Ajaran dan Perjanjian 2021
25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9: “Inilah Roh Wahyu”


“25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9: ‘Inilah Roh Wahyu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
jurutulis menulis di atas kertas

25–31 Januari

Ajaran dan Perjanjian 6–9

“Inilah Roh Wahyu”

Tuhan mengungkapkan kebenaran kepada kita di dalam minda dan hati kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 8:2–3). Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 6–9, catatkan tanggapan-tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada musim luruh tahun 1828, seorang guru muda sekolah yang bernama Oliver Cowdery mengambil tugasan mengajar di Manchester, New York, dan tinggal bersama keluarga Lucy dan Joseph Smith Sr. Oliver telah mendengar tentang anak mereka Joseph, yang kini tinggal di Harmony, Pennsylvania , dan Oliver, yang menganggap dirinya seorang pencari kebenaran, ingin mengetahui lebih lanjut. Keluarga Smith menggambarkan kunjungan dari malaikat, catatan kuno, dan kurnia untuk menterjemah dengan kuasa Tuhan. Oliver terpesona. Adakah ia benar? Lucy dan Joseph Sr. memberinya nasihat yang berguna kepada sesiapa yang mencari kebenaran: berdoa dan meminta daripada Tuhan.

Oliver melakukannya, dan Tuhan menjawab, berbicara kedamaian dan keyakinan kepada minda Oliver. Wahyu, yang Oliver temui, dapat menjadi peribadi—sesuatu yang dia akan belajar lebih mendalam dalam beberapa bulan mendatang. Wahyu bukan hanya untuk para nabi; ia adalah untuk sesiapa sahaja yang menghendaki dan mencarinya. Oliver tidak tahu apa-apa lagi, tetapi dia cukup tahu untuk mengambil langkah seterusnya. Tuhan melakukan sesuatu yang penting melalui Joseph Smith, dan Oliver ingin menjadi sebahagian darinya.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 6; 8–9

Bapa Syurgawi berbicara kepada saya melalui “Roh kebenaran.”

Pada musim bunga tahun 1829 Oliver Cowdery mengembara ke Harmony dan sukarela menjadi jurutulis Joseph Smith ketika dia menterjemahkan Kitab Mormon. Oliver kini mempunyai pandangan yang lebih dekat tentang proses penterjemahan berwahyu. Pengalaman itu menggembirakan dia, dan dia tertanya-tanya jika dia juga boleh diberkati dengan kurnia untuk menterjemah. Tuhan membenarkan dia untuk cuba menterjemah, tetapi menerima wahyu adalah sesuatu yang baru untuk Oliver, dan percubaannya tidak berjalan lancar. Dia masih mempunyai banyak untuk dipelajari, dan Ajaran dan Perjanjian 6, 8, dan 9 menunjukkan bahawa Tuhan bersedia untuk mengajarnya.

Semasa anda membaca bahagian ini, perhatikan apa yang Tuhan ajarkan tentang wahyu peribadi. Bagaimanakah firman-Nya berkait dengan pengalaman yang anda ada—atau ingin miliki?

Sebagai contoh, apa yang Ajaran dan Perjanjian 6:5–7; 8:1; 9:7–8 cadangkan tentang apa yang Tuhan minta dari anda sebelum Dia akan mengungkapkan kehendak-Nya?

Apakah yang anda pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 6:14–17, 22–24; 8:2–3; 9:7–9 tentang cara-cara wahyu boleh datang?

Adakah terdapat apa-apa lagi yang anda pelajari tentang wahyu dari bahagian-bahagian ini?

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang wahyu, lihat Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 93–96; Julie B. Beck, “And upon the Handmaids in Those Days Will I Pour Out My Spirit,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 10–12. Untuk maklumat lanjut tentang “kurnia Harun” yang digambarkan dalam bahagian 8, lihat “Oliver Cowdery’s Gift,” Revelations in Context, 15–19.

Ajaran dan Perjanjian 6:18–21, 29–37

Lihatlah kepada Kristus dalam setiap pemikiran.

Walaupun Joseph telah mengalami “keadaan yang sukar” ketika melakukan pekerjaan Tuhan (Doctrine and Covenants 6:18), dia dan Oliver mungkin tidak tahu betapa sukarnya keadaan-keadaan itu akan menjadi beberapa tahun ke depan. Tetapi Tuhan tahu, dan Dia tahu percubaan yang ada di masa depan anda juga. Nasihat-Nya kepada Joseph dan Oliver di dalam Ajaran dan Perjanjian 6:18–21, 29–37 juga boleh membantu anda. Bagaimana mungkin Joseph dan Oliver rasakan selepas mendengar kata-kata ini? Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang membantu anda mempercayai Tuhan? Bagaimanakah anda boleh memandang kepada Kristus lebih dalam kehidupan anda?

Imej
Oliver Cowdery

Oliver Cowdery, oleh Lewis A. Ramsey

Ajaran dan Perjanjian 6–7; 9:3, 7–14

“Bahkan seperti kamu menghasratkan daripada-Ku demikianlah akan terjadi kepadamu.”

Perhatikan sebanyak berapa kali perkataan seperti “hasrat” atau “menghasratkan” muncul di dalam bahagian 6 dan 7. Apakah yang anda pelajari dari bahagian-bahagian ini tentang kepentingan Tuhan letakkan pada hasrat anda? Tanyakan diri anda soalan Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 7:1: “Apakah yang engkau hasratkan?”

Salah satu hasrat soleh Oliver Cowdery—untuk menterjemah seperti Joseph Smith—tidak dipenuhi. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 9:3, 7–14, apakah tanggapan yang anda terima yang boleh membantu anda ketika hasrat soleh anda tidak dipenuhi?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 11:8; Dallin H. Oaks, “Desire,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 42–45.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 6:7, 13.Bagaimanakah anda dapat membantu keluarga anda memahami bahawa “kekayaan” sebenar ditemui dalam kehidupan abadi? (ayat 7). Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk membuat wang palsu dan menulis atau melukis beberapa berkat yang telah diterima oleh keluarga anda kerana Injil yang dipulihkan.

Ajaran dan Perjanjian 6:15, 22–23; 8:2–3; 9:7–9.Membaca ayat-ayat ini tentang bagaimana Tuhan berfirman kepada anak-anak-Nya mungkin satu peluang yang baik untuk berkongsi dengan keluarga anda bagaimana Dia telah berbicara dengan anda.

Ajaran dan Perjanjian 6:33–37.Ahli keluarga boleh berkongsi cara mereka boleh “lakukan kebaikan,” walaupun mereka merasa takut. Ia juga boleh membantu untuk menonton seluruh atau sebahagian pesanan Elder Ronald A. Rasband “Janganlah Susah Hati” (Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 18–21). Apakah maknanya untuk “lihat kepada [Kristus] dalam setiap pemikiran”? (ayat 36). Apakah beberapa contoh tentang orang yang berpaling kepada Tuhan untuk mengatasi keraguan dan ketakutan? (lihat, sebagai contoh, Ester 4; Alma 26:23–31).

Ajaran dan Perjanjian 8:10.Ini mungkin satu peluang yang baik untuk berkongsi bagaimana iman dalam Yesus Kristus telah menguatkan anda dan keluarga anda. Mengapakah penting bagi kita untuk “mintalah dalam iman”? Berkat apa yang anda lihat dari mencari jawapan atau bantuan dengan iman?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-anak, 80.

Imej
ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Terjemahan Kitab Mormon

Pada April tahun 1829, bulan ketika bahagian 6–9 Ajaran dan Perjanjian diterima, pekerjaan utama Joseph Smith adalah terjemahan Kitab Mormon. Apabila ditanya kemudian untuk mengaitkan bagaimana catatan ini diterjemahkan, Joseph berkata “bahawa ia tidak bertujuan untuk memberitahu dunia semua butir-butiran.”1 Dia sering menyatakan bahawa ia diterjemahkan “melalui kurnia dan kuasa Tuhan.

Kita tidak tahu banyak butir tentang proses penterjemahan yang ajaib, tetapi kita tahu bahawa Joseph Smith adalah pelihat, dibantu oleh alat–alat yang telah Tuhan sediakan: dua batu lutsinar yang dipanggil Urim dan Tumin dan satu lagi batu yang dipanggil batu pelihat.

Kenyataan berikut, dari saksi mata bagi proses terjemahan, menyokong kesaksian Joseph.

Imej
Kotak kayu Hyrum Smith yang memegang kepingan-kepingan emas

Adalah dipercayai bahawa kotak ini, yang dimiliki oleh Hyrum Smith, digunakan untuk menyembunyikan kepingan-kepingan emas buat sementara waktu.

Emma Smith

Imej
Emma Smith

“Ketika suamiku menterjemahkan Kitab Mormon, aku menulis sebahagian daripadanya, dia menyebut setiap ayat, perkataan demi perkataan, dan apabila dia menyebut nama-nama yang dia tidak dapat menyebut, atau perkataan panjang, dia akan mengeja, dan aku menulisnya, jika aku membuat kesilapan dalam ejaan, dia akan menghentikan aku dan membetulkan ejaan walaupun mustahil untuk dia melihat bagaimana aku menulisnya pada waktu itu. Bahkan perkataan Sara dia tidak dapat menyebutnya pada mulanya, tetapi perlu mengeja, dan aku menyebut itu untuknya.”4

“Kepingan-kepingan itu sering diletakkan di atas meja tanpa sebarang cubaan untuk menyembunyikan ia, dibalut dengan kain lapik kecil yang telah saya berikan kepadanya untuk dilipat. Aku pernah merasakan kepingan-kepingan tersebut, kerana ia terletak di atas meja, merasa garis dan bentuknya. Ia seolah-olah lasak seperti kertas tebal, dan akan bergetar dengan bunyi logam ketika tepinya dipindahkan dengan ibu jari, seperti yang kadang-kadang dilakukan dengan tepi buku. …

“Kepercayaanku adalah bahawa Kitab Mormon adalah keaslian ilahi—aku tidak mempunyai sedikit keraguan tentangnya. aku berpuas hati bahawa tiada seorang pun yang dapat menyebut penulisan manuskrip itu kecuali dia diilhamkan; kerana, ketika bertindak sebagai jurutulisnya, [Joseph] akan menyebut kepada aku jam per jam; dan apabila selesai makan, atau selepas gangguan, dia akan segera mulakan di mana yang telah tertinggal, tanpa melihat manuskrip atau mempunyai apa-apa bahagian dibacakan kepadanya. Ini adalah perkara biasa yang dia lakukan. Mustahil bagi seorang lelaki yang terpelajar melakukan ini; dan, untuk orang yang begitu jahil dan tidak terpelajar seperti itu, ia adalah mustahil.”5

Imej
Emma Smith membantu dalam penterjemahan

Ilustrasi Emma dan Joseph Smith oleh Michael T. Malm

Oliver Cowdery

Imej
Oliver Cowdery

“Aku menulis dengan pen saya sendiri seluruh Kitab Mormon (kecuali beberapa halaman) ketika ia keluar dari bibir nabi, ketika dia menterjemahkan ia dengan kurnia dan kuasa Tuhan, melalui Urim dan Tumin, atau, ia dipanggil dalam kitab, alat-alat tafsir. Aku melihat dengan mataku, dan dipegang dengan tanganku, kepingan-kepingan emas dari ia diterjemahkan. Aku juga melihat alat-alat tafsir itu.”6

Nota

  1. Minutes, 25–26 October 1831,” Minute Book 2, 13, josephsmithpapers.org.

  2. Dalam Edmund C. Briggs, “A Visit to Nauvoo in 1856,” Journal of History, vol. 9, no. 4 (Okt. 1916), 454; dipetik dalam Russell M. Nelson, “A Treasured Testament,” Ensign, Julai 1993, 62.

  3. Dalam “Last Testimony of Sister Emma,” Saints’ Herald, Okt. 1, 1879, 290; ejaan dimodenkan.

  4. Dalam Reuben Miller journal, Okt. 21, 1848, Church History Library, Salt Lake City; ejaan, tanda baca dan huruf besar dimodenkan.

Imej
Joseph Smith dan Oliver Cowdery menterjemahkan kepingan-kepingan emas.

Joseph Smith dan Oliver Cowdery telah mempelajari banyak melalui proses menterjemahkan kepingan-kepingan emas.

Cetak