2010–2019
Penglihatan tentang Penebusan Orang-orang Mati
Oktober 2018


15:11

Penglihatan tentang Penebusan Orang-orang Mati

Saya bersaksi bahawa penglihatan yang diterima oleh Presiden Joseph F. Smith adalah benar. Saya memberi kesaksian bahawa setiap orang boleh mengetahuinya adalah benar.

Saudara dan saudari, ucapan saya telah disediakan sebelum Barbara, isteri saya yang dikasihi meninggal dunia. Saya dan keluarga saya berterima kasih atas kasih sayang dan kebaikan hati anda. Saya berdoa agar Tuhan akan memberkati saya semasa saya berbicara kepada anda pada pagi ini.

Pada Oktober 1918, 100 tahun lalu, Presiden Joseph F. Smith menerima sebuah penglihatan yang mulia. Selepas 65 tahun pelayanannya kepada Tuhan di Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan mingguan sebelum kematiannya pada 19 November 1918, dia sedang duduk di dalam biliknya merenungkan korban tebusan Kristus dan membaca penjelasan Rasul Petrus tentang pelayanan Juruselamat di dunia roh selepas Penyaliban-Nya.

Dia mencatat: “Semasa aku membacanya aku amat tertarik. … Ketika aku merenungkan tentang hal-hal yang tertulis ini, mata pemahamanku dibukakan, dan Roh Tuhan berada pada diriku, dan aku melihat sejumlah besar orang mati.”1 Catatan penuh penglihatan ini tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian bahagian 138.

Saya akan memberi sedikit latar belakang supaya kita dapat menghargai persediaan sepanjang hayat Joseph F. untuk menerima wahyu yang menakjubkan ini.

Joseph dan Hyrum Smith di atas kuda

Semasa dia seorang Presiden Gereja, dia mengunjung Nauvoo pada 1906 dan mengenang kembali memori ketika dia berusia lima tahun. Dia berkata: “Inilah tempat yang sama di mana saya berdiri apabila [Joseph, pak cikku, dan ayahku, Hyrum] membuat perjalanan ke Carthage. Tanpa menurun dari kudanya, ayah datang ke arah saya dan mengangkat saya. Dia memberi ciuman selamat tinggal dan menurunkan aku dan aku melihat dia pergi.”2

Pada masa seterusnya Joseph F. melihat mereka, ibunya, Mary Fielding Smith mengangkatnya untuk melihat orang yang mati syahid terbaring bersama selepas dibunuh dengan teruk di dalam Penjara Carthage pada 27 June 1844.

Dua tahun kemudian, Joseph F., bersama keluarganya dan ibu yang setia, Mary Fielding Smith, meninggalkan rumah di Nauvoo untuk ke Winter Quarters. Walaupun belum sampai umur lapan tahun, Joseph F. perlu memandu salah satu kumpulan lembu jantan dari Montrose, Iowa ke Winter Quarters dan kemudian ke Lembah Salt Lake, tiba di sana pada umur hampir 10 tahun. Saya berharap anda anak-anak lelaki dan remaja putera sedang mendengar dan akan menyedari tanggungjawab dan harapan diberikan kepada Joseph F. ketika masa budak-budaknya.

Hanya empat tahun kemudian pada 1852, semasa berumur 13 tahun, ibunya yang dikasihi meninggal dunia—menjadikan Joseph dan saudara-saudaranya anak-anak yatim.3

Joseph F. dipanggil melayani misi di Kepulauan Hawaii pada 1854 ketika berumur 15 tahun. Misinya berjalan melebihi 3 tahun merupakan permulaan kehidupan pelayanan di Gereja

Pada masa dia pulang ke Utah, Joseph F. berkahwin pada 1859.4 Tahun-tahun seterusnya, hidup dia penuh dengan kerja, tugasan keluarga dan dua misi tambahan. Pada 1 Julai 1866, umur 27 tahun, kehidupan Joseph F. telah diubah buat selamanya apabila dia ditahbiskan seorang Rasul oleh Presiden Brigham Young. Pada Oktober tahun seterusnya, dia mengambil tempatnya dalam Majlis Dua Belas.5 Dia melayan sebagai penasihat kepada Brigham Young, John Taylor, Wilford Woodruff dan Lorenzo Snow sebelum dia menjadi Presiden pada 1901.6

Joseph F. dan isterinya Julina menyambut anak pertama mereka, Mercy Josephine ke dalam keluarga.7 Dia meninggal dunia semasa berumur dua tahun setengah. Tidak lama kemudian, Joseph F. mencatat: “Semalam sudah sebulan sejak Josephine yang kusayangi meninggal dunia. Ya! Betapa saya inginkan dia dapat bertumbuh sampai besar. Saya rindu dia setiap hari dan saya sepi. … Tuhan ampuni kelemahan saya jika ia salah untuk menyayangi anak kecil saya seperti kukasihi mereka.”8

Semasa hidupnya, Presiden Smith kehilangan ayahnya, ibunya, abangnya, dua adik perempuan, dua isteri dan tiga belas anak-anak. Dia menderita kesengsaraan dan kehilangan orang yang dikasihi.

Apabila anak lelakinya Albert Jesse mati, Joseph F. menulis kepada adiknya Martha Ann bahawa dia merayu kepada Tuhan untuk selamatkan anaknya dan merayu, “Mengapa begini? Ya. Tuhan mengapa perlunya jadi begini?”9

Walaupun dia berdoa-doa, Joseph F. tidak menerima jawapan tentang itu.10 Dia beritahu Martha Ann bahawa “jawapan tidak akan turun” pada subjek kematian dan dunia roh. Meskipun, imannya terhadap janjian abadi Tuhan tetap teguh dan tabah.

Pada masa Tuhan, jawapan tambahan, penghiburan, pemahamannya yang dicari mengenai dunia roh datang kepada Presiden Smith melalui penglihatan yang hebat pada Oktober 1918

Tahun itu khususnya amat menyedihkan bagi dia. Dia sedih dengan bilangan kematian dalam Perang Dunia Besar yang masih meningkat sampai 20 juta orang terbunuh. Tambahan juga, wabak demam selesema meluas di seluruh dunia, mengakibatkan kematian sebanyak 100 juta orang.

Elder Hyrum Mack Smith

Pada tahun itu, Presiden Smith juga kehilangan tiga orang ahli keluarga. Elder Hyrum Mack Smith dari Kuorum Dua Belas Rasul, anak lelaki sulungnya dan datuk saya, meninggal dunia tiba-tiba akibat usus pecah.

Presiden Smith bertulis: “Aku terdiam—[kaku] akibat kedukaan! … Hatiku sedih, dan berdenyut untuk hidup! … Ya! Aku sayangi dia! … Aku akan sayangi dia buat selamanya. Juga sama bagi semua anak lelaki dan perempuan aku, tetapi dia anak sulungku, yang pertama membawa kebahagiaan dan harapan dengan nama yang terhormat dan abadi di kalangan manusia. Dari jauh dalam jiwaku, aku terima kasih Tuhan atasnya! Tetapi … Ya! Aku memerlukan dia! Kita perlukan dia! Dia yang paling berguna kepada Gereja. … Sekarang, … Ya! apa yang aku boleh buat! … Ya! Tuhan tolonglah aku!”11

Bulan seterusnya, anak lelaki mertua Presiden Smith, Alonzo Kesler, mati dalam kemalangan tragedi.12 Presiden Smith mencatat dalam jurnalnya, “Kemalangan yang paling teruk dan tidak dapat dielak, sekali lagi membuat keluargaku sedih.”13

Tujuh bulan seterusnya, pada September 1918, anak perempuan mertua dan nenek saya, Ida Bowman Smith, mati selepas melahirkan anaknya yang kelima, pak cik Hyrum.14

Jadilah itu, pada 3 Oktober 1918, mengalami kesedihan atas jutaan orang yang mati di dunia dari peperangan, penyakit dan kematian ahli keluarganya, Presiden Smith menerima wahyu syurgawi iaitu “penglihatan tentang penebusan orang-orang mati.”

Presiden Joseph F. Smith

Dia menyebut tentang wahyu itu pada hari seterusnya di dalam pembukaan sesi persidangan umum Oktober. Kesihatan Presiden Smith semakin merosot, namun dia bercakap dengan singkat: “Saya tidak akan, saya tidak berani, mendalami banyak hal-hal dalam minda saya pagi ini, dan saya akan tunggu sampai masa depan, jika Tuhan hendak, saya memberitahu kamu hal-hal dalam minda dan dalam hati saya. Saya tidak berseorangan selama [lima] bulan yang lalu. Saya berada dalam roh berdoa, rayuan, iman dan keazaman; dan saya mempunyai komunikasi berterusan dengan Roh Tuhan.”15

Wahyu yang dia terima pada 3 Oktober menghibur hatinya dan menjawab banyak pertanyaannya. Kita juga dapat dihibur dan pelajari dengan lanjut mengenai masa depan kita apabila kita dan orang-orang yang dikasihi mati dan pergi ke dunia roh dengan mengkaji wahyu ini dan merenungkan kepentingannya dalam cara kita hidup setiap hati.

Di antara hal-hal yang dilihat oleh Presiden Smith ialah kunjungan Juruselamat kepada orang setia di dalam dunia roh selepas kematian-Nya di atas salib. Saya petikan dari penglihatan itu:

Tetapi lihatlah, dari kalangan mereka yang soleh, Dia telah mengaturkan kumpulan-Nya dan menetapkan para utusan, yang diselubungi dengan kuasa dan wewenang, dan memberi mereka wewenang untuk pergi dan membawa cahaya Injil kepada mereka yang berada dalam kegelapan, bahkan kepada semua roh manusia;16 dan demikianlah Injil dikhutbahkan kepada yang mati. …

“Orang-orang ini diajarkan iman kepada Tuhan, pertaubatan dari dosa, pembaptisan melalui perwakilan untuk pengampunan dosa-dosa, kurniaan Roh Kudus melalui perletakan tangan,

“Dan semua asas Injil yang lain yang perlu diketahui oleh mereka untuk melayakkan diri mereka agar mereka boleh dihakimi menurut manusia dalam keadaan daging, tetapi hidup menurut Tuhan di dalam roh. …

“Kerana yang mati telah melihat ketiadaan roh mereka daripada tubuh mereka sedemikian lama sebagai suatu penawanan.

“Mereka ini telah Tuhan ajari, dan berikan mereka kuasa untuk datang, selepas kebangkitan-Nya dari yang mati, untuk masuk ke dalam kerajaan Bapa-Nya, untuk dimahkotai dengan kebaqaan dan kehidupan kekal di sana,

“Dan meneruskan sejak dari itu pekerjaan mereka sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Tuhan, dan menjadi pengambil bahagian akan segala berkat yang disimpan bagi mereka yang mengasihi-Nya.”17

Tugu peringatan Joseph dan Hyrum Smith

Dalam penglihatan itu, Presiden Smith melihat ayahnya, Hyrum dan Nabi Joseph Smith. Sudah 74 tahun sejak kali terakhir dia melihat mereka semasa budak kecil di Nauvoo. Kita hanya boleh bayangkan kebahagiaan dia melihat ayah dan pak ciknya yang dikasihi. Dia mesti telah terilham dan dihibur untuk tahu segala roh kekal dalam bentuk tubuh fana dan mereka menantikan hari kebangkitan yang dijanjikan. Penglihatan itu mengungkap lebih mendalam dan keluasan rancangan Bapa Syurgawi bagi anak-anak-Nya dan kasih tebusan Kristus dan kuasa Korban Tebusan-Nya yang tiada bandingan.18

Pada hari ulang tahun ke-100 istimewa ini, saya menjemput anda untuk membaca wahyu ini dengan teliti dan penuh doa. Apabila anda melakukan, mohon Tuhan memberkati anda dengan pemahaman penuh dan menghargai kasih Tuhan dan rancangan keselamatan-Nya dan kegembiraan untuk anak-anak-Nya.

Saya bersaksi bahawa penglihatan yang diterima oleh Presiden Joseph F. Smith adalah benar. Saya memberi kesaksian bahawa setiap orang boleh bacanya dan akan ketahuinya benar. Mereka yang tidak menerima pengetahuan ini dalam kehidupan ini pasti akan ketahui kebenarannya apabila semua orang tiba di dunia roh. Di sana, semua akan mengkasihi dan memuji Tuhan Bapa dan Tuhan Yesus Kristus atas rancangan keselamatan yang besar dan berkat-berkat Kebangkitan yang dijanjikan apabila tubuh dan roh akan dipersatukan kembali, tidak akan pernah lagi terpisah.19

Sister Barbara Ballard

Saya amat bersyukur mengetahui di mana Barbara yang saya kasihi berada dan tahu kami akan bersama sekali lagi dengan keluarga kami untuk seluruh keabadian. Semoga kedamaian Tuhan menyokong kita sekarang dan selama-lamanya. Inilah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Ajaran dan Perjanjian 138:6, 11.

  2. Joseph F. Smith, di Preston Nibley, The Presidents of the Church (1959), 228.

  3. Lihat Joseph Fielding Smith, Life of Joseph F. Smith (1938), 13.

  4. Dia mengahwini Levira Clark pada 1859, Julina Lambson pada 1866, Sarah Richards pada 1868, Edna Lambson pada 1871, Alice Kimball pada 1883 dan Mary Schwartz pada 1884.

  5. Joseph F. Smith telah dipanggil sebagai penasihat tambahan di Presidensi Utama (Brigham Young, Heber C. Kimball and Daniel H. Wells). Dia juga melayan sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama kepada tiga Presiden Gereja: Presiden John Taylor, Wilford Woodruff, and Lorenzo Snow.

  6. Joseph F. Smith melayan sebagai penasihat kepada Presidensi Utama semasa pentadbiran Brigham Young dan melayan sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama semasa pentadbiran John Taylor, Wilford Woodruff dan Lorenzo Snow. Dia ialah Presiden Gereja pertama yang telah melayan dalam Presidensi Utama sebelum dipanggil menjadi Presiden.

  7. Mercy Josephine, anak sulung Joseph F. dilahir pada 14 Ogos 1867 dan mati pada 6 Jun 1870.

  8. Joseph F. Smith, jurnal, 7 July 1870, Pustaka Sejarah Gereja, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Salt Lake City, Utah.

  9. Joseph F. Smith kepada Martha Ann Smith Harris, 26 Ogos 1883, Pustaka Sejarah Gereja; lihat Richard Neitzel Holzapfel dan David M. Whitchurch, My Dear Sister: The Letters between Joseph F. Smith and His Sister Martha Ann (2018), 290–91.

  10. Kebanyakannya, Tuhan mengarah kehidupan peribadi dan pelayanan Joseph F. Smith sebagai Rasul dan Presiden Gereja melalui mimpi berilham, wahyu dan penglihatan. Kurnia berharga tersebut datang daripada Tuhan seringkali dicatatkan di dalam jurnal, khutbah, kenangan dan catatan rasmi Gereja.

  11. Joseph F. Smith, jurnal, 23 Januari 1918, Pustaka Sejarah Gereja; ejaan dan huruf besar dimodenkan; lihat Joseph Fielding Smith, Life of Joseph F. Smith, 473–74.

  12. Lihat “A. [P.] Kesler Is Killed in Fall from a Building,” Ogden Standard, 5 Feb. 1918, 5.

  13. Joseph F. Smith, jurnal, 4 Feb 1918, Pustaka Sejarah Gereja.

  14. Lihat “Ida Bowman Smith,” Salt Lake Herald-Republican, 26 Sept. 1918, 4.

  15. Joseph F. Smith, dalam Conference Report, Okt 1918, 2.

  16. Lihat rujukan pada “Ibu Hawa kita yang mulia, bersama ramai para puterinya yang setia yang … menyembah Tuhan yang hidup dan sejati” (Ajaran dan Perjanjian 138:39).

  17. Ajaran dan Perjanjian 138:30; 33–34; 50–52

  18. Catatan penglihatan itu keluar pada edisi Deseret News pada 30 November 1918, 11 hari selepas Presiden Smith meninggal duniw pada 19 November. Ia dicetak pada Improvement Era December dan pada edisi Relief Society Magazine Januari 1919, Utah Genealogical and Historical Magazine, Young Woman’s Journal, dan Millennial Star.

  19. Walaupun para putera keterkutukan akan dibangkit, mereka tidak diberi kasih dan pujian kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus seperti mereka yang akan menerima sebuah kemuliaan kerajaan. Lihat Alma 11:41; Ajaran dan Perjanjian 88:32–35.