Ajaran dan Perjanjian 2021
Sumber-sumber Tambahan


“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
keluarga sedang mengkaji bahan-bahan Gereja

Sumber-sumber Tambahan

Kebanyakan sumber-sumber ini boleh didapati di aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak

Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain dari versi cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh mencari rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan di aplikasi Sacred Music.

Buku Panduan Seminari dan Institut

Buku Panduan Seminari dan Institut berikan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran untuk asas-asas dan laporan yang terdapat dalam kitab suci.

Majalah Gereja

Majalah-majalah Friend, New Era, Ensign, dan Liahona mengandungi cerita dan aktiviti yang boleh ditambah kepada asas yang anda ajar dari Ajaran dan Perjanjian.

Tajuk Injil

Di Tajuk Injil anda boleh mencari maklumat asas mengenai pelbagai tajuk injil, bersama-sama dengan pautan ke sumber yang berguna, seperti berkaitan pesanan persidangan umum, artikel, tulisan suci dan video. Anda juga boleh carikan Gospel Topics Essays, yang berikan jawapan mendalam kepada soalan-soalan berasaskan injil dan sejarah.

Doctrine and Covenants Stories

Doctrine and Covenants Stories menggunakan gambar dan bahasa yang mudah untuk membantu kanak-kanak mempelajari Ajaran dan Perjanjian. Anda juga boleh temui video cerita-cerita ini dalam aplikasi Gospel Library dan Gospel Media Library di ChurchofJesusChrist.org.

Scripture Stories Coloring Book: Doctrine and Covenants

Sumber ini mengandungi halaman aktiviti yang direka untuk memperkayakan pembelajaran kanak-kanak tentang Ajaran dan Perjanjian.

Video dan Seni

Karya seni, video, dan media lain boleh bantu anda dan keluarga anda menggambarkan ajaran dan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci. Layarilah Gospel Media Library di ChurchofJesusChrist.org untuk melihat koleksi sumber media Gereja. Sumber-sumber ini juga boleh didapati dalam aplikasi Gospel Media, dan banyak gambar-gambar juga didapati dalam Buku Seni Injil.

Cetak