Ajaran dan Perjanjian 2021
19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: “Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku”


“19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: ‘Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Imej
Yesus Kristus

19–25 April

Ajaran dan Perjanjian 41–44

“Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku”

Semasa persediaan anda minggu ini, beri perhatian kepada tanggapan yang anda terima daripada Roh. Apakah yang anda rasa kanak-kanak perlu belajar dari Ajaran dan Perjanjian 41–44?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Lontarkan satu bola kepada seorang kanak-kanak, dan minta kanak-kanak berkongsi satu perintah yang dia tahu. Teruskan mengedar bola sehingga semua orang mempunyai peluang untuk berkongsi sesuatu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 42:2

Saya boleh mematuhi hukum Tuhan.

Ketika Gereja semakin membesar dan para ahli berkumpul di Kirtland, Ohio, Tuhan mengungkapkan kepada Nabi Joseph Smith apa yang Dia panggil “hukum”-Nya dan memerintahkan para Orang Suci untuk “dengar dan patuhilah” hukum itu. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa kita diberkati apabila kita patuh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 42:2, menekankan perkataan “patuhilah.” Beri kanak-kanak beberapa senario mudah di mana seorang kanak-kanak memilih untuk mematuhi atau tidak mematuhi satu undang-undang atau peraturan. Minta kanak-kanak untuk mendengar dengan teliti dan senyum jika orang dalam cerita itu patuh dan berkedut dahi jika orang itu tidak patuh. Kongsi berkat yang anda terima apabila anda mematuhi hukum Tuhan.

  • Main satu permainan dengan memberikan peraturan untuk diikuti oleh kanak-kanak. Contohnya, anda boleh memberitahu mereka bahawa mereka mesti mengangkat tangan dan dipanggil untuk menjawab soalan. Kemudian biarkan mereka berlatih mematuhinya dengan menyoal mereka dan memanggil mereka yang mengangkat tangan mereka. Apakah hukum-hukum yang Tuhan telah berikan kepada kita?

  • Lengkapkan halaman aktiviti dengan kanak-kanak, atau menyanyikan lagu tentang mematuhi hukum-hukum Tuhan, seperti “Injil Kan Ku Hayati” (Buku Nyanyian Anak-anak, 72). Beritahu kanak-kanak bagaimana mematuhi hukum-hukum Tuhan telah membawa anda kegembiraan.

    Imej
    Kelas Sekolah Primer

    Kita belajar perintah Tuhan di Sekolah Primer.

Ajaran dan Perjanjian 42:38

Saya melayani Yesus Kristus ketika saya melayani orang lain.

Tuhan mahu Orang Suci-Nya menjaga orang yang miskin dan memerlukan. Bantu kanak-kanak memahami bahawa apabila mereka melayani orang yang memerlukan, mereka juga sedang melayani Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jika Yesus Kristus berada di kelas kita hari ini, apakah yang kita akan katakan kepada-Nya? Bagaimanakah kita akan melayan-Nya? Tunjukkan gambar Juruselamat, dan jelaskan pengajaran Yesus bahawa apabila kita menunjukkan kasih kepada orang lain, kita juga menunjukkan kasih kepada-Nya. Bantu kanak-kanak mengulangi ayat 38 dengan anda, beberapa perkataan pada satu masa.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh melayani Yesus dengan melayani orang lain. Mereka boleh mencari beberapa idea dari dari gambar-gambar Juruselamat sedang membantu orang lain, seperti gambar-gambar Dia menyembuhkan orang sakit atau berbuat baik kepada kanak-kanak (lihat Buku Seni Injil, nos. 42, 47). Bersaksi bahawa ketika mereka melayani orang lain, mereka juga sedang melayani Yesus.

Ajaran dan Perjanjian 43:1–7

Tuhan memimpin Gereja-Nya melalui nabi-Nya.

Anda boleh membantu kanak-kanak mengelakkan diri dari tertipu sepanjang hidup mereka dengan mengajar mereka, ketika mereka masih muda, pola Tuhan untuk memimpin Gereja-Nya melalui nabi yang hidup.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar orang yang berbeza, termasuk gambar nabi terkini. Letakkan gambar menghadap ke bawah, dan biarkan kanak-kanak membuka gambar satu demi satu sehingga mereka jumpa nabi. Jelaskan pengajaran Tuhan bahawa hanya nabi “tetapkan bagimu untuk menerima perintah dan wahyu-wahyu daripada [Tuhan]” untuk memimpin Gereja (Ajaran-ajaran 43:2).

  • Nyanyi bersama lagu mengenai nabi, seperti ayat terakhir “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-anak, 58). Kongsi kesaksian anda bahawa nabi memimpin Gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 41:5

Pengikut adalah seseorang yang menerima hukum Tuhan dan mematuhinya.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu apakah yang dimaksudkan untuk menjadi pengikut Yesus Kristus? Ajaran dan Perjanjian 41:5 dapat membantu mereka memahami bagaimana untuk menjadi pengikut yang lebih baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis Ajaran dan Perjanjian 41:5 pada sekeping kertas, meninggalkan tempat kosong di mana perkataan “pengikut” sepatutnya berada. Minta kanak-kanak mengisi tempat kosong itu, dengan mencari dalam Ajaran dan Perjanjian 41:5 jika mereka memerlukan bantuan. Apakah maksudnya untuk menjadi pengikut Yesus Kristus? Kongsi bagaimana anda berusaha untuk menjadi pengikut Kristus yang lebih baik.

  • Selepas membincangkan Ajaran dan Perjanjian 41:5, minta kanak-kanak memikirkan hukum-hukum yang kita telah terima daripada Tuhan. Jemput mereka untuk bergilir-gilir berlakon mematuhi salah satu hukum-hukum tersebut sementara seluruh kelas cuba meneka apakah hukum itu.

  • Berikan setiap ahli kelas satu jalur kertas, dan minta mereka menulis di atasnya satu cara mereka boleh menjadi pengikut yang lebih baik. Jemput setiap kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tulis, dan kemudian lekatkan jalur kertas itu bersama-sama untuk membuat rantai kertas.

Ajaran dan Perjanjian 42:61, 68

Tuhan mengungkapkan kebijaksanaan kepada mereka yang meminta.

Kanak-kanak menanya banyak soalan apabila mereka berkembang dalam pengetahuan mereka mengenai dunia dan injil. Bagaimana anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 42:61, 68 untuk membantu mereka tahu bagaimana untuk mendapatkan kebijaksanaan daripada Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi dengan anda sesuatu yang membantu mereka merasa kedamaian dan sesuatu yang membantu mereka berasa kebahagiaan. Jemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 42:61 mencari perkataan “kedamaian” dan “kebahagiaan.” Bantu kanak-kanak memikirkan kebenaran yang Tuhan telah ungkapkan yang membawa mereka kedamaian dan kebahagiaan.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 42:61, 68 dengan kanak-kanak, menekankan frasa “menerima wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan.” Jelaskan bahawa Tuhan tidak mengungkapkan semuanya sekaligus; sebaliknya, Dia memberi kita sedikit demi sedikit pada satu masa. Tunjukkan bagaimana teka-teki dibina sedikit demi sedikit, atau gunakan sesuatu yang serupa untuk membantu kanak-kanak memahami asas ini. Kongsi satu pengalaman apabila anda menerima wahyu yang memberkati anda.

Ajaran dan Perjanjian 43:1–7

Hanya nabi yang dapat menerima wahyu untuk seluruh Gereja.

Apabila kanak-kanak membesar, mereka mungkin akan bertemu dengan orang-orang yang mahu menyesatkan mereka. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mempercayai pola Tuhan memimpin anak-anak-Nya melalui nabi yang dipilih-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membayangkan seseorang berdiri dalam pertemuan kesaksian dan memberitahu bahagian bahawa dia telah menerima wahyu untuk Gereja (contohnya, kita tidak boleh lagi minum susu atau kita harus mula mengadakan pertemuan sakramen pada hari Selasa dan bukan hari Ahad) . Dia berkata bahawa kita harus mendengar apa yang dia katakan dan bukan daripada nabi. Apakah yang salah tentang itu? Bantu kanak-kanak mencari Ajaran dan Perjanjian 43:1–7 untuk mengetahui bagaimana Tuhan memberi perintah kepada Gereja-Nya.

  • Tunjukkan gambar nabi yang hidup, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang dia ajar baru-baru ini. Jika mereka memerlukan pertolongan, tunjukkan klip video atau baca satu petikan dari pesanan persidangan umum baru-baru ini. Mengapakah ia berkat untuk memiliki nabi yang hidup hari ini?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memilih hukum atau perintah yang mereka rasa mereka perlu fokus pada patuhi minggu ini. Galakkan mereka untuk berkongsi matlamat mereka dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajar kanak-kanak untuk mencatat tanggapan daripada Roh Kudus. Kanak-kanak juga boleh mempelajari tabiat mencatat tanggapan rohani. Mereka boleh mecatat tanggapan dengan menandakan tulisan suci, melukis gambar, atau membuat jurnal mudah.

Imej
halaman aktiviti: Saya gembira apabila saya mematuhi Tuhan

Cetak