Ajaran dan Perjanjian 2021
5–11 April. Ajaran dan Perjanjian 30–36: “Kamu Dipanggil untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku”


“5–11 April. Ajaran dan Perjanjian 30–36: ‘Kamu Dipanggil untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“5–11 April. Ajaran dan Perjanjian 30–36,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021

Imej
penginjil awal Gereja

5–11 April

Ajaran dan Perjanjian 30–36

“Kamu Dipanggil untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku”

Semasa anda mengkaji dengan penuh doa Ajaran dan Perjanjian 30–36 memikirkan kanak-kanak dalam kelas anda, Roh dapat memberi anda idea mengenai cara untuk mengajar mereka. Cari idea tambahan dalam rangka panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pegang gambar penginjil, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu mengenai pekerjaan penginjil.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 33:2–3, 6–10

Saya boleh berkongsi injil Yesus Kristus.

Kanak-kanak muda juga boleh berkongsi kesaksian mereka tentang injil Yesus Kristus. Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu mengilhami mereka untuk berbuat demikian?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk cuba mengatakan “Tuhan mengasihi kamu” dengan mulut mereka tutup. Tunjukkan bahawa kita tidak boleh mengajar orang tentang injil jika kita tidak membuka mulut kita. Baca Ajaran dan Perjanjian 33:8–10, dan jemput kanak-kanak untuk membuka mulut mereka setiap kali mereka mendengar frasa “bukalah mulut-mulutmu.” Mengapa Bapa Syurgawi mahu kita membuka mulut kita dan berkongsi injil dengan orang lain?

  • Bisik sesuatu dengan lembut kepada kanak-kanak, seperti “Joseph Smith adalah seorang nabi Tuhan,” dan minta mereka untuk mengulangi apa yang anda katakan. Kemudian katakan frasa yang sama dengan suara yang lebih kuat. Baca Ajaran dan Perjanjian 33:2. Bantu kanak-kanak memahami bahawa “mengangkat suara [kita]” bermaksud tidak takut untuk memberitahu orang lain tentang Yesus Kristus, Kitab Mormon, dan kebenaran injil yang lain.

  • Letakkan anak patung kertas atau gambar orang di sekeliling bilik. Jemput kanak-kanak untuk mencari orang dan mengumpul mereka ke hadapan bilik. Baca Ajaran dan Perjanjian 33:6, dan jelaskan apa yang dimaksudkan bahawa Tuhan akan “mengumpulkan umat pilihan[-Nya].” Bersaksi bahawa kita dapat membantu mengumpulkan orang-orang kepada Tuhan apabila kita berkongsi injil.

  • Nyanyi satu lagu mengenai perkongsian injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 90). Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat membantu orang lain belajar tentang Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 33:12–17

Saya boleh membina hidup saya pada injil Yesus Kristus.

Nasihat yang Tuhan berikan kepada Ezra Thayer dan Northrop Sweet dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar membina kehidupan mereka pada injil Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar sebuah landasan bangunan, dan minta mereka menggambarkannya. Mengapakah bangunan memerlukan landasan kuat, kukuh? Baca dengan kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 33:12–13, dan jelaskan bahawa Tuhan mahu kita membina hidup kita pada injil-Nya. Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa cara mereka dapat membina kehidupan mereka pada injil Yesus Kristus.

  • Beri kanak-kanak beberapa objek yang mereka boleh gunakan untuk membina menara, seperti blok atau cawan plastik. Labelkan setiap objek dengan gambar yang mewakili perkara yang Tuhan katakan dalam Ajaran dan Perjanjian 33:14–17. Jemput kanak-kanak untuk membina sebuah menara ketika anda bercakap dengan mereka tentang bagaimana perkara-perkara ini membantu kita membina kehidupan kita pada injil Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 30:1–2

Saya harus memberi tumpuan lebih kepada perkara-perkara Tuhan dari perkara-perkara di bumi.

Nasihat Tuhan kepada David Whitmer dalam bahagian 30 dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar kekal beriman kepada injil Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 30:1 bersama, dan minta kanak-kanak untuk meringkaskan, dengan kata-kata mereka sendiri, nasihat yang Tuhan berikan kepada David Whitmer. Dalam apa cara kita kadangkala “takut kepada manusia,” atau bimbang apa yang orang lain fikir, sebaliknya dari melakukan apa yang kita tahu kita patut lakukan?

  • Minta kanak-kanak cuba melakukan dua tugas sekaligus, seperti membaca fasal-fasal kepercayaan sambil menulis nama semua kanak-kanak di dalam kelas. Tanya mereka mengapakah ia sukar untuk memberi tumpuan kepada tugas pertama. Apakah beberapa “hal-hal dari bumi” (Ajaran dan Perjanjian 30:2) yang boleh mengalihkan perhatian kita dari mengingati Yesus Kristus dan injil-Nya? Bagaimanakah kita dapat menumpukan lebih perhatian kita kepada Dia dari perkara yang kurang penting?

Ajaran dan Perjanjian 30–34

Saya boleh berkongsi injil Yesus Kristus.

Ramai kanak-kanak di Gereja ingin untuk melayani misi sepenuh masa atau pelayanan. Pengalaman para penginjil dalam bahagian 30–34 boleh membantu mereka untuk bersedia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang ahli bahagian untuk belajar tentang salah satu dari penginjil yang dipanggil dalam Ajaran dan Perjanjian 30–34 dan berkongsi dengan kanak-kanak apa yang mereka pelajari (lihat “Suara-suara Pemulihan: Penganut Awal” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

  • Lukis mulut besar pada papan tulis, dan bantu kanak-kanak mencari dalam Ajaran dan Perjanjian 33:8–10 janji Tuhan kepada kita apabila kita membuka mulut untuk berkongsi injil. Biarkan kanak-kanak menulis janji-janji ini di papan tulis, dan bantu mereka memahami apakah maksud janji-janji ini. Minta setiap kanak-kanak menulis di dalam mulut kebenaran injil yang mereka boleh kongsi dengan orang lain.

  • Tunjukkan gambar sangkakala, dan ceritakan tentang apa yang dimaksudkan untuk mengkhutbahkan injil “bagaikan dengan bunyi sangkakala.” Bagaimanakah kita “mengangkatkan” suara kita? (Ajaran dan Perjanjian 33:2; 34:6).

  • Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka bersedia untuk melayani misi suatu hari nanti. Jika mereka mengenali seseorang (mungkin ahli keluarga) yang sedang melayani, jemput mereka untuk menceritakan pengalamannya. Atau jemput para penginjil, penginjil yang selesai misi, atau orang yang bersedia untuk ke misi untuk berkongsi keghairahannya untuk pekerjaan penginjil. Kongsi beberapa pengalaman anda berkongsi injil, termasuk pengalaman dalam kehidupan seharian anda.

    Imej
    budak lelaki sedang bermain

    Saya boleh berkongsi injil dengan kawan-kawan saya.

Ajaran dan Perjanjian 33:12–17

Saya boleh membina hidup saya pada injil Yesus Kristus.

Jika kanak-kanak dapat belajar pada usia muda bagaimana membina kehidupan mereka pada injil Yesus Kristus, mereka lebih cenderung untuk kekal beriman kepada-Nya. Nasihat yang diberikan dalam ayat-ayat ini dapat membantu mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa ke kelas benda yang berbeza kekerasan, seperti haiwan boneka, span, tanah liat, dan batu. Biarkan kanak-kanak mengendalikan setiapnya. Minta mereka untuk mencari dalam Ajaran dan Perjanjian 33:12–13 untuk mengetahui bagaimana Tuhan menggambarkan injil-Nya. Mengapakah “batu” adalah perkataan yang baik untuk menggambarkan injil? Bagaimanakah kita boleh membina kehidupan kita pada batu injil?

  • Bantu kanak-kanak membaca Ajaran dan Perjanjian 33:12–17 dan cari perkara yang kita boleh lakukan untuk membina kehidupan kita pada injil Yesus Kristus. Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar sesuatu yang mereka jumpa, dan biarkan mereka meneka gambar masing-masing yang digambarkan.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menjadi seperti penginjil dengan berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka pelajari di Sekolah Primer hari ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila anda menjemput kanak-kanak menjalani asas injil, kongsi janji-janji yang Tuhan telah buat kepada mereka yang menjalani asas itu. Contohnya, anda boleh memberi kesaksian tentang berkat yang Tuhan berikan kepada mereka yang membuka mulut mereka dan berkongsi injil.

Cetak