Ajaran dan Perjanjian 2021
19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: “Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku”


“19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: ‘Hukum-Ku untuk Menguruskan gereja-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Yesus Kristus

19–25 April

Ajaran dan Perjanjian 41–44

Hukum-Ku untuk Menguruskan gereja-Ku”

“Jika engkau akan meminta,” Tuhan berjanji, “engkau akan menerima wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan” (Ajaran dan Perjanjian 42:61). Apakah soalan yang boleh anda tanyakan untuk menerima wahyu yang anda perlukan?

Mencatat Tanggapan Anda

Pertumbuhan pesat Gereja pada tahun 1830 dan 1831—terutama sekali para penganut baru yang datang ke Kirtland, Ohio—adalah menarik dan menggembirakan para Orang suci. Tetapi ia juga membawa beberapa cabaran. Bagaimanakah anda menyatukan para penganut yang semakin berkembang, terutamanya apabila mereka membawa ajaran dan amalan dari kepercayaan mereka dahulu? Contohnya, ketika Joseph Smith tiba di Kirtland pada awal Februari 1831, dia mendapati para penganut baru berkongsi harta bersama dengan usaha tulen untuk meniru Orang Kristian di dalam Perjanjian Baru (lihat Kisah Rasul-Rasul 4:32–37). Tuhan telah membuat beberapa pembetulan dan penjelasan penting mengenai topik ini dan yang lain-lain, sebahagian besarnya melalui wahyu yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 42, Dia berfirman “hukum-Ku untuk menguruskan gereja-Ku” (ayat 59). Dalam wahyu ini, kita mempelajari kebenaran yang asas dalam mendirikan Gereja Tuhan di zaman akhir, termasuk janji yang jelas bahawa terdapat untuk dipelajari: “Jika engkau akan meminta, engkau akan menerima wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan” (Ajaran dan Perjanjian 42:61).

Lihat juga Saints, 1:114–19.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 41

“Dia yang menerima hukum–Ku dan melakukannya, merekalah pengikut–Ku.”

Menjelang awal tahun 1831, Orang Suci mula berkumpul di Ohio, tidak sabar-sabar untuk menerima hukum yang dijanjikan Tuhan untuk diungkapkan di situ (lihat Ajaran dan Perjanjian 38:32). Tetapi terdahulu, Tuhan mengajar bagaimana para pengikut-Nya patut bersedia untuk menerima hukum-Nya. Apakah asas-asas yang anda temui di ayat 1–5 yang telah membantu Orang Suci menerima hukum Tuhan? Bagaimana mungkin asas-asas ini membantu anda menerima arahan dari-Nya?

Ajaran dan Perjanjian 42

Hukum Tuhan mengurus Gereja-Nya dan boleh mengurus kehidupan kita.

Orang suci menganggap wahyu yang ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 42:1–72 sebagai salah satu yang paling penting yang diterima oleh Nabi. Ia adalah yang pertama diterbitkan, muncul dalam dua akhbar Ohio, dan ia dikenali sebagai “hukum.” Banyak asas-asas dalam bahagian ini telah dinyatakan oleh Tuhan sebelum ini. Walaupun bahagian itu tidak menyertakan setiap perintah yang Tuhan mahu Orang Suci-Nya patuh, maka patut difikirkan mengapa asas-asas ini penting untuk diulangi ke dalam Gereja yang baru dipulihkan.

Ia akan membantu bagi anda untuk membaca sebahagian kecil bahagian 42 seperti yang berikut dan mengenal pasti asas-asas yang diajarkan. Ketika anda melakukan ini, pertimbangkan bagaimana hukum yang membimbing Gereja ini juga boleh membantu membimbing kehidupan peribadi anda.

Ayat 4–9, 11–17, 56–58 

Ayat 18–29 

Ayat 30–31 

Ayat 40–42 

Ayat 43–52 

Lihat juga 3 Nefi 15:9.

Ajaran dan Perjanjian 42:30–42

Bagaimanakah Orang Suci “membaktikan harta-harta [mereka]” untuk menyokong yang miskin?

Bahagian penting hukum yang diungkapkan dalam bahagian 42 adalah apa yang dikenali sebagai hukum pembaktian dan pengawasan. Hukum ini mengajar Orang Suci bagaimana mereka boleh, seperti para pengikut Kristus dahulu, mempunyai “kepunyaan bersama” (Kisah Rasul-Rasul 2:44; 4 Nefi 1:3), dengan “tiada ada yang miskin di kalangan mereka” (Musa 7:18). Orang Suci membaktikan harta mereka dengan memberikannya kepada Tuhan, melalui uskup (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:30–31). Uskup mengembalikan kepada mereka apa yang mereka perlukan (lihat ayat 32)—biasanya apa yang mereka telah membaktikan dan banyak lagi. Para ahli mendermakan lebihan mereka untuk membantu orang miskin (lihat ayat 33–34). Hukum ini adalah satu rahmat besar kepada Orang Suci, terutama kepada mereka yang telah meninggalkan segala sesuatu untuk datang ke Ohio. Ramai Orang Suci yang murah hati dalam sumbangan mereka.

Walaupun kita melakukannya secara berbeza hari ini, Orang Suci Zaman Akhir masih menjalankan hukum pembaktian. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 42:30–42, renungkan bagaimana anda boleh membaktikan apa yang Tuhan telah berikan anda untuk membina kerajaan-Nya dan memberkati mereka yang memerlukan.

Lihat juga Linda K. Burton, “Ketika Aky Orang Asing,” Ensign atau Liahona, Mei 2016.

Imej
Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya

Christ and the Rich Young Ruler (Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya), oleh Heinrich Hofmann

Ajaran dan Perjanjian 42:61, 65–68; 43:1–16

Tuhan memberi wahyu untuk membimbing Gereja-Nya.

Bayangkan anda mempunyai perbualan dengan ahli baru Gereja yang teruja mengetahui bahawa Gereja dibimbing oleh wahyu. Bagaimanakah anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 43:1–16 untuk menjelaskan kepada dia pola Tuhan untuk membimbing Gereja-Nya melalui nabi-Nya? Bagaimanakah anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 42:61, 65–68 untuk mengajar tentang menerima wahyu peribadi?

 

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 41:1–5.Apakah beberapa contoh undang-undang sivil, dan bagaimana undang-undang tersebut memberi manfaat kepada kita? Bagaimanakah hukum atau perintah Bapa Syurgawi memberkati kita? Ahli keluarga boleh melukis gambar diri mereka mematuhi hukum Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 42:45, 88.Apakah yang akan membantu keluarga anda “hidup bersama dalam kasih”? (Lihat juga Mosia 4:14–15). Pertimbangkan menulis atau mengatakan sesuatu yang positif tentang satu sama lain atau menyanyikan lagu rohani tentang kasih dalam keluarga, seperti “Kasih dalam Keluarga” (Nyanyian Rohani, no. 134).

Ajaran dan Perjanjian 42:61.Mungkin anda boleh membaca ayat ini sambil meletakkan susun suai bersama-sama. Gunakan susun suai untuk mengajarkan bagaimana Tuhan mengungkapkan misteri-Nya—”wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan.” Ahli keluarga dapat berkongsi bagaimana Tuhan telah mengungkapkan kebenaran kepada mereka sedikit demi sedikit.

Ajaran dan Perjanjian 43:25.Mungkin terdapat sesuatu yang boleh digunakan oleh keluarga anda untuk mencipta bunyi ribut petir sebagai satu cara untuk memperkenalkan perbincangan tentang ayat 25. Bagaimana suara Tuhan adalah “suara guntur”? Cari ayat ini bersama tentang cara-cara yang Tuhan memanggil kita untuk bertaubat. Bagaimana kita dapat lebih peka terhadap suara Tuhan?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Injil Kan Ku Hayati,” Buku Nyanyian Anak-anak, 72; lihat “Idea-idea Memperbaiki Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga Anda.”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memupuk suasana penyayang. Cara bagaimana ahli keluarga rasa tentang satu sama lain dan memperlakukan satu sama lain boleh mempengaruhi dengan tinggi roh dalam rumah anda. Tolong ahli keluarga untuk melakukan bahagian mereka untuk menubuhkan satu rumah yang penyayang dan saling menghormati, supaya semua orang boleh rasa selamat apabila berkongsi pengalaman, soalan atau kesaksian. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 15.)

Imej
Joseph Smith sedang berkutbah

Joseph Smith Preaching in Nauvoo (Joseph Smith Sedang Berkutbah di Nauvoo), oleh Sam Lawlor

Cetak