Ajaran dan Perjanjian 2021
12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40: “Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik–Ku”


“12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40: ‘Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik–Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Orang suci bersedia untuk berpindah

Saints Move to Kirtland (Orang suci pindah ke Kirtland), oleh Sam Lawlor

12–18 April

Ajaran dan Perjanjian 37–40

“Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik–Ku”

Mencatat tanggapan semasa anda mengkaji adalah satu cara anda boleh mematuhi nasihat Tuhan untuk “simpanlah baik-baik kebijaksanaan” (Ajaran dan Perjanjian 38:30).

Mencatat Tanggapan Anda

Kepada Orang Suci awal, Gereja adalah lebih sekadar satu tempat untuk mendengar khutbah pada hari Ahad. Sepanjang wahyu-Nya kepada Joseph Smith, Tuhan menggambarkan Gereja dengan kata-kata seperti tujuan, kerajaan, Sion, dan, sering kali, pekerjaan. Ini mungkin merupakan sebahagian daripada apa yang menarik ramai ahli awal kepada Gereja. Sebagaimana mereka mengasihi ajaran Gerja yang dipulihkan, ramai juga menginginkan sesuatu yang mereka boleh dedikasikan kepada kehidupan mereka. Walaupun begitu, perintah Tuhan pada tahun 1830 kepada para Orang suci untuk berkumpul di Ohio tidak mudah untuk diikuti oleh sesetengah orang. Bagi orang-orang seperti Phebe Carter, ia bermakna meninggalkan rumah yang selesa untuk sempadan yang asing (lihat “Suara-suara Pemulihan” pada akhir rangka panduan ini). Hari ini kita dapat melihat dengan jelas apa yang dapat dilihat oleh Orang suci hanya dengan mata iman: Tuhan mempunyai banyak berkat menunggu mereka di Ohio.

Keperluan untuk berkumpul ke Ohio telah lama berlalu, tetapi Orang suci hari ini masih bersatu atas sebab yang sama, pekerjaan yang sama: untuk “mendatangkan Sion” (Ajaran dan Perjanjian 39:13). Seperti para Orang suci awal, kita meninggalkan “kekhuatiran dunia” (Ajaran dan Perjanjian 40:2) kerana kita percaya akan janji Tuhan: “Kamu akan menerima … suatu berkat yang begitu besar seperti yang belum pernah kamu ketahui” (Ajaran dan Perjanjian 39:10).

Lihat juga Saints, 1:109–11.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 37:1

Apakah yang Joseph Smith sedang menterjemah pada tahun 1830?

Dalam ayat ini, Tuhan merujuk kepada pekerjaan Joseph Smith mengenai semakan yang diilhami untuk Alkitab, yang disebut sebagai “terjemahan.” Ketika Joseph menerima wahyu yang tercatat dalam bahagian 37, dia telah melengkapkan beberapa pasal dalam kitab Kejadian dan mempelajari tentang Henokh dan kota Sionnya (lihat Kejadian 5:18–24; Musa 7). Beberapa asas yang Tuhan ajarkan kepada Henokh juga serupa dengan apa yang Dia ungkapkan dalam bahagian 38.

 

Imej
Joseph Smith dan Sidney Rigdon

Joseph Smith bekerjasama dengan Sidney Rigdon atas semakan yang diilhami untuk Alkitab. Ilustrasi oleh Annie Henrie Nader

Ajaran dan Perjanjian 38

Tuhan mengumpulkan kita untuk memberkati kita.

Tuhan menyimpulkan perintah-Nya untuk berkumpul ke Ohio dengan berfirman, “Lihatlah, inilah kebijaksanaan” (Ajaran dan Perjanjian 37:4). Tetapi tidak semua orang melihat kebijaksanaan dalamnya secara terus. Dalam bahagian 38, Tuhan mengungkapkan kebijaksanaan-Nya dengan lebih terperinci. Apakah yang anda pelajari dari ayat 11–33 tentang berkat-berkat pengumpulan? Ahli-ahli Gereja tidak lagi diperintahkan untuk berkumpul dengan berpindah ke satu lokasi; dalam cara apakah kita berkumpul hari ini? Bagaimanakah berkat-berkat ini berguna untuk kita? (lihat Russell M. Nelson, “The Gathering of Scattered Israel,” Ensign atau Liahona, Nov. 2006, 79–81).

Semasa anda membaca bahagian lain, cari petikan-petikan yang mungkin membantu Orang suci mendapatkan iman yang mereka perlukan untuk mematuhi perintah Tuhan untuk berkumpul di Ohio. Juga fikirkan tentang perintah-perintah yang Dia telah berikan kepada anda dan iman yang anda perlukan untuk mematuhinya. Soalan-soalan berikut boleh membimbing pengkajian anda:

  • Apakah yang anda temui dalam ayat 1–4 yang memberi anda keyakinan terhadap Tuhan dan perintah-perintah-Nya?

  • Bagaimanakah ayat 39 dapat membantu anda mematuhi perintah-perintah Tuhan bahkan jika ia memerlukan pengorbanan?

Apa lagi yang anda dapati?

Ajaran dan Perjanjian 38:11–13, 22–32, 41–42

Jika saya bersedia, saya tidak perlu takut.

Orang suci telah menghadapi banyak pertentangan, dan Tuhan tahu lebih banyak lagi yang akan datang (lihat Ajaran dan Perjanjian 38:11–13, 28–29). Untuk membantu mereka tidak takut, Dia mengungkapkan asas yang berharga: “jika kamu bersedia kamu tidak akan takut” (Ajaran dan Perjanjian 38:30). Ambil masa untuk renungkan cabaran yang anda hadapi. Kemudian semasa anda mengkaji bahagian 38, dengarlah kepada bisikan Roh tentang cara yang anda boleh bersedia untuk cabaran agar anda tidak akan takut.

Lihat juga Ronald A. Rasband, “Janganlah Susah Hati,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 18–21.

Ajaran dan Perjanjian 39–40

Kekhuatiran dunia seharusnya tidak mengalihkan saya dari mematuhi firman Tuhan.

Bacalah bahagian 3940, termasuk latar belakang sejarah dalam tajuk bahagian, dan mempertimbangkan bagaimana pengalaman James Covel mungkin berlaku kepada anda. Contohnya, fikiran masa ketika “hati [anda] … adalah benar di hadapan [Tuhan]” (Ajaran dan Perjanjian 40:1). Bagaimanakah anda diberkati atas kesetiaan anda? Juga fikirkan tentang apakah “kekhuatiran dunia” yang anda hadapi (Ajaran dan Perjanjian 39:9; 40:2). Apakah yang anda temui dalam bahagian-bahagian ini yang mengilhami anda untuk menjadi lebih patuh secara konsisten?

Lihat juga Matius 13:3–23.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 37:3.Untuk membantu keluarga anda memahami pengorbanan yang dilakukan oleh Orang suci untuk berkumpul di Ohio, anda boleh merujuk kepada peta yang disertakan dalam garis panduan ini.

Ajaran dan Perjanjian 38:22.Bagaimanakah kita boleh menjadikan Yesus Kristus sebagai “pemberi hukum” keluarga kita? Bagaimanakah mematuhi hukum-Nya menjadikan kita “umat yang bebas”?

Ajaran dan Perjanjian 38:24–27.Untuk mengajar anak-anak apa yang dimaksudkan untuk “jadilah satu,” anda boleh membantu mereka mengira ahli keluarga anda dan bercakap tentang mengapa setiap orang penting kepada keluarga anda. Tekankan bahawa bersama kamu adalah satu keluarga. Anda boleh membantu anak-anak anda membuat 1 di poster dan menghiasnya dengan nama dan lukisan atau gambar setiap ahli keluarga. Anda juga boleh menulis di poster hal-hal yang akan anda lakukan untuk menjadi lebih bersatu sebagai keluarga.  

Ajaran dan Perjanjian 38:29–30.Anda boleh membincangkan pengalaman keluarga atau peribadi baru-baru ini yang memerlukan persediaan. Bagaimanakah persediaan anda mempengaruhi pengalaman tersebut? Apakah yang Tuhan ingin kita untuk bersedia? Bagaimanakah bersedia dapat membantu kita untuk tidak takut? Apakah yang boleh kita lakukan untuk bersedia?

Ajaran dan Perjanjian 40.Apakah makna ayat “kekhuatiran dunia” (ayat 2) bagi kita? Adakah terdapat kekhuatiran dunia yang menghalang kita menerima firman Tuhan dengan “kegembiraan”? Bagaimana kita dapat mengatasinya?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kasihilah Sesama,” Buku Nyanyian Anak-anak, 39.

Imej
ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Berkumpul di Ohio

Imej
bangunan-bangunan Kirtland

Kirtland Village, oleh Al Rounds

Imej
Phebe Carter Woodruff

Antara Orang suci yang berkumpul di Ohio pada tahun 1830-an ialah Phebe Carter. Dia menyertai Gereja di timur laut Amerika Syarikat pada pertengahan usia dua puluhan, walaupun ibu bapanya tidak. Dia kemudian menulis mengenai keputusannya untuk berpindah ke Ohio untuk bersatu dengan Orang suci:

“Teman-teman saya kagum pada hala tuju saya, seperti saya, tetapi ada yang mendorong saya. Kesedihan ibu saya semasa saya meninggalkan rumah adalah lebih daripada yang saya boleh tahan; dan sekiranya bukan kerana semangat yang ada di dalam saya, saya akan menjadi goyah pada akhirnya. Ibu saya memberitahu saya dia lebih suka melihat saya dikebumikan daripada pergi bersendirian ke dunia yang kejam.

“‘[Phebe],’ katanya, ‘adakah anda akan kembali kepada saya jika anda mendapati Mormonisme palsu?’

“Saya menjawab, ‘ya, ibu; Saya akan.’ … Jawapan saya melegakan kerisauan dia; tetapi ia memberi kami kesedihan yang banyak. Apabila tiba masanya untuk berlepas saya tidak berani mempercayai diri untuk mengucapkan selamat tinggal; jadi saya menulis selamat tinggal kepada setiap orang, dan meninggalkannya di atas meja saya, berlari turun ke bawah dan melompat ke dalam kereta. Demikian, saya meninggalkan rumah kesayangan zaman kanak-kanak saya untuk menyatukan kehidupan saya dengan Orang suci Tuhan.”1

Dalam salah satu pesanan perpisahan itu, Phebe menulis:

“Ibu Bapa yang dikasihi—Saya sekarang akan meninggalkan kediaman orang tua saya untuk sementara waktu … Saya tidak tahu berapa lama—tetapi bukan tanpa perasaan bersyukur atas kebaikan yang saya terima dari usia muda saya sehingga masa kini—tetapi Takdir nampaknya memerintahkan sebaliknya sekarang berbanding dulu. Marilah kita menyerahkan semua hal ini ke tangan Takdir dan bersyukur kerana kita telah dibenarkan untuk hidup bersama untuk jangka masa yang sangat baik seperti yang kita miliki, mempercayai bahawa segala sesuatu akan bekerja untuk kebaikan kita jika kita mengasihi Tuhan. Marilah kita sedar bahawa kita boleh berdoa kepada Tuhan yang akan mendengar doa-doa yang ikhlas dari semua makhluknya dan memberi kita apa yang terbaik untuk kita. …

“Ibu, saya percaya adalah kehendak Tuhan bagi saya untuk pergi ke barat dan saya yakin bahawa ia sudah lama. Sekarang jalan telah dibuka … ; saya percaya bahawa itu adalah roh Tuhan yang telah melakukannya yang cukup untuk semua hal. Jangan cemas untuk anak anda; Tuhan akan menghibur saya. Saya percaya bahawa Tuhan akan menjaga saya dan memberi saya apa yang terbaik. … Saya pergi kerana panggilan Tuhan saya—Dia telah menjadikan tanggungjawab saya jelas.”2

Nota

  1. Dalam Edward W. Tullidge, The Women of Mormondom (1877), 412.

  2. Surat Phebe Carter kepada ibu bapanya, tidak bertarikh, Church History Library, Salt Lake City; tanda baca dimodenkan. Phebe memasuki Gereja pada tahun 1834, berpindah ke Ohio sekitar tahun 1835, dan mengahwini Wilford Woodruff pada tahun 1837.

Cetak