2010–2019
Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus
Oktober 2018


16:14

Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus

Tujuan kita adalah untuk menyeimbangkan pengalaman Gereja dan di rumah dengan cara yang akan meningkatkan iman, kerohanian, dan memperdalamkan penukaran hati dengan lebih besar.

Seperti yang Presiden Russell M. Nelson telah katakan, para pemimpin Gereja telah lama merancang “satu rancangan berpusat di rumah dan di sokong oleh Gereja untuk mempelajari ajaran, menguatkan iman, dan memupuk ibadat peribadi yang lebih besar.” Presiden Nelson kemudian mengumumkan pelarasan untuk mencapai “keseimbangan dan perhubungan baru antara arahan injil di rumah dan di Gereja.”1

Untuk mencapai tujuan ini—yang diterangkan oleh dan di bawah arahan Presiden Russell M. Nelson dan diikuti dengan keputusan Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul—jadual pertemuan Ahad akan disesuaikan dengan cara berikut, bermula pada Januari 2019.

Jadual Pertemuan Ahad

Pertemuan Gereja Ahad akan terdiri dari pertemuan sakramen 60 minit setiap hari Ahad, memberi tumpuan kepada Juruselamat, tatacara sakramen, dan pesanan rohani. Selepas masa peralihan ke kelas, ahli Gereja akan menghadiri kelas 50-minit yang akan diadakan secara berselang seli setiap hari Ahad:

  • Sekolah Minggu akan diadakan pada Ahad minggu pertama dan ketiga.

  • Pertemuan kuorum imamat, Lembaga Pertolongan, dan Remaja Puteri akan diadakan pada Ahad minggu kedua dan keempat.

  • Pertemuan pada Ahad minggu kelima akan berada di bawah arahan uskup.

Sekolah Primer akan diadakan setiap minggu selama tempoh 50 minit yang sama dan ini termasuk masa nyanyian dan kelas.

Jadual Ahad

Berkenaan dengan jadual pertemuan Ahad, para pemimpin senior Gereja telah menyedari selama bertahun-tahun bahawa bagi sesetengah ahli gereja kita, jadual Ahad selama tiga jam di gereja boleh menyukarkan. Hal ini terutama berlaku kepada ibu bapa dengan anak kecil, kanak-kanak Sekolah Primer, ahli orang tua, penganut baru, dan lain-lain.2

Tetapi terdapat lebih banyak lagi kepada pelarasan ini dari sekadar memendekkan jadual pertemuan Ahad. Presiden Nelson telah mengakui dengan rasa terima kasih berapa banyak yang telah dicapai sebagai hasil iman anda kepada jemputan sebelumnya. Dia dan seluruh pemimpin Gereja ingin membawa kebahagiaan injil yang lebih besar—kepada ibu bapa, kanak-kanak, remaja, orang bujang, orang tua, penganut baru, dan orang-orang yang diajarkan oleh para penginjil—melalui usaha seimbang yang berpusat kepada keluarga dan disokong oleh Gereja. Tujuan dan berkat yang berkaitan dengan pelarasan ini dan perubahan baru-baru ini termasuk perkara berikut:

  • Memperdalamkan penukaran hati kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus dan menguatkan iman kepada Mereka.

  • Memperkuatkan individu dan keluarga melalui kurikulum yang berpusat kepada keluarga dan disokong oleh Gereja yang menyumbang kepada kehidupan injil yang bahagia.

  • Menghormati hari Sabat, dengan memberi tumpuan pada tatacara sakramen.

  • Membantu semua anak Bapa Syurgawi di kedua-dua belah tirai melalui kerja penginjil dan menerima tatacara dan perjanjian dan berkat bait suci.

Pembelajaran Injil yang Berpusat pada Keluarga, yang Disokong oleh Gereja

Jadual Ahad ini membolehkan lebih banyak masa untuk malam keluarga dan untuk mengkaji injil di rumah pada hari Ahad, atau pada masa lain yang dipilih oleh individu dan sekeluarga. Malam aktiviti keluarga boleh diadakan pada hari Isnin atau pada waktu lain. Untuk tujuan ini, pemimpin harus terus memastikan hari Isnin bebas dari pertemuan dan aktiviti Gereja. Walau bagaimanapun, masa yang diluangkan untuk malam keluarga, kajian injil dan aktiviti untuk individu dan keluarga boleh dijadualkan mengikut keadaan individu masing-masing.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Kajian injil sekeluarga dan individu di rumah akan dipertingkatkan dengan lebih baik oleh sumber kurikulum Ikutlah Aku untuk individu dan keluarga yang berharmoni dan baru yang diselaraskan dengan apa yang diajar di Sekolah Minggu dan Sekolah Primer.3 Pada Januari, kelas Sekolah Minggu remaja dan dewasa dan Sekolah Primer akan mempelajari Perjanjian Baru. Sumber kajian keluarga Ikutlah Aku untuk individu dan keluarga yang baru— juga mengajar Perjanjian Baru—direka untuk membantu para ahli mempelajari injil di rumah. Ia menjelaskan: “Sumber ini adalah untuk setiap individu dan keluarga dalam Gereja. Ia direkakan untuk menolong [kita] mempelajari injil [dengan lebih baik]—secara diri sendiri atau bersama keluarga [kita]. … Rangka panduan dalam sumber [baru] ini diatur mengikut jadual mingguan …”4

Pelajaran Ikutlah Aku Sekolah Primer yang baru diajarkan dalam Gereja mengikut jadual mingguan yang sama. Kelas Sekolah Minggu orang dewasa dan remaja pada Ahad pertama dan ketiga akan diselaraskan supaya mereka akan menyokong sumber keluarga Ikutlah Aku yang baru. Pada Ahad kedua dan keempat, orang dewasa di imamat dan Lembaga Pertolongan akan terus mempelajari ajaran para pemimpin Gereja, dengan penekanan pada pesanan terkini para nabi moden.5 Remaja puteri dan remaja putera Imamat Harun akan mempelajari tajuk injil pada hari Ahad tersebut.

Sumber pengkajian keluarga yang baru menyediakan “Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga.”6 Rangka panduan untuk setiap minggu mengandungi idea dan aktiviti pembelajaran untuk individu dan keluarga yang boleh membantu. Sumber Ikutlah Aku untuk individu dan keluarga juga mempunyai banyak ilustrasi yang akan membantu meningkatkan pembelajaran individu dan keluarga, terutamanya untuk kanak-kanak.7 Sumber baru ini akan disediakan untuk setiap isi rumah menjelang bulan Disember tahun ini.

Presiden Nelson, dari ucapan awalnya kepada ahli Gereja pada bulan Januari, telah meminta kita untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua Yesus Kristus dengan berjalan di jalan perjanjian.8

Keadaan dunia semakin memerlukan memperdalamkan penukaran hati individu dan memperkuatkan iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya. Tuhan telah menyediakan kita, baris demi baris, untuk masa berbahaya yang kita hadapi sekarang. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Tuhan telah membimbing kita untuk menangani kebimbangan utama yang berkaitan, termasuk:

  • Menghormati hari Sabat dan tatacara kudus sakramen sekali lagi ditekankan untuk tiga tahun yang lalu.

  • Di bawah arahan uskup, kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan yang diperkuatkan memberi tumpuan pada tujuan dan tanggungjawab ilahi Gereja9 dan membantu ahli membuat dan mentaati perjanjian kudus.

  • Melayani dalam kaedah lebih tinggi serta lebih kudus telah diterima dengan gembira.

  • Bermula dengan pengakhiran ini dalam pemikiran, perjanjian bait suci dan pelayanan sejarah keluarga menjadi bahagian yang berfaedah dari jalan perjanjian.

Pelarasan yang diumumkan pagi ini adalah satu lagi contoh panduan untuk cabaran zaman kita.

Kurikulum tradisional Gereja telah menekankan pengalaman Gereja Ahad. Kita tahu bahawa apabila kita mempunyai pengajaran yang lebih baik dan lebih banyak ahli kelas yang bersedia secara rohani, kita mempunyai pengalaman Gereja Ahad yang lebih baik. Kita diberkati sehingga Roh sering menambahkan dan memperkuatkan penukaran hati dalam suasana Gereja.

Kurikulum baru yang berpusat kepada keluarga dan disokong oleh Gereja perlu mempengaruhi pemeliharaan dan tingkah laku agama keluarga serta peribadi dengan lebih kuat. Kita tahu kesan rohani dan penukaran yang mendalam dan kekal yang boleh dicapai dalam suasana rumah. Bertahun-tahun lalu, satu kajian membuktikan bahawa bagi lelaki dan wanita muda pengaruh Roh Kudus sering menemani ketika kajian tulisan suci dan doa individu di rumah. Tujuan kita adalah untuk mengimbangkan pengalaman Gereja dan di rumah dengan cara yang akan meningkatkan iman, kerohanian, dan memperdalamkan penukaran hati kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus dengan lebih besar.

Dalam pelarasan ini yang berpusat kepada keluarga dan disokong oleh Gereja, terdapat kelonggaran bagi setiap individu dan keluarga untuk menentukan dengan doa bagaimana dan bila ia akan dilaksanakan. Contohnya, sementara ini akan memberkati semua keluarga, berdasarkan keperluan tempatan, ia sangat sesuai untuk orang bujang muda, orang bujang dewasa, ibu bapa tunggal, keluarga separa ahli gereja, ahli baru,10 dan lain-lain untuk berkumpul bersama di luar pertemuan Ahad yang biasa untuk menikmati persahabatan injil dan diperkuatkan dengan mengkaji bersama sumber yang berpusat pada keluarga dan disokong oleh gereja. Ini akan dicapai secara tidak rasmi oleh mereka yang berhasrat demikian.

Di banyak tempat di dunia, orang memilih untuk tinggal di bangunan pertemuan selepas jadual Ahad biasa untuk bersosial. Tiada apa-apa dalam pelarasan yang diumumkan ini yang akan mengganggu amalan menakjubkan dan memuaskan ini.

Untuk membantu ahli bersedia untuk Sabat, beberapa bahagian sudah menghantar mesej e-mel, sms, atau media sosial pertengahan minggu. Hasil dari pelarasan ini, kami sangat mencadangkan jenis komunikasi ini. Jemputan ini akan mengingatkan ahli jadual pertemuan Ahad untuk minggu itu, termasuk tajuk pelajaran kelas yang akan datang, dan menyokong perbualan injil yang berterusan di rumah. Tambahan pula, pertemuan dewasa pada hari Ahad juga akan menyediakan maklumat untuk menghubungkan kajian Gereja dan rumah setiap minggu.

Pertemuan sakramen dan tempoh kelas akan memerlukan pertimbangan dengan doa untuk memastikan bahawa keutamaan rohani ditekankan atas fungsi pentadbiran. Contohnya, pengumuman selalunya dapat dilakukan melalui jemputan pertengahan minggu atau pada program bercetak. Walaupun pertemuan sakramen harus mempunyai doa pembukaan dan penutupan, pertemuan kedua hanya memerlukan doa penutupan.11

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jadual Ahad yang baru tidak akan bermula sehingga Januari 2019. Terdapat beberapa sebab untuk ini. Dua sebab paling penting adalah, pertama, untuk mempunyai masa untuk mengedarkan sumber Ikutlah Aku untuk individu dan keluarga dan, kedua, untuk memberi waktu kepada presiden pancang dan uskup untuk mengatur jadual pertemuan dengan matlamat untuk memiliki lebih banyak bahagian bertemu lebih awal pada hari itu.

Sebagai pemimpin yang telah mencari wahyu, panduan yang diterima sejak beberapa tahun ini adalah untuk menguatkan pertemuan sakramen, menghormati hari Sabat, dan menggalakkan dan membantu ibu bapa dan individu untuk menjadikan rumah mereka sebagai sumber kekuatan rohani dan peningkatan iman—tempat kegembiraan dan kebahagiaan.

Berkat-berkat yang Luar Biasa

Apakah maksud pelarasan ini untuk ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir? Kami yakin bahawa ahli-ahli akan diberkati dengan cara yang luar biasa. Ahad boleh menjadi hari pembelajaran dan pengajaran Injil di gereja dan di rumah. Sebagai individu dan keluarga terlibat dalam majlis keluarga, sejarah keluarga, pelayanan, penyembahan peribadi, dan masa keluarga yang gembira, hari Sabat benar-benar akan menjadi suatu kegembiraan.

Keluarga Carvalho

Satu keluarga dari Brazil adalah ahli pancang di mana sumber Ikutlah Aku yang baru diuji. Bapa, Fernando, seorang bekas penginjil, dengan isterinya, Nancy, adalah ibu bapa kepada empat anak kecil, melaporkan: “Apabila program Ikutlah Aku diperkenalkan di dalam pancang kami, saya sangat teruja, dan saya fikir ‘cara kami mengkaji tulisan suci di rumah akan berubah.’ Ia benar-benar berlaku di rumah saya, dan sebagai pemimpin Gereja, saya melihatnya berlaku di rumah-rumah lain. … Ia membantu kita membincangkan tulisan suci di rumah kami. Saya dan isteri saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam mengenai tajuk yang dipelajari. … Ia membantu kami … meluaskan pengetahuan injil kami, dan meningkatkan iman dan kesaksian kami. … Saya memberi kesaksian saya … bahawa saya tahu ia diilhami oleh Tuhan agar asas dan ajaran yang terkandung di dalam tulisan suci dikaji dengan konsisten dan berkesan dapat meningkatkan iman, kesaksian, dan cahaya kepada keluarga … dalam dunia yang semakin jahat.”12

Dalam pancang yang diuji di seluruh dunia, terdapat sambutan yang sangat baik kepada sumber keluarga Ikutlah Aku yang baru. Ramai melaporkan bahawa mereka berkembang dari membaca tulisan suci kepada benar-benar mengkaji tulisan suci. Pengalaman sama yang dirasai adalah iman yang diperkuatkan dan kesan yang menakjubkan di bahagian.13

Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal

Matlamat pelarasan ini adalah untuk mendapatkan penukaran hati yang mendalam untuk orang dewasa dan generasi muda. Halaman pertama dari sumber individu dan keluarga menunjukkan: “Matlamat semua pembelajaran dan pengajaran injil adalah untuk memperdalamkan penukaran hati kita dan membantu kita menjadi lebih seperti Yesus Kristus. … Ini bererti bergantung pada Kristus untuk mengubah hati kita.”14 Ini dibantu dengan “melangkaui kelas ke dalam hati dan rumah individu. Ia perlukan usaha harian yang tetap untuk memahami dan mematuhi injil. Penukaran hati yang benar memerlukan pengaruh Roh Kudus.”15

Matlamat yang paling penting dan berkat utama penukaran hati yang mendalam dan kekal adalah menjadi layak menerima perjanjian dan tatacara jalan perjanjian.16

Kami mempercayai anda untuk berunding bersama dan mencari wahyu untuk melaksanakan pelarasan ini—walaupun tidak melihat di luar tanda atau cuba untuk mengawal individu atau keluarga. Maklumat tambahan akan dikongsi dalam komunikasi yang akan datang, termasuk surat Presidensi Utama dan lampiran.

Saya bersaksi kepada anda bahawa dalam perbincangan Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul di bait suci, dan selepas nabi kita yang dikasihi memohon Tuhan untuk wahyu untuk melakukan pelarasan ini, pengesahan yang sangat berkuasa diterima oleh semua. Russell M. Nelson ialah Presiden dan nabi kita yang hidup. Pengumuman yang dibuat hari ini akan menghasilkan berkat yang mendalam bagi mereka yang bersemangat menerima pelarasan ini dan mencari bimbingan Roh Kudus. Kita akan menjadi lebih dekat dengan Bapa Syurgawi kita dan Tuhan serta Juruselamat kita, Yesus Kristus, di mana saya adalah saksi yang pasti. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Ucapan Pembukaan,” Liahona, Nov. 2018, 8.

  2. Kami juga sedar bahawa, dalam masyarakat pada umumnya, kebanyakan peristiwa untuk maklumat, pendidikan, dan juga hiburan telah dipendekkan dengan ketara.

  3. Kurikulum ini akan disediakan secara digital dan cetakan.

  4. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga (2019), vi.

  5. Lihat “Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan,” Liahona, Mei 2018, 140. Pesanan persidangan umum akan dibincangkan pada Ahad kedua dan keempat.

  6. Lihat Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, 4. Individu dan keluarga menentukan bahagian kajian injil keluarga, malam keluarga, dan aktiviti keluarga akan menjadi malam bersama keluarga (yang sudah kebanyakan disebut “malam keluarga”). Oleh kerana individu dan keluarga akan membuat penentuan ini, malam keluarga dan malam bersama keluargaa telah digunakan secara berganti-ganti dalam pelarasan yang telah diumumkan.

  7. Lihat Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, 29.

  8. Lihat Russell M. Nelson, “Ketika Kita Maju Bersama,” Liahona, Apr. 2018, 7.

  9. Lihat Handbook 2: Administering the Church (2010), 2.2. Tanggungjawab yang dilantik secara ketuhanan “termasuk membantu ahli menjalani injil Yesus Kristus, mengumpul Israel melalui kerja penginjil, menjaga yang miskin dan yang memerlukan, dan membolehkan keselamatan orang mati dengan membina bait suci dan melaksanakan tatacara perwakilan.” Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 110,yang mengandungi laporan kunci-kunci pemulihan yang penting.

  10. Beri perhatian khusus kepada kanak-kanak yang ibu bapanya bukan ahli atau tidak kerap menghadiri gereja. Orang bujang dan yang lain juga boleh bertemu dengan keluarga jika itu memberi manfaat kepada semua yang berkenaan.

  11. Latihan pembukaan biasanya tidak akan menjadi sebahagian dari pertemuan kedua.

  12. Keluarga Fernando dan Nancy de Carvalho, Brazil.

  13. Individu dan keluarga yang terlibat dalam ujian permulaan secara purata mengkaji injil lebih kerap dan mempunyai kajian tulisan suci dan perbincangan injil di rumah yang lebih bermakna. Mereka melaporkan mempunyai perbincangan injil yang lebih tidak formal dengan ahli keluarga dan ahli bahagian dan menghargai mengkaji tajuk tulisan suci yang sama seperti keluarga mereka. Ini terutamanya benar bagi remaja.

  14. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, v; lihat juga 2 Korintus 5:17.

  15. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, v.

  16. Lihat Russell M. Nelson, “Ketika Kita Maju Bersama,” 7.