Ajaran dan Perjanjian 2021
12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40: “Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku”


“12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40: ‘Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021

Imej
Orang-orang suci sedang bersedia untuk berpindah

Saints Move to Kirtland (Orang suci pindah ke Kirtland), oleh Sam Lawlor

12–18 April

Ajaran dan Perjanjian 37–40

“Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku”

Tuhan tahu apa yang kanak-kanak di kelas anda perlu pelajari. Biarkan Dia membimbing anda apabila anda memilih asas dan aktiviti untuk membantu anda mengajar mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Edarkan sebuah kitab suci. Apabila setiap kanak-kanak memegang kitab suci, biarkan kanak-kanak itu berkongsi satu perkara yang dia ingat dari pelajaran minggu lalu atau dari bacaan kitab suci di rumah minggu ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 38:24–27

Saya dapat mengasihi orang lain.

Tuhan mahu Orang suci berkumpul bersama di Ohio dan untuk mengasihi satu sama lain secara sama rata. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak merasakan kesatuan dan kasih kepada orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa ketika Gereja sangat baru, Tuhan meminta para ahli untuk berpindah bersama-sama ke Ohio (lihat juga peta dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tuhan mahu mereka belajar bagaimana untuk mengasihi dan bersatu dengan satu sama lain. Minta kanak-kanak untuk idea tentang bagaimana mereka dapat menunjukkan kasih antara satu sama lain.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 38:25 kepada kanak-kanak, dan beritahu mereka dengan kata-kata anda sendiri apa maksudnya untuk menghormati saudara atau saudari anda sebagai diri anda sendiri (lihat juga Matius 7:12). Bantu mereka mengulangi tulisan suci, menggantikan “saudaranya” dengan nama masing-masing.

  • Nyanyi sebuah lagu tentang menyayangi dan persaudaraan. Semasa anda menyanyi, biarkan kanak-kanak memegang gambar kanak-kanak dari tempat lain di dunia.

  • Bantu kanak-kanak melakonkan senario di mana seseorang yang baru menyertai kelas Sekolah Primer mereka. Bagaimanakah kita dapat membantu dia berasa kedatangannya dialu-alukan? Kanak-kanak mungkin suka melakukan lakon peranan ini dengan boneka jari atau gambar yang digunting keluar.

Ajaran dan Perjanjian 38:30

Jika saya bersedia, saya tidak perlu takut

Salah satu cara Bapa Syurgawi membantu kita tidak takut ialah dengan mengajar kita untuk bersedia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ulangi beberapa kali frasa “Jika kamu bersedia kamu tidak akan takut” (ayat 30). Selepas beberapa kali, keluarkan satu perkataan, dan biarkan kanak-kanak mengatakan perkataan yang hilang itu. Beritahu kanak-kanak mengenai satu masa ketika anda bersedia untuk sesuatu dan persediaan itu membantu anda jadi tidak takut.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan perkara-perkara yang Bapa mahu mereka bersedia, seperti pembaptisan atau pergi ke bait suci. Gunakan gambar atau objek untuk memberi mereka idea. Bercakap tentang cara mereka boleh bersedia, dan biarkan mereka melukis gambar diri mereka bersedia untuk atau mengambil bahagian dalam perkara yang mereka fikirkan.

Ajaran dan Perjanjian 39:6, 23

Saya menerima kurnia Roh Kudus apabila saya ditetapkan.

Apakah yang kanak-kanak di kelas anda perlu fahami tentang penerimaan kurnia Roh Kudus? Arahan Tuhan kepada James Covel tentang tatacara ini mungkin dapat membantu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar seseorang sedang dibaptiskan dan seseorang yang sedang ditetapkan (lihat Buku Seni Injil, nos. 104, 105). Baca Ajaran dan Perjanjian 39:23, dan minta kanak-kanak untuk menunjuk gambar yang betul apabila mereka mendengar anda membaca tentang pembaptisan atau penetapan.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 39:6, dan tunjukkan kepada kanak-kanak gambar atau objek yang mewakili cara Roh Kudus memberkati kita (termasuk yang disebutkan dalam ayat 6). Biarkan kanak-kanak bergilir memegang gambar atau objek, dan ketika mereka melakukannya, berikan kesaksian tentang bagaimana Roh Kudus telah memberkati anda dengan cara ini. Bantu kanak-kanak mengenali masa apabila mereka merasakan pengaruh Roh.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 37; 38:31–33

Tuhan mengumpulkan kita untuk memberkati kita.

Pengumpulan di Ohio adalah satu pengorbanan yang besar untuk ramai Orang suci awal. Hari ini kita tidak diperintahkan untuk berkumpul di satu lokasi, tetapi kita berkumpul sebagai keluarga, bahagian, dan pancang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak halaman aktiviti minggu ini atau peta dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 37, dan bantu kanak-kanak mencari pada peta tempat-tempat yang disebutkan dalam wahyu, Apakah yang Tuhan perintahkan Orang-orang Suci untuk lakukan?

  • Pilih frasa atau ayat utama dari Ajaran dan Perjanjian 38:31–33 yang anda rasa menggambarkan mengapa Tuhan mahu umat-Nya berkumpul bersama. Selerakan perkataan dari ayat ini di sekeliling bilik, dan jemput kanak-kanak untuk mengumpulkannya, meletakkannya dalam urutan yang betul, dan cari di mana ayat itu muncul dalam ayat suci. Mengapakah Tuhan mahu kita berkumpul?

Ajaran dan Perjanjian 38:24–27

Tuhan mahu umat-Nya bersatu.

Untuk menyediakan para Orang suci untuk berkumpul, Tuhan mengajar mereka untuk melihat satu sama lain sebagai sama dan “jadilah satu” (ayat 27). Bagaimanakah arahan ini memberkati kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 38:24–27, dan jemput kanak-kanak untuk menulis perkataan dari ayat-ayat ini yang mereka rasa penting, termasuk perkataan yang diulang. Mengapakah Tuhan mengulangi perkataan ini? Biarkan mereka berkongsi apa yang mereka tulis, dan bincangkan apa yang mereka pelajari dari perkataan tersebut.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan situasi di mana seseorang mungkin merasa tersisih, seperti menjadi ahli baru Gereja atau berpindah ke kawasan kejiranan atau sekolah baru. Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 38:24–27 cadangkan bagaimana kita harus melayani seseorang dalam keadaan ini? Lakonkan peranan beberapa situasi yang mungkin akan berlaku.

  • Kongsi satu pelajaran berobjek yang menggambarkan bagaimana sesuatu boleh digabungkan atau bersatu menjadi satu, seperti potongan kain yang membuat satu selimut tampal cantum atau bahan yang membuat satu roti. Apakah yang contoh-contoh ini ajarkan kita tentang menjadi satu sebagai umat Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 39–40

Saya boleh mentaati janji saya.

James Covel telah berjanji untuk mematuhi Tuhan, tetapi dia tidak menepati janjinya. Belajar tentang pengalamannya dapat membantu kanak-kanak untuk mengingati kepentingan kepatuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca tajuk bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 39 dan 40, dan minta mereka meringkaskan apa yang mereka pelajari mengenai James Covel dalam perkataan atau lukisan.

  • Tulis soalan pada papan tulis yang akan membantu kanak-kanak memahami bahagian 40, seperti Apakah yang James Covel berjanji untuk lakukan? Mengapakah dia tidak mentaati perjanjiannya? Jemput kanak-kanak untuk mencari jawapan dalam bahagian 40.

  • Bantu kanak-kanak mengingati janji-janji yang mereka buat ketika mereka dibaptiskan (lihat Mosia 18:8–10). Bantu kanak-kanak menyenaraikan beberapa ketakutan atau “kekhuatiran dunia” (Ajaran dan Perjanjian 40:2) yang mungkin menghalang seseorang dari mentaati janji-janji ini. Jemput kanak-kanak menulis sendiri pesanan ringkas sebagai peringatan bahawa mematuhi perintah Bapa Syurgawi akan membantu mereka mengatasi ketakutan atau kekhuatiran duniawi. Galakkan mereka untuk menyimpan peringatan mereka di tempat mereka dapat selalu melihatnya.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berbincang dengan ibu bapa mereka atau ahli keluarga lain bagaimana mereka boleh menjadi lebih bersatu sebagai keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menghafal ayat suci. Pertimbangkan memilih petikan tulisan suci yang anda fikir dapat memperkuatkan kesaksian kanak-kanak, dan bantu mereka menghafalnya. Kanak-kanak yang lebih muda dapat menghafal sebahagian dari tulisan suci atau frasa mudah.

Imej
halaman aktiviti: Saya dapat mengasihi orang lain

Cetak