2010–2019
Menyatukan Segala Sesuatu Dalam Kristus
Oktober 2018


15:45

Menyatukan Segala Sesuatu Dalam Kristus

Kuasa injil Juruselamat untuk mengubah dan memberkat kita datang dari mentafsirkan dan mengaplikasikan ajaran, asas, dan amalan yang saling berkaitan.

Tali ialah satu alat yang penting yang biasa bagi kita. Tali dibuat daripada lembar kain, tumbuh-tumbuhan, dawai, atau bahan-bahan lain yang dipintalkan atau dijalinkan. Bahan-bahan yang mungkin tidak luar biasa boleh diikat bersama dan menjadi sangat kuat. Jadi, dengan menghubungkan dan mengikatkan bahan-bahan biasa dengan berkesan boleh menghasilkan satu alat yang luar biasa.

Lembar-lembar dijalin kepada tali

Seperti tali memperolehi kekuatan daripada lembar-lembar yang dijalinkan, injil Yesus Kristus memberikan perspektif yang paling besar tentang kebenaran dan berkat kaya apabila kita mengikut teguran Paulus untuk “menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala.”1 Yang penting, penyatuan kebenaran penting ini berpusat dan berfokus pada Tuhan Yesus Kristus kerana Dia ialah “jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup.”2

Saya berdoa supaya Roh Kudus akan menerangi kita semasa kita menimbang bagaimana asas menyatukan segala sesuatu dalam Kristus digunakan dalam cara yang praktikal untuk mempelajari dan mematuhi injil-Nya yang sudah dipulihkan dalam kehidupan harian kita.

Satu Musim Wahyu

Kita hidup dalam satu musim wahyu luar biasa Gereja Yesus Kristus yang sudah dipulihkan. Penyesuaian yang bersejarah yang diumumkan hari ini hanya ada satu tujuan yang menyeluruh: untuk memperkuatkan iman kepada Bapa Syurgawi dan rancangan-Nya serta Putera-Nya Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Jadual pertemuan hari Ahad bukan dipendekkan sahaja. Tetapi, sekarang kita ada lebih banyak peluang dan tanggungjawab sebagai individu dan keluarga untuk menggunakan masa kita demi peningkatan hari Sabat sebagai satu kegembiraan di rumah dan di gereja.

Pada April lepas ini, struktur organisasi kuorum imamat tidak hanya berubah. Tekanan dan kekuatan diberikan ke atas satu cara pelayanan kepada saudara saudari kita dalam cara yang lebih tinggi dan kudus.

Seperti tali yang terdiri daripada banyak lembar menghasilkan satu alat yang kuat dan tahan lama, semua tindakan berkaitan ini ialah sebahagian usaha bersatu untuk lebih menjajarkan fokus, sumber, dan kerja Gereja Juruselamat yang sudah dipulihkan dengan misi dasarnya: untuk menolong Tuhan dalam kerja-Nya untuk membawakan keselamatan dan permuliaan anak-anak-Nya. Jangan hanya berfokus pada aspek logistik tentang apa yang sudah diumumkan. Kita mesti tidak benarkan perincian-perincian prosedur perubahan-perubahan ini mengaburkan sebab-sebab rohani yang menyeluruh.

Hasrat kita adalah bahawa iman kepada rancangan Bapa dan misi penebusan Juruselamat akan meningkat di bumi dan perjanjian abadi Tuhan akan ditubuhkan.3 Objektif kita adalah untuk memudahkan penukaran hati kepada Tuhan yang berterusan dan mengasihi saudara saudari kita dengan lebih lengkap dan melayani mereka dengan lebih berkesan.

Membahagikan dan Memisahkan

Kadangkala, sebagai ahli Gereja, kita membahagi, memisah, dan mengaplikasikan injil dalam hidup kita dengan merekakan senarai topik-topik kajian individu dan tugas-tugas yang panjang. Tetapi cara ini mungkin akan menghadkan pemahaman dan visi kita. Kita mesti berhati-hati kerana berfokus seperti orang Farasi ke atas senarai boleh mengalihkan kita dari lebih mendekati Tuhan.

Tujuan dan pengudusan, kegembiraan dan kebahagiaan, dan penukaran hati dan perlindungan yang berterusan yang datang daripada “penyerahan hati [kita] kepada Tuhan”4 dan “menerima rupa-nya pada air muka [kita]”5 tidak boleh diperolehi dengan hanya melakukan dan menyemak semua perkara rohani yang kita harus lakukan. Sebaliknya, kuasa injil Juruselamat untuk mengubah dan memberkat kita datang dari mentafsirkan dan mengaplikasikan ajaran, asas, dan amalan yang saling berkaitan. Apabila kita menyatukan segala sesuatu Dalam Kristus, dengan berfokus pada Dia, kebenaran-kebenaran injil bekerja sama untuk membolehkan kita menjadi apa yang Tuhan ingin kita menjadi6 dan menahan sampai akhir dengan berani.7

Belajar dan Menggabungkan Kebenaran-kebenaran Injil

Injil Yesus Kristus ialah satu dewangga indah kebenaran yang “tersusun rapi”8 dan dijalinkan. Apabila kita belajar dan menggabungkan kebenaran-kebenaran injil yang diungkap, kita diberkati untuk menerima perspektif yang berharga dan kapasiti rohani yang lebih tinggi melalui mata yang boleh nampak pengaruh Tuhan dalam hidup kita dan telinga yang boleh dengar suara-Nya.9 Dan asas menyatukan segala sesuatu—mahupun dalam Dia—boleh menolong kita mengubah tradisi menyemak senarai kepada sesuatu yang bersatu, bergabung, dan lengkap. Biarkan saya berikan satu contoh ajaran dan satu contoh Gereja tentang apa yang saya cadangkan.

Contoh 1. Fasal kepercayaan keempat ialah salah satu pertunjukan yang paling baik tentang menyatukan segala sesuatu dalam Kristus: “Kami percaya bahawa asas-asas dan tatacara-tatacara pertama Injil adalah: pertama, Iman kepada Tuhan Yesus Kristus; kedua, Pertaubatan; ketiga, Pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa; keempat, Perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus.”10

Iman kepada Tuhan Yesus Kristus

Iman benar berfokus dalam dan kepada Tuhan Yesus Kristus—dalam Dia sebagai yang berilahi dan Anak Tunggal Bapa serta kepada Dia dan misi penebusan yang Dia lengkapkan. “Kerana Dia telah memenuhi tujuan hukum tersebut, dan Dia menuntut mereka semua yang memiliki iman kepada-Nya; dan mereka yang beriman kepada-Nya akan mendekatkan diri pada setiap hal yang baik; oleh itu Dia membela anak-anak manusia; dan Dia tinggal selama-lamanya di dalam syurga.”11 Beriman kepada Kristus adalah menyakin dan mempercayai Dia sebagai Juruselamat kita, pada nama-Nya, dan janjian-Nya.

Pertaubatan

Akibat semula jadi pertama mempercayai Juruselamat adalah bertaubat dan mengalih daripada kejahatan. Semasa kita beriman dalam dan kepada Tuhan, kita akan mengalih kepada Dia, datang kepada Dia, dan bergantung kepada Dia. Jadi, pertaubatan adalah mempercayai dan bergantung pada Penebus untuk melakukan untuk kita apa yang kita tidak mampu lakukan untuk diri sendiri. Kita masing-masing harus “[bersandar] sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan”12 kerana hanya “melalui jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias yang Kudus”13 kita dapat menjadi manusia baru14 dan akhirnya kembali dan tinggal dalam hadirat Tuhan.

Pembaptisan

Tatacara pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa memerlukan kita mempercayai Dia, bergantung pada Dia, dan mengikuti Dia. Nefi mengisytihar, “Aku tahu bahawa jika kamu akan mengikuti Putera, dengan maksud hati yang sepenuhnya, bertindak tanpa kemunafikan dan tanpa penipuan di hadapan Tuhan, tetapi dengan maksud yang bersungguh-sungguh, bertaubat atas dosa-dosamu, bersaksi kepada Bapa bahawa kamu bersedia untuk mengambil ke atas dirimu nama Kristus, melalui pembaptisan—ya, dengan mengikuti Tuhanmu dan Juruselamatmu turun ke dalam air, menurut firman-Nya, lihatlah, kemudian akanlah kamu menerima Roh Kudus; ya, kemudian datanglah pembaptisan dengan api dan dengan Roh Kudus.”15

Penetapan

Tatacara perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus memerlukan kita mempercayai Dia, bergantung kepada Dia, mengikuti Dia, dan bermaju depan dalam Dia dengan bantuan Roh Kudus-Nya. Seperti Nefi berkata, “Dan sekarang … aku tahu melalui ini bahawa kecuali seseorang akan bertahan sampai akhir, dalam mengikuti teladan Putera Tuhan yang hidup, dia tidak dapat diselamatkan.”16

Menyatukan segala sesuatu

Fasal kepercayaan keempat tidak hanya mengenal pasti asas-asas dasar dan tatacara-tatacara injil yang sudah dipulihkan. Tetapi, pernyataan kepercayaan yang diilhamkan ini menyatukan segala sesuatu dalam Kristus: mempercayai dalam dan kepada Dia, bergantung pada Dia, mengikuti Dia, dan bermaju depan bersama Dia—mahupun dalam Dia.

Contoh 2. Sekarang saya hendak huraikan bagaimana semua program dan inisiatif Gereja menyatukan segala sesuatu dalam Kristus. Banyak contoh tradisional boleh digunakan di sini, saya hanya akan gunakan beberapa sahaja.

Membina dan memperkuatkan Sion

Pada tahun 1978, Presiden Spencer W. Kimball mengarah ahli-ahli Gereja memperkuatkan Sion di seluruh dunia. Dia menasihati para Orang Suci menetap di tanah air mereka dan menubuhkan pancang-pancang yang kukuh dengan menghimpunkan keluarga Tuhan dan mengajar mereka cara-cara Tuhan. Kemudian dia kata bahawa lebih banyak bait suci akan dibina dan menjanjikan berkat-berkat kepada para Orang Suci di mana mana pun mereka tinggal.17

Blok tiga jam
Perisytiharan keluarga

Apabila nombor pancang bertambah, keperluan bagi para ahli untuk menjadikan rumah mereka “tempat di mana ahli-ahli keluarga suka berada, di mana mereka boleh memperkayakan hidup mereka dan memperolehi kasih sayang, sokongan, penghargaan, dan galakan“ juga meningkat.18 Akibatnya, pada tahun 1980, pertemuan hari Ahad disatukan kepada satu blok sepanjang tiga jam untuk “menekankan tanggungjawab peribadi dan keluarga demi pembelajaran, kepatuhan, dan pengajaran injil. ”19 Tekanan pada keluarga dan rumah ini ditegaskan sekali lagi dalam “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia” yang diperkenalkan oleh Presiden Gordon B. Hinckley pada tahun 1995.20

Pembinaan bait suci

Pada bulan April 1998, Presiden Hinckley mengumumkan pembinaan lebih banyak bait suci kecil, dan dengan demikian, bawakan tatacara-tatacara kudus rumah Tuhan kepada individu dan keluarga Orang Suci Zaman Akhir di seluruh dunia.21 Dan peluang-peluang untuk perkembangan rohani juga dipertingkatkan oleh keberdikarian jasmani yang semakin menambah melalui perkenalan Tabung Pendidikan Berterusan pada tahun 2001.22

Menjaga yang miskin dan yang berkeperluan

Semasa pentadbirannya, Presiden Thomas S. Monson berulang-kali menggesa para Orang Suci untuk pergi “menyelamat” dan menekankan penjagaan orang yang miskin dan yang berkeperluan sebagai tanggungjawab ilahi Gereja. Meneruskan tekanan ke atas persediaan jasmani, inisiatif Perkhidmatan Keberdikarian dilaksanakan pada tahun 2012.

Menjadikan hari Sabat satu kegembiraan

Sepanjang beberapa tahun lepas ini, asas-asas utama tentang menjadikan hari Sabat satu kegembiraan dalam rumah dan gereja sudah ditekankan dan diperkukuhkan,23 jadi, menyediakan kita demi pelarasan jadual pertemuan hari Ahad yang diumumkan dalam sesi persidangan umum ini.

Kuorum Imamat Melkisedek dijajarkan dengan badan-badan sokongan

Dan enam bulan lalu, kuorum-kuorum Imamat Melkisedek diperkukuhkan dan dijajarkan dengan lebih berkesan bersama badan-badan sokongan untuk mencapai satu cara pelayanan yang lebih tinggi dan kudus.

Kerja yang bersatu

Saya percaya bahawa urutan dan pengaturan masa tindakan-tindakan ini sepanjang banyak dekad boleh menolong kita nampak satu kerja yang bersatu dan menyeluruh dan bukan hanya satu siri inisiatif yang bersendirian dan berasingan. “Tuhan sudah mengungkapkan satu pola perkembangan rohani untuk individu dan keluarga melalui tatacara, pengajaran, program, dan aktiviti yang berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja. Organisasi dan program Gereja wujud untuk memberkati individu dan keluarga tetapi mereka tidak wujud demi tujuan diri sendiri.”24

Saya berdoa kita boleh mengenali kerja Tuhan sebagai satu kerja hebat antarabangsa yang menjadi lebih berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja. Saya tahu dan bersaksi bahawa Tuhan sekarang mengungkapkan dan akan mengungkapkan lebih banyak perkara yang penting mengenai Kerajaan Tuhan.25

Janjian dan Kesaksian

Saya mulakan pesanan saya dengan menandakan kekuatan yang datang daripada individu lembar bahan yang dipintal dan dijalin untuk membuatkan satu tali. Dalam cara yang serupa ini, saya janji bahawa perspektif, tujuan, dan kuasa akan lebih jelas dinampak dalam pembelajaran dan kepatuhan injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan semasa kita berusaha untuk menyatukan segala sesuatu dalam Kristus—mahupun dalam Dia.

Semua peluang dan berkat yang ada akibat abadi berasal daripada Tuhan Yesus Kristus, menjadi mungkin dan bertujuan kerana Dia, dan menahan melalui Dia. Seperti Alma bersaksi: “Tidak ada jalan atau cara lain yang dengannya manusia dapat diselamatkan, hanya melalui darah penebusan Yesus Kristus, yang akan datang. Lihatlah, Dia ialah kehidupan dan cahaya dunia.”26

Dengan riang hati, saya bersaksi tentang keilahian dan realiti Bapa yang Abadi dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus. Dalam Juruselamat, kita memperolehi kebahagiaan. Dan dalam Dia kita mendapati kepastian “kedamaian di dunia ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang.”27 Saya bersaksi demikian dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.