Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1: “Dengarlah, Wahai Kamu”


“28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1: ‘Dengarlah, Wahai Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Keluarga membaca kitab suci

28 Disember–3 Januari

Ajaran dan Perjanjian 1

“Dengarlah, Wahai Kamu”

Fikirkan Ajaran dan Perjanjian 1 sebagai pengenalan peribadi Tuhan kepada kitab wahyu zaman akhir-Nya ini. Apakah yang Dia ingin anda tahu tentang Ajaran dan Perjanjian? Renungkan soalan ini, dan tuliskan sebarang tanggapan yang muncul semasa anda membaca bahagian 1.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada bulan November 1831, Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan hanya berusia satu setengah tahun. Walaupun berkembang, masih terdapat kumpulan orang yang percaya yang tinggal di perbatasan kawasan terpencil yang tersembunyi, yang dipimpin oleh seorang nabi dalam umur pertengahan dua puluhan. Tetapi Tuhan menganggap orang-orang percaya ini sebagai hamba-Nya dan utusan-Nya, dan Dia menginginkan wahyu-wahyu yang Dia berikan kepada mereka untuk diterbitkan kepada dunia.

Ajaran dan Perjanjian bahagian 1 adalah pengantar Tuhan untuk penyusunan wahyu-wahyu ini, dan dengan jelas menunjukkan bahawa walaupun keanggotaan Gereja adalah kecil, bukan pesanan remeh yang Tuhan ingin para Orang Suci-Nya untuk kongsi. Ia adalah “suara peringatan” untuk seluruh “penduduk bumi,” mengajar mereka untuk bertaubat dan menegakkan “perjanjian abadi” (ayat 4, 8, 22). Para pelayan yang membawa pesan ini adalah “orang yang lemah dan yang sederhana”, tetapi pelayan yang rendah hati adalah apa yang Tuhan perlukan—dulu dan sekarang—untuk membawa Gereja-Nya “dari keadaan yang tidak dikenali dan dari kegelapan” (ayat 23, 30).

Untuk lebih lanjut tentang sejarah di sebalik Ajaran dan Perjanjian 1, lihat Saints, 1:140–43.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 1

Tuhan menjemput saya untuk “selidikilah perintah-perintah ini.”

Kata pengantar memperkenalkan kitab. Ia mengenal pasti tema dan tujuan kitab dan membantu pembaca bersiap untuk membaca. Semasa anda membaca bahagian 1—”kata pengantar” Tuhan kepada Ajaran dan Perjanjian (ayat 6)—carilah tema dan tujuan yang Tuhan berikan untuk wahyu-wahyu-Nya. Apakah yang anda pelajari dari bahagian 1 yang akan membantu anda mendapat manfaat dari pengkajian anda tentang Ajaran dan Perjanjian? Sebagai contoh, anda mungkin merenungkan apa yang dimaksudkan untuk “mendengar suara Tuhan” dalam wahyu-wahyu ini (ayat 14) atau untuk “selidikilah perintah-perintah ini” (ayat 37).

Lihat juga pengenalan Ajaran dan Perjanjian.

Ajaran dan Perjanjian 1–6; 23–24; 37–39

Tuhan berfirman melalui hamba-hamba-Nya, dan firman-Nya akan dipenuhi.

Bahagian 1 bermula dan berakhir dengan pengisytiharan Tuhan bahawa Dia berfirman melalui hamba-Nya yang dipilih (lihat ayat 4–6, 23–24, 38). Tuliskan apa yang anda pelajari dari wahyu ini mengenai Tuhan dan suara-Nya. Apakah yang anda pelajari tentang hamba-hamba Tuhan? Bilakah anda pernah mendengar suara Tuhan dalam suara hamba-hamba-Nya? (lihat ayat 38).

Imej
sesi persidangan umum

Para nabi dan rasul mengajar kita perintah-perintah Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 1:3; 24–28; 31–33

Sekiranya saya merendahkan hati, teguran Tuhan boleh mendorong saya untuk bertaubat.

Perhatikan bahawa dalam ayat 3 dan ayat 24–28, Tuhan berfirman bahawa dosa dan kesilapan orang akan diketahui. Dalam satu hal ini pengalaman yang menyakitkan dan menyedihkan, dan dalam hal lain ia menjadi pengajaran. Mengapa situasi ini begitu berbeza? Pertimbangkan bagaimana anda bertindak balas apabila anda mengetahui tentang dosa dan kelemahan anda. Apakah kualiti yang anda temui dalam ayat 24–28 yang dapat membantu anda bertindak balas dalam cara yang baik? Apa ayat-ayat ini, bersama dengan ayat ayat 31–33, mengajar anda tentang bagaimana Tuhan melihat kelemahan dan dosa anda?

Lihat juga Amsal 3:11–12; Eter 12:27; Moroni 6:8.

Ajaran dan Perjanjian 1:12–30, 35–36

Tuhan memulihkan injil-Nya untuk membantu saya menghadapi cabaran zaman akhir.

Walaupun bahagian 1 memberi amaran tentang hari-hari yang menyedihkan yang akan datang, ia juga mengandungi pesanan yang meyakinkan: “Aku Tuhan, mengetahui malapetaka yang akan datang ke atas penduduk bumi, memanggil hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan berfirman kepadanya dari syurga” (ayat 17).

Perhatikan malapetaka yang diperingatkan Tuhan (lihat, contohnya, ayat 13–16, 35). Apakah malapetaka lain yang anda perasan dalam dunia hari ini—atau dalam kehidupan anda sendiri? Ayat 17–30 menerangkan apa yang telah dilakukan oleh Tuhan untuk anda dalam jangkauan malapetaka ini. Pertimbangkan membuat senarai apa yang anda temui.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 1:1–6, 37–39.Untuk memulakan perbincangan tentang amaran daripada Tuhan, anda boleh bercakap tentang amaran yang kita terima dari orang lain tentang bahaya yang tidak dapat kita lihat—seperti lantai licin, badai ganas, atau kereta yang mendekati. Apakah yang contoh-contoh ini ajarkan kita tentang amaran Tuhan? Menurut Ajaran dan Perjanjian 1:1–6, 37–39, bagaimanakah Tuhan memberi amaran kepada kita? Apakah amaran Dia kepada kita baru-baru ini? Mungkin anda boleh menonton atau membaca beberapa bahagian pesanan persidangan umum baru-baru ini dan mencari contoh “suara peringatan” Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 1:16.Apakah maknanya untuk “menegakkan kebenaran [Tuhan]”? Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa kita melakukan itu, daripada berjalan “dalam cara [kita] sendiri”?

Ajaran dan Perjanjian 1:30.Apakah erti Gereja itu “hidup dan sejati? Untuk mendapatkan pemikiran keluarga anda tentang soalan ini, mungkin anda boleh menunjukkan kepada mereka gambar-gambar benda hidup dan benda-benda yang tidak hidup. Anda juga boleh membincangkan apa yang boleh anda lakukan sebagai sebuah keluarga untuk membantu “membawa [Gereja] keluar dari keadaan yang tidak dikenali dan dari kegelapan.”

Ajaran dan Perjanjian 1:37.Pertimbangkan untuk merancang sebagai sebuah keluarga bagaimana anda akan “selidikilah perintah-perintah ini” dalam Ajaran dan Perjanjian pada tahun ini. Bagaimanakah anda membuat pengkajian tulisan suci anda sebagai sebahagian daripada kehidupan keluarga? Idea pembelajaran apa yang dapat membantu anda belajar dari tulisan suci? (Lihat “Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga Anda” di permulaan sumber ini.)

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-anak, 58-59, terutamanya baris terakhir.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan Yesus Kristus. Tujuan tulisan suci adalah untuk memberi kesaksian tentang Juruselamat dan injil-Nya. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 1, pertimbangkan menandakan atau mencatat ayat-ayat yang mengajar anda sesuatu tentang Yesus Kristus.

Imej
Buku Perintah

Wahyu pertama kepada Gereja yang dipulihkan telah disusun ke dalam Buku Perintah.

Cetak