Ajaran dan Perjanjian 2021
29 Mac–4 April. Hari Easter: “Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang dibunuh”


“29 Mac–4 April. Hari Easter: “Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang dibunuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“29 Mac–4 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Patung Kristus

29 Mac–4 April

Hari Easter

“Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang dibunuh”

Semasa anda mempersiapkan untuk memperingati Kebangkitan Juruselamat pada Ahad Hari Easter, renungkan bagaimana wahyu moden telah memperdalamkan iman anda bahawa Yesus Kristus adalah Putera Tunggal Tuhan dan Penebus dunia.

Mencatat Tanggapan Anda

3 April 1836, adalah Ahad Hari Easter. Selepas membantu memberi sakramen kepada Orang Suci yang berkumpul di Bait Suci Kirtland yang baru didedikasikan, Joseph Smith dan Oliver Cowdery mendapatkan tempat yang tenang di belakang tirai di dalam bait suci dan membongkok dalam doa. Kemudian, pada hari kudus ini ketika orang Kristian di mana-mana memperingati Kebangkitan Yesus Kristus, Juruselamat yang telah bangkit sendiri muncul di bait suci-Nya, mengisytiharkan, “Akulah dia yang hidup, Akulah Dia yang dibunuh” (Ajaran dan Perjanjian 110:4).

Apakah maknanya untuk mengatakan bahawa Yesus Kristus adalah “Dia yang hidup”? Ia bukan hanya bermaksud bahawa Dia telah bangkit dari kubur pada hari ketiga dan menampakkan diri kepada para pengikut Galilea-Nya. Ini bermakna bahawa Dia hidup hari ini. Dia berbicara melalui para nabi hari ini. Dia memimpin Gereja–Nya hari ini. Dia menyembuhkan jiwa dan hati yang hancur hari ini. Jadi, kita boleh mengulangi kata-kata kesaksian yang kuat dari Joseph Smith: “Dan sekarang, selepas begitu banyak kesaksian yang telah diberikan tentang Dia, inilah kesaksiannya … yang kami berikan terhadap Dia: Bahawa Dia hidup!” (Ajaran dan Perjanjian 76:22). Kita boleh mendengar suara-Nya dalam wahyu-wahyu ini. Kita boleh lihat tangan-Nya dalam hidup kita. Kita boleh merasakan “betapa manis kegembiraan ayat ini berikan: ‘Saya tahu Penebusku hidup!’” (Nyanyian Rohani, no. 53).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 29:5; 38:7; 62:1; 76:11–14, 20–24; 110:1–10

Yesus Kristus hidup.

Nabi Joseph Smith telah beberapa kali melihat Juruselamat yang telah bangkit, dan dua dari pengalaman ini tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian. Apabila anda membaca bahagian 76:11–14, 20–24; 110:1–10, apa yang menarik hati anda tentang kesaksian Joseph Smith? Mengapakah kesaksiannya bernilai bagi anda?

Sepanjang Ajaran dan Perjanjian, Juruselamat bersaksi tentang misi dan keilahian-Nya sendiri. Apakah yang anda pelajari tentang Kristus yang hidup dari firman-Nya sendiri dalam Ajaran dan Perjanjian 29:5; 38:7; 62:1? Anda boleh mempertimbangkan untuk mencatat pengisytiharan seperti ini yang anda temui semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian.

Lihat juga Joseph Smith—Sejarah 1:17.

Ajaran dan Perjanjian 29:26–27; 42:45–46; 63:49; 88:14–17, 27–31; 93:33–34

Oleh kerana Yesus Kristus dan Kebangkitan–Nya, saya akan dibangkitkan.

Joseph Smith tahu bagaimana rasanya untuk berduka bagi kematian orang yang dikasihi. Dua dari saudaranya, Alvin dan Don Carlos, meninggal pada masa remaja. Joseph dan Emma telah mengubur enam orang anak, setiap satu berusia kurang dari dua tahun. Tetapi dari wahyu-wahyu yang dia telah terima, Joseph memperoleh pandangan abadi tentang kematian dan rancangan abadi Tuhan. Pertimbangkan kebenaran yang diungkapkan dalam Ajaran dan Perjanjian 29:26–27; 42:45–46; 63:49; 88:14–17, 27–31; 93:33–34. Bagaimanakah wahyu-wahyu ini mempengaruhi pandangan anda tentang kematian? Bagaimana ia boleh mempengaruhi cara anda hidup?

Lihat juga 1 Korintus 15; M. Russell Ballard, “Penglihatan tentang Penebusan Orang-orang Mati,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 71–74; Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Joseph Smith (2007), 174–76.

Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19; 45:3–5; 76:69–70

Yesus Kristus telah melaksanakan sebuah “korban tebusan yang sempurna.”

Salah satu cara untuk memberi tumpuan kepada Juruselamat pada Hari Easter adalah dengan mempelajari wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian yang mengajar tentang korban tebusan-Nya. Beberapa daripadanya boleh ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19; 45:3–5; 76:69–70. Mungkin anda boleh membuat senarai kebenaran-kebenaran tentang Korban tebusan Juruselamat yang anda temui di dalam ayat-ayat ini. Untuk memperdalamkan pengkajian anda, anda boleh menambah ke dalam senarai anda dengan menyelidiki rujukan tulisan suci yang tersenarai dalam “Menebus, Korban Tebusan” (Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

Di sini ada beberapa soalan yang boleh membimbing pengkajian anda:

  • Mengapakah Yesus Kristus pilih untuk menderita?

  • Apakah yang harus saya lakukan untuk menerima berkat korban tebusan-Nya?

  • Bagaimana saya boleh tahu bahawa korban tebusan-Nya memiliki kesan dalam kehidupan saya?

Imej
Yesus Berdoa

Lord of Prayer (Tuhan Doa), oleh Yongsung Kim

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Persidangan umum.Kerana persidangan umum bertepatan dengan Ahad Hari Easter tahun ini, anda boleh mempertimbangkan bagaimana pesanan persidangan (termasuk muzik) dapat memperdalamkan kesaksian keluarga anda tentang Yesus Kristus. Sebagai contoh, kanak-kanak kecil boleh melukis gambar Juruselamat, atau memegang gambar Dia, apabila mereka mendengar pesanan atau lagu mengenai Yesus Kristus. Ahli keluarga yang lain boleh membuat senarai kebenaran-kebenaran yang mereka dengar mengenai Juruselamat. Selepas itu, ahli keluarga boleh berkongsi lukisan atau senarai mereka dan kesaksian mereka sendiri tentang Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 88:14–17; 138:17, 50.Keluarga anda mungkin berminat memikirkan pelajaran analogi atau objek untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan untuk mati dan dibangkitkan—sesuatu yang menggambarkan tubuh dan roh dipisahkan dan kemudian bersatu semula, seperti tangan dan sarung tangan. Bagaimanakah ayat-ayat ini memperdalamkan penghargaan kita terhadap apa yang dilakukan Juruselamat bagi kita?

“Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul.”Untuk menggalakkan perbincangan tentang kesaksian nabi moden tentang Juruselamat, anda boleh menugaskan setiap ahli keluarga untuk membaca sebahagian dari “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (Ensign atau Liahona, Mei 2017, dalam muka depan) dan berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus.   Apakah kebenaran yang kita temui yang memberi ilham kepada kita?

“Dia Hidup Sang Penebusku.”Untuk membantu keluarga anda mempertimbangkan cara-cara Juruselamat yang bangkit memberkati kita hari ini, anda boleh menyanyi bersama-sama “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53) dan hubungkan kebenaran yang diajarkan dalam lagu ini dengan apa yang diajar dalam tulisan suci berikut: Ajaran dan Perjanjian 6:34; 45:3–5; 84:77; 98:18; 138:23. Keluarga anda juga mungkin suka menulis ayat-ayat tambahan untuk lagu rohani yang menyatakan bagaimana mereka tahu bahawa Penebus mereka hidup.

Untuk video hari Easter dan sumber-sumber lain, lihat Easter.ComeUntoChrist.org.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Yesus T’lah Bangkit,” Buku Nyanyian Anak-anak, 44.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Temui pengajaran dalam hal-hal seharian. Pertimbangkan bagaimana pengalaman harian ahli keluarga anda mungkin membawa kepada perbualan yang bermakna tentang kebenaran injil (lihat Teaching in the Savior’s Way, 4). Sebagai contoh, hujan badai boleh menjadi peluang untuk bercakap tentang bagaimana Tuhan memberi berkat kepada anak-anak-Nya.

Imej
Yesus menampakkan diri kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery

Jesus Christ Appears to the Prophet Joseph Smith and Oliver Cowdery, oleh Walter Rane

Cetak