Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11: “Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk”


“1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11: ‘Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Manuskrip Kitab Mormon

Replika manuskrip Kitab Mormon yang asal.

1–7 Februari

Ajaran dan Perjanjian 10–11

“Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk”

Mencatat tanggapan semasa membaca tulisan suci adalah seperti menanam benih; walaupun tanggapan yang kecil boleh membawa kepada wahyu peribadi yang bermakna.

Mencatat Tanggapan Anda

Apabila penterjemahan Kitab Mormon berkembang, satu soalan secara semula jadi timbul: Apa yang perlu dilakukan oleh Joseph Smith dan Oliver Cowdery mengenai halaman penterjemahan yang telah hilang? Perkara yang logik mungkin adalah untuk kembali dan menterjemahkan bahagian itu, tetapi Tuhan dapat melihat sesuatu yang mereka tidak boleh—orang-orang jahat telah merancang untuk mengubah kata-kata di halaman-halaman itu untuk menanam keraguan atas pekerjaan yang Joseph diilhamkan. Tuhan mempunyai rancangan untuk menghalang usaha Setan dan mengimbangi apa yang telah hilang. Rancangan ini telah dilancarkan ribuan tahun yang lalu apabila nabi Nefi diilhamkan untuk membuat catatan kedua yang meliputi tempoh masa yang sama. Kemudian, Mormon diilhamkan untuk memasukkan catatan ini di dalam Kitab Mormon “untuk suatu tujuan yang bijak” yang diketahui oleh Tuhan (lihat Kata-kata Mormon 1:3–7).

“Kebijaksanaan-Ku,” firman Tuhan kepada Joseph, “lebih besar daripada kelicikan iblis” (Ajaran dan Perjanjian 10:43). Itulah pesanan yang meyakinkan pada hari seperti kita, apabila usaha berterusan musuh untuk melemahkan iman semakin menggiatkan. Seperti Joseph, kita boleh menjadi “setia dan meneruskan” dalam pekerjaan yang dipanggil oleh Tuhan untuk kita lakukan (ayat 3). Kemudian kita akan mendapati bahawa Dia telah menyediakan jalan agar “pintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya” melawan kita (ayat 69).

Lihat Saints, 1:51–61.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 10:1–33

Setan berusaha untuk memusnahkan pekerjaan Tuhan.

Setan lebih suka jika kita lupa bahawa dia wujud atau kita sekurang-kurangnya gagal mengenali cubaannya untuk mempengaruhi kita (lihat 2 Nefii 28:22–23). Tetapi firman Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 10 mengungkapkan bahawa Setan adalah terus-menerus, dengan aktif menentang pekerjaan Tuhan. Semasa anda membaca ayat 1–33, kenal pasti bagaimana Setan cuba untuk memusnahkan pekerjaan Tuhan pada masa Joseph Smith (lihat juga ayat 62–63). Apakah persamaan yang anda lihat dalam cara-cara Setan bekerja hari ini? Anda boleh meminta Tuhan untuk membantu anda melihat bagaimana Setan cuba menggoda anda. Apakah yang anda pelajari dari bahagian 10 yang boleh membantu anda melawan usaha Setan?

Ajaran dan Perjanjian 10:34–52

“Kebijaksanaan [Tuhan] adalah lebih besar daripada kelicikan iblis.”

Lebih dari 2,400 tahun lebih awal, Tuhan bersedia untuk mengimbangi halaman-halaman yang hilang dari Kitab Mormon (lihat 1 Nefii 9). Apakah yang anda pelajari tentang Tuhan dari Ajaran dan Perjanjian 10:34–52? Apakah bukti kebijaksanaan Tuhan dan pengetahuan yang anda lihat dalam kehidupan anda?

Catatan yang Tuhan bersedia untuk menggantikan dengan manuskrip yang hilang sekarang terdapat dalam 1 Nefi hingga Omni. Bagaimanakah cerita dan ajaran dalam catatan ini “memberi pandangan yang lebih besar terhadap injil” bagi anda? (Ajaran dan Perjanjian 10:45).

Imej
Mormon meringkaskan kepingan-kepingan emas

Mormon Meringkaskan Kepingan-kepingan Emas, oleh Tom Lovell

Ajaran dan Perjanjian 11

Jika saya bertanya kepada Tuhan, saya akan menerima.

Beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan Joseph Smith memintanya untuk mencari kehendak Tuhan bagi pihak mereka. Joseph senang berbuat demikian, tetapi Tuhan juga bersedia memberikan mereka wahyu peribadi. Dalam Ajaran dan Perjanjian 11, satu wahyu yang Joseph terima untuk abang sulungnya Hyrum, Tuhan berfirman, “Aku akan memberi kepadamu Roh-Ku, … dan pada waktu itu kamu akan tahu … segala hal apa pun yang kamu hasratkan daripada-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 11:13–14).

Tuhan berfirman bahawa firman-Nya adalah untuk “semua yang menunjukkan hasrat-hasrat yang baik, dan telah menghayunkan sabit mereka untuk menuai” (ayat 27). Dalam Ajaran dan Perjanjian 11, apakah yang Tuhan cuba beritahu kepada anda tentang wahyu peribadi? tentang mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan? Apakah pesanan lain yang Dia punyai untuk anda?

Ajaran dan Perjanjian 11:15–26

Semasa saya berusaha untuk “mendapatkan firman [Tuhan],” saya akan menerima Roh dan kuasa-Nya.

Bahkan sebelum Kitab Mormon diterjemahkan, Hyrum Smith sangat berminat untuk memberitakan Injil. Semasa anda membaca tindak balas Tuhan terhadap hasratnya, pertimbangkan apa ertinya bagi anda untuk “mendapatkan firman [Tuhan]” (ayat 21). Bagaimanakah mendapatkan firman Tuhan membantu anda melayani dalam Gereja? Bagaimanakah ia membawa kuasa Tuhan ke dalam kehidupan anda?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 10:5.Apakah yang kita pelajari dari ayat ini tentang kuasa doa? Mengapakah kita “berdoa selalu”? (Untuk idea-idea, lihat David A. Bednar, “Pray Always,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 41–44.)

Ajaran dan Perjanjian 10:38–46.Untuk membantu keluarga anda membincangkan bagaimana Tuhan mengimbangi halaman yang hilang dari terjemahan Kitab Mormon, mungkin ahli keluarga dapat membicarakan sesuatu yang baru saja mereka kehilangan. Bagaimanakah perasaan mereka apabila mereka mendapati ia hilang? Bagaimanakah perasaan mereka ketika ia ditemui? Walaupun halaman Kitab Mormon yang hilang tidak pernah dijumpai, bagaimana Tuhan mengimbanginya, menurut Ajaran dan Perjanjian 10:38–46?

Ajaran dan Perjanjian 10:55–70.Jemputlah ahli keluarga untuk mencari atau menandakan ungkapan yang bermula dengan “Aku” atau “Aku akan.” Apakah yang kita pelajari daripada ungkapan “Aku” mengenai siapa Yesus Kristus dan ciri-ciri Dia? Apakah yang kita pelajari daripada ungkapan “Aku akan” tentang apa yang Dia lakukan? Galakkan ahli keluarga untuk berkongsi bagaimana kebenaran ini menguatkan iman mereka terhadap Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 11:12–14.Membaca ayat-ayat ini dapat membantu ahli keluarga anda mengenali ketika Roh berkomunikasi dengan mereka. Anda boleh menyalakan lampu suluh di atas lantai dan menjemput ahli keluarga untuk bergerak ke tempat cahaya bersinar. Bagaimanakah ini seperti mengikuti bimbingan Roh Kudus? Apakah pengalaman peribadi yang boleh anda kongsi?

Ajaran dan Perjanjian 11:15–30.Pertimbangkan untuk membuat senarai hal-hal yang Tuhan firmankan kepada Hyrum Smith agar dia bersedia untuk berkongsi injil. Apakah yang harus kita lakukan sebagai sebuah keluarga?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-anak, 66; lihat “Idea-idea untuk Memperbaiki Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga.”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan tulisan suci dalam kehidupan anda. Selepas membaca satu ayat suci, mintalah ahli–ahli keluarga berkongsi cara–cara ayat itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, mereka dapat berkongsi bagaimana Roh telah mempengaruhi mereka dengan cara yang dijelaskan dalam Ajaran dan Perjanjian 11:12–13.

Imej
Joseph dan Hyrum Smith

Joseph dan Hyrum Smith, oleh Ken Corbett

Cetak