesus Kristus. Tanya kanak-kanak jika mereka tahu tentang masa-masa lain Joseph Smith nampak Juruselamat. Dalam kata-kata anda sendiri, cerita tentang pengalaman yang digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 76:11–24; 110:1–7. Beritahu kanak-kanak bagaimana tulisan suci ini membina iman anda kepada Yesus Kristus.

  • Apabila kanak-kanak mewarna halaman aktiviti minggu ini, baca kepada mereka tulisan suci yang dirujuknya. Tunjukkan butiran dalam gambar yang digambarkan dalam ayat-ayat tersebut. Bersaksi kepada kanak-kanak bahawa Nabi Joseph Smith nampak Yesus Kristus, dan ini salah satu sebab kita tahu yang Yesus hidup.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 76:11–24; 110:1–10; Joseph Smith—Sejarah 1:14–17

Nabi Joseph Smith bersaksi bahawa Yesus Kristus hidup.

Misi nabi yang paling penting adalah untuk bersaksi tentang Yesus Kristus. Bantu kanak-kanak membina iman mereka kepada Juruselamat dengan belajar dari kesaksian Joseph Smith tentang Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Petikan berikut menggambarkan masa ketika Yesus Kristus muncul kepada Joseph Smith: Ajaran dan Perjanjian 76:11–24; 110:1–10; Joseph Smith—Sejarah 1:14–17. Pada papan tulis, senaraikan beberapa kebenaran yang kita pelajari tentang Juruselamat dari ayat-ayat ini. Jemput kanak-kanak untuk mengenal pasti ayat-ayat yang mengajarkan kebenaran yang disenaraikan pada papan tulis. Apa lagi yang kita pelajari tentang Yesus Kristus dari pengalaman Joseph Smith?

  • Pada halaman aktiviti minggu ini, bantu kanak-kanak memadankan gambar dengan tulisan suci. Mengapakah ia satu berkat untuk mengetahui bahawa Joseph Smith nampak Juruselamat yang bangkit? Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus Kristus hidup dan bahawa Joseph Smith adalah seorang nabi.

Ajaran dan Perjanjian 63:49; 88:14–17, 27; 138:11, 14–17

Oleh kerana Yesus Kristus, saya akan dibangkitkan.

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak memperdalamkan penghargaan mereka atas kurnia kebangkitan Juruselamat bagi kita semua?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak salah satu petikan tulisan suci berikut: Ajaran dan Perjanjian 63:49; 88:14–17, 27; 138:11, 14–17. Jemput kanak-kanak untuk mencari ayat-ayat mereka untuk mencari frasa yang mereka rasa menangkap pesanan Hari Easter. Biarkan mereka berkongsi pendapat mereka. Jika masa membenarkan, biarkan mereka membuat kad yang memaparkan frasa yang mereka jumpa yang boleh diberikan kepada ahli keluarga atau kawan mereka.

  • Tanya kanak-kanak bagaimana mereka akan menerangkan kepada adik atau kawan mereka apakah maksud untuk dibangkitkan. Untuk idea-idea, baca bersama Ajaran dan Perjanjian 138:14–17, dan pertimbangkan soalan seperti ini: Apakah yang berlaku kepada roh dan badan kita apabila kita mati? Apakah yang berlaku apabila kita dibangkitkan? Bagaimanakah Yesus Kristus membolehkan kebangkitan?

  • Biarkan kanak-kanak berkongsi perasaan mereka tentang apa yang dilakukan Juruselamat bagi mereka.

    Imej
    Yesus Berdoa

    Lord of Prayer (Tuhan Doa), oleh Yongsung Kim

Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19; 45:3–5; 58:42–43

Oleh kerana Yesus Kristus, saya dapat diampuni dosa-dosa saya.

Sebagai tambahan untuk menyelamatkan kita dari kematian fizikal, Yesus Kristus menyediakan jalan bagi kita untuk diselamatkan dari kematian rohani—dengan kata lain, untuk diampuni dari dosa-dosa kita dan kembali kepada hadirat Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis dua tajuk yang serupa dengan ini: Apakah yang Juruselamat telah lakukan dan Apakah yang saya mesti lakukan. Jemput setiap kanak-kanak untuk mencari salah satu petikan berikut untuk mencari sesuatu yang berada di bawah tajuk ini: Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19; 45:3–5; 58:42–43. Kongsi kegembiraan dan kesyukuran anda untuk apa yang Juruselamat telah lakukan bagi kita.

  • Bantu kanak-kanak mempelajari fasal-fasal kepercayaan yang ketiga. Anda boleh membantu mereka menghafalnya dengan menunjukkan gambar yang menggunakan frasa utama.

  • Ceritakan cerita tentang seorang kanak-kanak yang membuat pilihan yang salah dan kemudian bertaubat. Bantu kanak-kanak membincangkan apa yang kanak-kanak dalam cerita itu lakukan untuk menerima keampunan. Bagaimanakah Juruselamat telah membolehkan kita untuk diampuni?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak memikirkan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk memberitahu orang lain—terutama ahli keluarga mereka—apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita. Pada masa depan anda berjumpa, minta mereka berkongsi dengan anda apa yang mereka lakukan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak mendapat manfaat dari pengulangan. Jangan teragak-agak untuk mengulangi aktiviti berulang kali, terutamanya dengan kanak-kanak yang lebih muda. Pengulangan akan membantu kanak-kanak mengingati apa yang mereka pelajari.

Imej
halaman aktiviti: Joseph Smith melihat Yesus Kristus

Cetak