Ajaran dan Perjanjian 2021
Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga


“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
keluarga sedang belajar tulisan suci

Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga

Pengajian tulisan suci keluarga yang tetap ialah satu cara yang berkuasa untuk menolong keluarga anda belajar injil. Betapa banyak dan betapa lama anda baca sebagai sekeluarga tidak penting seperti ketekalan usaha anda. Apabila anda menjadikan pengkajian tulisan suci bahagian penting dalam kehidupan keluarga anda, anda akan membantu merapatkan hubungan sesama keluarga dan lebih mendekati Yesus Kristus serta membentuk kesaksian terhadap firman-Nya.

Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

  • Bagaimana anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk mengkaji tulisan suci secara peribadi?

  • Bagaimana anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk berkongsi apa yang mereka pelajari?

  • Bagaimana anda dapat menekankan asas-asas yang anda pelajari dalam Ajaran dan Perjanjian dalam detik pengajaran harian?

Ingatlah bahawa rumah ialah tempat yang paling baik untuk pembelajaran injil. Anda boleh belajar dan mengajarkan injil dalam rumah dengan cara yang tidak mungkin dilakukan dalam kelas Gereja. Jadilah kreatif apabila anda fikirkan cara untuk menolong keluarga anda belajar dari tulisan suci.

Idea-idea Aktiviti

Pertimbangkan beberapa idea berikut untuk mempertingkatkan pengkajian tulisan suci sekeluarga:

Gunakan muzik

Nyanyikan lagu yang menguatkan asas yang diajar dalam tulisan suci. Lagu rohani atau lagu kanak-kanak disenarai dalam panduan mingguan. Anda boleh tanya soalan-soalan tentang perkataan atau ayat dalam lirik. Selain daripada menyanyi, keluarga anda boleh tambahkan gerakkan dalam lagu-lagu itu atau dengar lagu-lagu itu sebagai muzik latar semasa mereka lakukan aktiviti-aktiviti lain.

Kongsi tulisan suci yang bermakna

Berikan ahli-ahli keluarga masa untuk kongsi ayat-ayat yang mereka rasa bermakna semasa pengajian peribadi mereka.

Gunakan perkataan anda sendiri

Jemput ahli-ahli keluarga untuk meringkaskan apa yang mereka pelajari dari tulisan suci yang anda kaji dengan menggunakan kata-kata sendiri.

Gunakan tulisan suci dalam kehidupan anda

Selepas membaca satu ayat suci, minta ahli-ahli keluarga berkongsi cara-cara ayat itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Tanya soalan

Jemput ahli-ahli keluarga menanya satu soalan injil, dan kemudian carikan ayat suci yang boleh menjawab soalan itu.

Tunjukkan satu ayat suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna untuk anda, dan pamerkan ia di mana ahli-ahli keluarga akan nampaknya kerap kali. Jemput ahli-ahli keluarga lain ambil giliran memilih satu ayat suci untuk dipamerkan.

Buatkan satu senarai ayat suci

Sebagai sekeluarga, pilih beberapa ayat yang anda hendak bincangkan minggu depan.

Hafal tulisan suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna untuk keluarga anda, dan jemput ahli-ahli keluarga untuk menghafalkannya dengan mengulangi setiap hari atau main satu permainan hafalan.

Kongsi pengajaran berobjek

Cari objek-objek yang berkait dengan bab-bab dan ayat-ayat yang anda baca sebagai sekeluarga. Jemput ahli-ahli keluarga untuk berbincang tentang bagaimana setiap objek itu berkait dengan ajaran-ajaran dalam tulisan suci.

Pilih satu tajuk

Minta ahli-ahli keluarga untuk ambil giliran memilih satu topik yang akan dikaji secara sekeluarga. Gunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mencarikan tulisan suci tentang topik itu.

Lukis sebuah gambar

Baca beberapa ayat sebagai sekeluarga, dan kemudian berikan masa untuk ahli-ahli keluarga lukiskan sesuatu yang berkait dengan apa yang anda sudah baca. Berbincang tentang lukisan-lukisan itu.

Lakonkan Cerita

Selepas membaca satu cerita, jemput ahli-ahli keluarga melakonkan cerita itu. Selepas itu, berbincang tentang bagaimana cerita itu berkait dengan perkara-perkara yang anda alami secara individu dan secara sekeluarga.

Mengajar Kanak-kanak

Jika anda ada kanak-kanak kecil dalam keluarga anda, berikut ialah beberapa aktiviti yang boleh menolong mereka belajar:

Nyanyi

Nyanyian Rohani dan lagu-lagu dari Buku Nyanyian Anak-Anak mengajarkan ajaran dengan berkuasa. Setiap panduan dalam sumber ini merangkumi lagu cadangan. Anda boleh gunakan indeks topik pada belakang Buku Nyanyian Anak-Anak untuk mencarikan lagu-lagu yang berkaitan dengan asas-asas injil yang anda ajar. Bantu anak-anak anda mengaitkan pesanan lagu-lagu kepada kehidupan mereka.

Mendengar atau melakonkan cerita

Kanak-kanak kecil suka cerita—dari tulisan suci, dari kehidupan anda, dari sejarah Gereja, atau dari majalah-majalah Gereja. Carikan cara untuk melibatkan mereka dalam penceritaan. Mereka boleh pegang gambar atau objek, lukiskan gambar tentang apa yang mereka dengar, lakonkan cerita, atau bantu mengisahkan cerita. Bantu anak-anak anda mengenal pasti kebenaran injil dalam cerita-cerita yang anda kongsikan.

Baca satu ayat suci

Kanak-kanak kecil mungkin tidak berupaya untuk membaca, tetapi anda masih boleh melibatkan mereka dalam pembelajaran tulisan suci. Anda mungkin perlu menumpukan pada satu ayat, kata kunci atau perkataan.

Lihat gambar atau tonton satu video

Tanyakan soalan tentang gambar atau video berkaitan dengan asas injil yang anda bincangkan. Sebagai contoh, anda boleh tanya, “Apa yang berlaku dalam gambar ini? Apakah perasaan anda?” Aplikasi Gospel Library, Gospel Media Library di ChurchofJesusChrist.org, dan children.ChurchofJesusChrist.org adalah tempat baik untuk mencari gambar dan video.

Mencipta

Kanak-kanak boleh membina, melukis atau mewarna sesuatu berkenaan cerita atau asas yang mereka sedang belajar.

Mengambil bahagian dalam pengajaran berobjek

Satu pengajaran berobjek yang senang boleh menolong anak-anak anda memahami satu asas injil yang susah difahami. Apabila menggunakan pengajaran berobjek, carikan cara-cara untuk melibatkan anak-anak anda. Mereka akan belajar banyak dari pengalaman interaktif berbanding dengan hanya melihat sebuah demonstrasi.

Lakon peranan

Apabila kanak-kanak lakon peranan satu situasi yang mereka akan temui dalam kehidupan, mereka lebih memahami bagaimana asas injil boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Ulangi aktiviti

Kanak-kanak kecil perlu mendengar konsep-konsep berulang kali supaya dapat memahaminya. Contohnya, anda boleh kongsi satu cerita tulisan suci beberapa kali dalam cara yang berlainan—baca dari kitab suci, meringkaskan cerita dengan perkataan sendiri, meminta anak-anak menceritakan cerita tersebut, jemput mereka lakonkannya, dan sebagainya.

Kaitkan dengan matlamat perkembangan peribadi mereka

Pengkajian tulisan suci sekeluarga dapat menyediakan ilham kepada remaja dan kanak-kanak untuk menetapkan matlamat untuk perkembangan rohani, jasmani, intelektual, dan sosial mereka (lihat Lukas 2:52).

Imej
keluarga senyum bersama

Mengajar Remaja

Jika anda mempunyai remaja dalam keluarga anda, ini adalah beberapa aktiviti yang boleh membantu mereka:

Menjemput mereka untuk mengajar

Kita biasanya belajar lebih banyak ketika kita mengajar sesuatu daripada hanya mendengar. Berikan remaja anda peluang untuk memimpin perbincangan keluarga tentang tulisan suci.

Mengaitkan dengan Seminari

Tahun ini pelajar seminari akan mengkaji Ajaran dan Perjanjian. Jika remaja anda menghadiri seminari, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari di situ.

Menyamakan dengan tulisan suci

Kadangkala, remaja sukar untuk melihat kaitan ajaran dan asas dengan kehidupan mereka. Bantu mereka untuk melihat bagaimana cerita dan ajaran dalam tulisan suci berkaitan dengan keadaan yang mereka alami di rumah, sekolah, atau dengan kawan-kawan.

Tanya soalan yang menggalakkan renungan

Banyak remaja akan bertindak atas soalan yang membenarkan mereka untuk mengungkapkan fikiran dan perasaan mereka tentang tulisan suci daripada hanya membacanya. Contohnya, anda boleh bertanya, “Apakah yang Tuhan ajarkan anda dalam ayat-ayat ini?” atau “Mengapakah anda rasa wahyu ini bermakna bagi Orang Suci di tahun 1830?”

Kaitkan dengan matlamat perkembangan peribadi mereka

Pengkajian tulisan suci sekeluarga dapat menyediakan ilham kepada remaja dan kanak-kanak untuk menetapkan matlamat untuk perkembangan rohani, jasmani, intelektual, dan sosial mereka (lihat Lukas 2:52).

Jadi terbuka kepada soalan-soalan mereka

Soalan daripada remaja adalah peluang berharga untuk berkongsi kebenaran dan mencari pemahaman dalam topik yang dia minati. Jangan takut akan soalan atau tidak menghiraukannya, bahkan jika ia tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai semua jawapannya. Rumah adalah tempat yang ideal untuk mencari jawapan bersama.

Galakkan mereka untuk berkongsi pandangan mereka

Remaja mempunyai perspektif dan pandangan unik untuk disumbangkan dalam pembelajaran tulisan suci sekeluarga. Bantu mereka tahu bahawa anda berminat dengan apa yang Roh ajarkan kepada mereka tentang tulisan suci. Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi pandangan dari pembelajaran peribadi mereka.

Jadilah fleksibel

Jika anda mempunyai remaja yang tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pengkajian tulisan suci sekeluarga, cari cara lain untuk berhubung dengannya. Contohnya, anda boleh secara semula jadi membincangkan tentang injil dalam perbualan anda atau berkongsi tulisan suci yang bermakna tanpa nada yang berkhutbah. Pengajian kitab-kitab suci tidak sama bagi setiap keluarga. Ada orang yang bertindak lebih baik dengan pengkajian tulisan suci satu per satu. Berdoa dan ikuti bisikan Roh.

Presiden Russell M. Nelson berkata: “Saya berjanji apabila anda tekun membentuk semula rumah anda kepada satu pusat pembelajaran injil, pada akhirnya hari sabat anda akan menjadi satu kegembiraan. Anak-anak anda akan suka belajar dan mematuhi ajaran-ajaran Juruselamat, dan pengaruh musuh dalam kehidupan dan rumah anda akan berkurangan. Perubahan dalam keluarga anda akan menjadi dramatik dan berterusan” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 113).

Cetak