Ajaran dan Perjanjian 2021
11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65: “Hati Anak-anak Akan Berpaling kepada Nenek Moyang Mereka.”


“11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65: ‘Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Moroni muncul kepada Joseph Smith

He Called Me by Name (Dia Memanggil Namaku), oleh Michael Malm

11–17 Januari

Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65

“Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka”

Roh Kudus boleh mengajar anda setiap kali anda membaca tulisan suci—bahkan tulisan suci yang telah anda baca banyak kali sebelum ini. Jadi terbukalah kepada pandangan dan ilham baru.

Mencatat Tanggapan Anda

Telah tiga tahun sejak Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, menampakkan diri kepada Joseph Smith di dalam hutan, tetapi Joseph belum menerima wahyu tambahan sejak itu. Dia mula tertanya-tanya tentang kedudukannya di hadapan Tuhan. Seperti kita semua, dia telah membuat kesilapan, dan dia merasa dikutuk oleh itu. Namun Tuhan masih mempunyai pekerjaan untuk dilakukannya. Dan pekerjaan yang Joseph dipanggil untuk lakukan adalah berkaitan dengan apa yang Tuhan minta dari kita. Joseph akan membawa Kitab Mormon; apa yang kita telah diminta lakukan dengannya? Joseph akan menerima kunci imamat untuk memalingkan hati anak-anak kepada nenek moyang mereka; bagaimana kita memalingkan hati kita kepada nenek moyang kita? Joseph diberitahu tentang nubuat yang akan segera dipenuhi; apakah bahagian kita dalam membantu menunaikannya? Apabila kita mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan, kita diharapkan untuk menghadapi pertentangan dan juga penganiayaan, seperti yang dilakukan oleh Nabi. Tetapi kita juga boleh beriman bahawa Tuhan akan menjadikan kita alat di tangan-Nya, sama seperti yang dilakukannya kepada Joseph.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Joseph Smith—Sejarah 1:27–33

Tuhan mempunyai pekerjaan untuk saya lakukan.

Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:27–33, pertimbangkan pekerjaan yang Tuhan miliki untuk anda lakukan, seperti yang Dia lakukan untuk Joseph Smith. Renungkan jemputan dari Presiden Russell M. Nelson ini: “Mintalah Bapa Syurgawi anda, atas nama Yesus Kristus, bagaimana Dia merasakan tentang anda dan misi anda di bumi ini. Jika anda bertanya dengan niat yang bersungguh-sungguh, bila tiba masanya Roh akan membisikkan kebenaran yang mengubah kehidupan anda. … Saya berjanji kepada anda bahawa apabila anda mula melihat bahkan seketika bagaimana Bapa Syurgawi melihat anda dan apa yang Dia harapkan untuk anda lakukan untuk-Nya, kehidupan anda tidak akan sama.” (“Becoming True Millennials” [pertemuan rohani sedunia bagi orang dewasa muda, Jan. 10, 2016], broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).

Anda mungkin kadang-kadang merasakan seperti yang Joseph rasakan ayat 28–29. Apakah yang dapat anda pelajari daripada contoh Joseph tentang apa yang harus dilakukan apabila tindakan anda tidak selaras dengan pekerjaan yang telah dipanggil oleh Tuhan untuk anda lakukan?

Joseph Smith—Sejarah 1:34–65

Kitab Mormon mengandungi “kegenapan Injil abadi.”

Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:34–65, pertimbangkan butiran dalam ayat-ayat ini yang mungkin menonjol kepada anda jika anda tidak pernah dengar tentang Kitab Mormon dahulu. Sebagai orang yang percaya, mengapa laporan ini penting untuk kesaksian anda tentang Kitab Mormon?

Pertimbangkan bagaimana Kitab Mormon memenuhi nubuat dalam Yesaya 29:4, 11–18.

Joseph Smith—Sejarah 1:36–41

Pemulihan injil telah memenuhi nubuat kuno.

Moroni memetik kepada Joseph beberapa nubuat Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, seperti Yesaya 11; Kisah Rasul-Rasul 3:22–23; dan Yoel 2:28–32. Mengapakah nubuat ini penting untuk diketahui oleh Joseph? Mengapa ia penting untuk anda ketahui?

Ajaran dan Perjanjian 2

Apakah yang dipulihkan oleh Elia?

Presiden Henry B. Eyring berkata: “Penting untuk mengetahui mengapa Tuhan berjanji untuk menghantar Elia. Elia adalah seorang nabi yang hebat dengan kuasa besar yang diberikan kepadanya oleh Tuhan. Dia memegang kuasa terbesar yang diberikan oleh Tuhan kepada anak-anak-Nya: dia memegang kuasa pemeteraian, kuasa untuk mengikat apa yang bumi dan mengikatnya di syurga” (“Hearts Bound Together,” Ensign atau Liahona, Mei 2005, 78).

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 110:13–16; David A. Bednar, ““Biarlah Rumah Ini Dibina Demi Nama-Ku”,” Ensign atau Liahona, Mei 2020, 84–87.

Imej
Bait suci Palmyra New York pada musim luruh

Bait suci Palmyra New York Keluarga dimeteraikan di dalam bait suci dengan kuasa pemulihan melalui Elia.

Ajaran dan Perjanjian 2

Elia datang untuk memalingkan hati saya kepada nenek moyang saya.

Apakah perkataan seperti “menanamkan,” “hati,” dan “berpaling” dalam bahagian ini mengajar anda tentang misi Elia dan berkat-berkat kunci imamat yang dipulihkannya? Bagaimanakah anda merasakan hati anda telah berpaling kepada nenek moyang anda? Fikirkan cara anda boleh mengalami perasaan seperti itu lebih kerap. Mungkin anda boleh meminta seorang saudara untuk berkongsi cerita bagi anda mengenai salah seorang nenek moyang anda—lebih baik lagi, anda boleh mencatatnya. Mungkin anda dapat mengenali nenek moyang yang telah meninggal yang tidak pernah menerima tatacara injil dan kemudian melakukan pekerjaan itu di bait suci.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Joseph Smith—Sejarah 1:28–29.Bagaimanakah perasaan Joseph Smith tentang kesilapannya? Apakah yang dilakukannya sebagai tindak balas terhadap perasaan itu? Apakah yang kita pelajari dari dia tentang apa yang perlu dilakukan apabila kita membuat kesilapan?

Joseph Smith—Sejarah 1:33–54.Anda boleh meminta ahli keluarga membaca sebahagian besar atau semua pesanan Moroni dari Joseph Smith—Sejarah 1:33–42 sebanyak empat kali (kerana Moroni mengulangi pesanan ini sebanyak empat kali). Antara setiap bacaan, mintalah ahli keluarga yang lain berkongsi apa yang mereka ingat dari pesanannya, tanpa melihat tulisan suci. Kenapa Tuhan mengulangi pesanan penting beberapa kali? Apakah beberapa cara lain yang Tuhan ajarkan kepada kita melalui pengulangan?

Ajaran dan Perjanjian 2:2.Untuk membantu anak-anak anda memahami “perjanjian yang dibuat kepada nenek moyang,” anda boleh membaca Abraham 2:9–11 bersama. Kenal pasti janji yang Tuhan buat sebagai sebahagian daripada perjanjian-Nya dengan Abraham. Bagaimana kita “menanamkan” janji-janji ini di dalam hati kita?

Ajaran dan Perjanjian 2:2–3.Untuk membantu ahli keluarga memalingkan hati mereka kepada bapa mereka (atau nenek moyang), anda boleh menjemput mereka untuk mempelajari tentang seorang leluhur dan berkongsi apa yang mereka pelajari kepada seluruh keluarga. Kenapa Tuhan mahu kita belajar tentang ahli keluarga kita dan melaksanakan tatacara bait suci untuk mereka? Bagaimanakah kita diberkati apabila kita mengambil bahagian dalam pekerjaan sejarah keluarga dan bait suci? (lihat Dale G. Renlund, “Sejarah Keluarga dan Pekerjaan Bait Suci: Pemeteraian dan Penyembuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 46–49).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 100.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Gunakan bantuan pembelajaran tulisan suci. Bantuan bacaan seperti nota kaki, Panduan Tulisan Suci, dan ChurchofJesusChrist.org dapat membantu anda lebih memahami orang, peristiwa, dan ayat di dalam tulisan suci.

Imej
Moroni memberi Joseph Smith kepingan-kepingan emas

Joseph Receives the Plates (Joseph Smith Menerima Kepingan-kepingan), oleh Gary E. Smith

Cetak